CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 14

Kes Jenayah Di Kelantan Meningkat 23 Peratus!

[Copy link]
Post time 31-10-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Kes jenayah komersial di Kelantan mencatatkan sebanyak 771 kes bermula Januari hingga September lalu iaitu peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 144 kes berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun lalu iaitu 627 kes.


Menurutnya, 771 kes yang dilaporkan itu membabitkan kerugian melebihi RM21 juta manakala RM11.8 juta pada tahun lalu.


Gambar Hiasan




“Kes yang paling tinggi dicatatkan adalah melibatkan penipuan Macau Scam iaitu 150 kes dengan kerugian RM5.1 juta. Penipuan e-dagang pula membabitkan sebanyak 141 kes dengan jumlah kerugian RM1 juta.


“Sehubungan itu, orang ramai diharap sentiasa berwaspada terhadap kes-kes yang melibatkan penipuan termasuk menggunakan institusi agama bagi tujuan mengutip sumbangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, meskipun banyak hebahan mengenai penipuan dijalankan ketika ini, masih ramai yang menjadi mangsa.


“Ada kes penipuan yang dilaporkan melibatkan sumbangan ikhlas daripada mangsa sehingga lebih 10 kali.


“Sekiranya ada unsur-unsur penipuan seperti yang dilaporkan mangsa, kita akan terus menjalankan siasatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada individu sama atau orang lain,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh ubah dah..Perpaduan Ummah ke… Perpaduan Jenayah dek
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku takde la suka Pas. Tapi ko nak compare dengan tahun lepas yang ada pkp. Nape x keluarkan data untuk negeri lain jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai x nak bagi kata sepatah dua
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Racun2 PRU sudah bermula.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash sbb pas suka menabur fitnah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2022 07:27 PM | Show all posts
Mesti ramai yg baca tajuk aje. Ini jenayah komersial dan majoriti adalah akibat macau scam. Kelantan ni mmg target scammer sebab ramai pesara gomen dan orang tua pula mudah ditipu. Anak-anak pulak tinggal jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 07:46 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 08:45 PM | Show all posts
cuba semua forummer dalam sini punnn setuju dengan hukum HUDUD

jangan kata 23 % ,,,,terus jadi 0 %

yelahhhh rata-rata forumme rdalam sini aku perhatikan jahil dan begitu tongong

astaghfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pasal jenayah komersial.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:13 AM | Show all posts
hidup kelate!!!!! gomo kelate gomo!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 31-10-2022 08:45 PM
cuba semua forummer dalam sini punnn setuju dengan hukum HUDUD

jangan kata 23 % ,,,,terus jadi 0 %

Hang pun bahasa cam beranak kat rumah kongsi setinggan lagi mau mengata org..

Hudud konon.

Kalu hudud mulut hang tu dulu yg layak disumbat dengan kain kapan kt Dataran Merdeka. Motif ber astafirullah bagai?

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:21 PM | Show all posts
juboqhang replied at 1-11-2022 11:34 AM
Hang pun bahasa cam beranak kat rumah kongsi setinggan lagi mau mengata org..

Hudud konon.

kALAU AKU BAGAIKAN SETAN SEKALIPUN  , hukum HUDUD tetap WAJIB di laksanakan

setan .setan punnn bukan macam Belen

aku xsempat mausk syurga , baru nak jejak titian sirat , bidadara bergasak sampai ada yang kena usung ke ICU sebab sesak nafas nak tunggu kedatangan aku

Uhmmmmmm

Bukan nak cakap besar lahhh

tapi yang besar tu yang kejar aku


Hukum HUDUD wajib dilaksanakan

Jenayah akan menjaid perkara RARE di bumi Malaysia sekiranya HUDUD menjadi undnag-undang

esok , esok siapa jadi pemimpin mampusss menjawab depan Allah kenapa xlaksanakan HUDUD.

benci sedalam mana pun ke aku , hukum ALLAH xkan pernah berubah juga

Allah kata mcm itu , maka mcm itu lah jadinya

HUDUD wajib kita laksanakan di negara kita.


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:27 PM | Show all posts
PAS telah memundurkan kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2022 03:33 PM | Show all posts
Kelantan maju bila perantau pulang untuk buang undi dan balkik semula ke negeri lain lantas mak pak tinggal kat kg yg suasananya tak ubah mcm tahun 80'an (dan juga ayaq teh dari paip dulu kini dan selamanya)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040944 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list