View: 1266|Reply: 5
|
Ibu Muda Umur 14 Tahun Sahut Cabaran TikTok, Mati Kemalangan Lepas Curi Kereta
[Copy link]
|
|
Washington: Seorang mangsa nahas ngeri yang mengorbankan empat remaja dikenal pasti sebagai ibu berusia 14 tahun dan polis mengaitkan kemalangan terbabit susulan tindakan mereka mengikuti cabaran trend TikTok yang membawa kepada tragedi itu.
Mirror UK melaporkan, enam individu berusia antara 14 hingga 19 tahun menaiki kereta Kia yang dicuri di Buffalo, New York, apabila kereta mereka terbabas kira-kira 6.30 pagi.
Mangsa dikenali sebagai Marcus Webster, 19; Swazine Swindle, 17; Kevin Payne, 16; dan seorang ibu muda, Ahjanae Harper.
Ahjanae meninggal dunia kurang seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15 tahun.
Foto: Mirror UK
Dalam penghormatan menyayat hati kepada ibu muda itu yang meninggalkan seorang bayi berusia lima bulan, sepupunya Victoria Hutchins berkata, Ahjanae sentiasa gembira dengan senyuman di wajahnya.
"Ahjanae adalah kekasih hati. Malangnya dia dibawa pergi daripada kami tanpa diduga dalam kemalangan kereta yang ngeri.
"Dia akan berusia 15 tahun pada 1 November tahun ini. Ahjanae memang meninggalkan sebahagian daripadanya di bumi ini dan itu ialah bayinya Tru. Tru perlu menjalani kehidupan tanpa ibunya."
Hutchins mengadakan kutipan derma dengan harapan dapat mengumpul wang untuk menyara keluarga pada masa yang sukar itu.
Kereta itu yang dipandu seorang remaja berusia 16 tahun yang belum dikenal pasti, dilaporkan dicuri pada malam sebelum kemalangan.
Empat daripada penumpang terbunuh secara tragis ketika pemandunya dikejarkan ke hospital dan dibenarkan keluar pada hari itu.
Bagaimanapun, satu-satunya penumpang yang terselamat masih dalam rawatan rapi selepas mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia berkata dalam satu kenyataan, "Ia adalah pagi yang mengerikan untuk keluarga, rakan mereka, pegawai polis kami dan penyiasat kami serta bomba yang berada di sana menyiasat perkara ini."
Inspirasi di sebalik mencuri kereta itu nampaknya datang daripada cabaran TikTok baharu yang menggalakkan anak muda menceroboh kereta Hyundai dan Kia dengan caj telefon mereka, kata Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia semasa sidang akhbar.
Digelar sebagai 'cabaran Kia', video yang dimuat naik ke TikTok menunjukkan penjenayah mencuri dua jenama kereta dengan kord USB dan pemutar skru kerana cabaran itu memaksa mereka untuk memandu dengan kereta yang dicuri itu.
Pihak berkuasa mendapati peningkatan besar kereta Hyundai dan Kia dicuri sejak video TikTok mula dimuat naik pada musim panas. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrr....
Play stupid games, Win stupid prizes? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rest in tak peace la ye dek. salah sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|