View: 965|Reply: 15
|
Isteri Sampai Keguguran Siang Malam Cari Suami Hilang Tak Balik-Balik
[Copy link]
|
|
Seremban: Seorang lelaki hilang tanpa berita sejak 20 Oktober lalu selepas keluar bekerja menyebabkan isterinya kini resah memikirkan nasib menimpa suaminya itu.
Memburukkan lagi, Ziela Shafina Resely, 35, mengalami keguguran selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika ke rumah ibu mentuanya di Pekan, Pahang, untuk mencari lelaki itu.
Azrulnizam Mohamed Rashid, 47, juga gagal dihubungi dan kali terakhir berhubung dengan Ziela Shafina pada 21 Oktober lalu yang memaklumkan akan pulang ke rumah.
Foto: Harian Metro
Adik angkat pasangan itu, Khairulnajiha Fadjar Marta, 26, berkata, Ziela Shafina kini dalam keadaan tertekan dan fikirannya terganggu disebabkan keadaan itu.
"Abang keluar bekerja pada malam 20 Oktober lalu sebagai polis bantuan di sebuah bank di Bandar Seremban. Dia menaiki motosikal jenis Modenas Kriss nombor pendaftaran CEF 5630.
"Bagaimanapun, rakan sekerjanya memaklumkan abang keluar dari tempat kerja kira-kira jam 1 pagi dan tidak kembali. Kakak menghubungi abang kira-kira jam 6 petang dan memaklumkan dia berada di rumah ibunya di Pekan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Khairulnajiha berkata, selepas itu abangnya gagal dihubungi, malah telefon bimbitnya juga ditutup sebelum mereka berdua memutuskan untuk ke rumah ibu mentua kakaknya dan bertolak ke Pekan kira-kira jam 12.30 tengah malam.
"Ketika dalam perjalanan kami terbabit kemalangan dengan seekor lembu di kawasan gelap. Dengan keadaan kereta yang rosak, kami meneruskan perjalanan.
"Ketika berada di pekan, ibu mentua memaklumkan abang sudah pulang ke Seremban sebelum kami bertolak pulang semula ke sini. Keesokan harinya kakak mengalami pendarahan ketika mandi dan disahkan keguguran," katanya.
Menurutnya, mereka sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan abangnya itu dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Azrulnizam supaya menghubunginya di talian 0183144686.
"Kakak saya sudah buntu untuk mencari abang dan menanti kepulangannya, malah dengan keadaannya yang baru mengalami keguguran, dia memerlukan sokongan moral daripada lelaki itu memandangkan itu adalah anak pertama mereka.
"Saya merayu kepada semua pihak termasuk kepada keluarga sebelah abang supaya memaklumkan keadaannya. Kami tidak tahu apa yang berlakunya kepadanya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannya apa sebenarnya berlaku?
Keluarga suami mcm rileks2 aja tp sian plak tgk isteri yg tercari2 si suami.
Mcm sengaja je nak jauhkan diri drpd isteri.
Maaflaa sbb teringat iols penah alami hal lebih kurang gini di zaman lampau.
Kita punya la risau igt terjadi apa2 kat dia rupanya dia sengaja nak elakkan drpd kita.
Kawan2 pun sama je subahat.
Kata eksiden la itu lah ini laah, lenkali kalau nak putuskan hub sbb dah ada org lain terus terang jelaa tak perlu la tetiba MIA. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tak nak lagi la tu . |
|
|
|
|
|
|
|
Mertua pun mcm subahat jgk tu... |
|
|
|
|
|
|
|
dah bini tu tgh pregnant hanatt sgt kot nak tglkan cam gitu je. bgtau je la kan sng.
tp kalau berlaku kemalangan yg tak diingini harap dipermudahkan urusan. hrp masih hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ada la lelaki komen kuat membebel..
Kuat membebel tu bukan jenayah mcm hisap dadah, zina, pukul dsb.. kalau xthan cerai je la.. jgn la sampai gantung xbertali.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xmendapat sokongan drp in law kan...
org jantan kok dh berbini jgn buat bini risau kat rumah...
kok balik lmbt bgtau,..skrg jenayah mcm2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gadoh laki fed up start motor ke dek? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh biar menantu mengandung balik terus ye lepas cari laki..
terang lagi bersuluh kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak accident terbabas dlm semak or sungai mana2 mgkn dh cabut lari la tu..stress bini tgh pregnant duit takde kot.. kerja polis bantuan je kan. Umur 47 bini baru pregnant anak 1st. Mungkin kawen lewat. Sepatutnya ko membujang sampai masuk kubur kalau tak mampu pikul tanggungjawab. Orang menikoh ko pun nk menikoh |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm..susah nk bersangka baik dlm hal ni. Kalau betul hilang, harusla omaknya pun gelabah juga
|
|
|
|
|
|
|
|
ko g mana dekkk. kalau btol hilang tanpa kerelaan xpelah. ni tiberh hilang buat naya isteri mmg neraka ko dek |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah ada pasangan baru |
|
|
|
|
|
|
| |
|