View: 737|Reply: 6
|
Bengang Ketam Sepit Anak, Bapa Balas Dendam Makan Ketam Hidup-Hidup Sampai Jatuh Sakit
[Copy link]
|
|
Beijing: Seorang lelaki di China jatuh sakit selepas makan ketam hidup sebagai tindakan membalas dendam kerana menyepit anak perempuannya, menurut satu laporan.
Lu, lelaki berusia 39 tahun di wilayah pantai timur China, menelan keseluruhan ketam bersaiz kecil dan dimasukkan ke hospital dua bulan kemudian dengan sakit belakang, kata doktor menurut laporan South China Morning Post.
Laporan perubatan Lu menunjukkan perubahan patologi dalam dada, perut, hati dan sistem penghadamannya tetapi tidak dapat mengenal pasti punca sebenar.
Gambar Hiasan
"Kami berulang kali bertanya kepadanya sama ada dia pernah makan haiwan buruan, atau apa-apa yang luar biasa, apa-apa yang boleh menyebabkan alahan. Dia berkata tidak kepada semua," kata Dr Cao Qian, pengarah bahagian sistem pencernaan di Hospital Sir Run Run Shaw di Hangzhou.
Hanya selepas isteri Lu menyebut dia makan 'sesuatu yang istimewa' lelaki itu mengaku dia membalas dendam terhadap ketam itu dengan memakannya secara langsung.
"Saya bertanya kepadanya, kenapa kamu makan ketam hidup? Dia berkata mahu membalas dendam untuk anak perempuannya," kata Dr Cao.
Dr Cao berkata, anak perempuan lelaki itu disepit oleh ketam kecil ketika mereka menyeberangi aliran air menyebabkan dia marah.
Lebih banyak ujian darah menunjukkan Lu mempunyai sekurang-kurangnya tiga jangkitan parasit yang didapati selepas makan daging yang tidak dimasak.
Lelaki itu berjaya pulih tetapi doktornya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan ketam hidup.
Ia adalah perkara biasa untuk makan ketam di China.
Hidangan 'ketam mabuk' berasal dari timur China yang mana ketam diperap dengan minuman keras dan diperisakan dengan rempah ratus sebelum dihidangkan.
Dr Cao berkata, lebih baik memakannya yang diperap kerana alkohol boleh membunuh parasit tertentu tetapi ia tidak 100 peratus selamat.
Dalam kejadian lain pada 2020, seorang wanita di Hangzhou dijangkiti sekurang-kurangnya enam parasit selepas dia makan 30 ketam mentah.
Wanita itu mengalami air terkumpul di dalam paru-parunya menyebabkan gangguan pernafasan enam bulan selepas dia makan tiga dozen ketam. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kau bodoh piang. Buat la chili crab ke apa kalau nak balas dendam pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemenangan pertama untuk Ketam!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sepit ank ko je kan bukan nya ketam tu makan anak ko.
So buang la sepit dia tu.
Eye for eye, sepit for sepit |
|
|
|
|
|
|
|
kena tulah la tu
tuu la la |
|
|
|
|
|
|
|
cerdik sangat bapaknya pun mengamuk kat ketam apa dapat |
|
|
|
|
|
|
|
terlajak pandai ni apaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|