CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5246|Reply: 65

[Politik] Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli: Tak payah kerjasama Mahathir - dia tak tarik undi Melayu

  [Copy link]
Post time 31-10-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 31-10-2022 03:28 AM

Rafizi: Tak payah kerjasama Mahathir - dia tak tarik undi Melayu

https://www.malaysiakini.com/news/641737

Geraldine Tong & Ng Xiang Yi
Diterbitkan:  Oct 31, 2022 9:42 AM⋅
Dikemaskini: 10:03 AM



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang untuk meraih sokongan orang Melayu.

Bertentangan dengan persepsi popular, Rafizi mendakwa berdasarkan datanya bekas perdana menteri itu tidak membawa undi Melayu untuk gabungan itu pada pilihan raya sebelum ini.

“(Ketika itu) dirasakan Mahathir boleh membawa sokongan Melayu dan saya menjejaki jumlah itu setiap bulan sejak 2016.

"Tiada apa-apa yang mencadangkan Mahathir bersama-sama PH (pada PRU14) telah membawa gelombang sokongan Melayu (untuk PH)," dakwa Rafizi kepada Malaysiakini dalam temu bual di ibu pejabat PKR baru-baru ini.



Angka sokongan Melayu kepada PH, dakwa Rafizi kekal tidak berubah selama beberapa bulan selepas Mahathir dan Bersatu menyertai gabungan itu pada 2016.

Ia hanya mula meningkat menjelang akhir 2017, katanya.

“Tetapi kami benar-benar mula melihat perubahan itu hanya dalam tiga minggu terakhir pilihan raya, jadi ia sebenarnya bukan mengenai Mahathir atau sesiapa.

"Ia adalah kerja terkumpul selama dua hingga tiga dekad untuk meyakinkan orang ramai bahawa boleh ada kerajaan yang lebih baik dengan rancangan yang lebih baik untuk negara," kata Rafizi.



Bekas ahli parlimen Pandan itu menegaskan bahawa jelas daripada prestasi pakatan pembangkang sepanjang pilihan raya umum sebelum ini bahawa rakyat semakin tertarik kepada mereka.

Mahathir cukup bijak untuk menyedari potensi PH pada masa itu, katanya.

“Mahathir adalah ahli politik yang berpengalaman. Dia tahu mengenai perkara yang berlaku, terutamanya selepas 2013 apabila Pakatan Rakyat memenangi undi popular, ia cuma menunggu masa sebelum mereka ini (pembangkang) menolak dan melepasi garisan itu.”

Walaupun dia tidak menentang idea untuk menjadi inklusif, Rafizi berkata dia sentiasa menentang cadangan Bersatu untuk menyertai PH sejak awal lagi.


Gambar fail, Anwar Ibrahim bersama pentadbiran PH.

Rafizi berkata Bersatu tidak sesuai dengan imej PH.

Justeru, ketika ditanya jika ada peluang atau keperluan untuk PH bekerjasama dengan Mahathir sekali lagi pada PRU15, Rafizi memberikan jawapan yang jelas "tidak."

Ini selepas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata dia berasa hairan dengan keputusan PH enggan bekerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Khalid berkata Amanah berpendirian parti pembangkang seharusnya bekerjasama dalam menghadapi PRU15 pada 19 Nov ini.



“Seperti yang kita tahu, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad telah mohon untuk bertemu PH, tapi malangnya, pimpinan PH memutuskan untuk tidak meneruskannya.

"Apa yang saya tak faham, terdapat penolakan yang kuat terutamanya daripada PKR.

“Amanah sentiasa berpendirian bahawa pembangkang perlu bersatu supaya kita dapat memaksimumkan kerjasama dengan semua parti pembangkang,” katanya pada 23 Oktober lalu.
https://publishers.dailymotion.com/?utm_medium=tr&utm_source=www.malaysiakini.com&utm_campaign=offsite_logo&utm_content=cta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 11:34 AM | Show all posts
memang trauma la nak bekerjasama lagi, bila janji patutnya bagi bang non naik jadi PM tapi disontotnya

tak pepasal hilang impian dia selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh
Semua dh pakat serik ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:37 AM | Show all posts
Tp statement sgtt arrogant
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:37 AM | Show all posts
we will see PRU 15 ni nnt PH menang ke idok... kalau PH kalah mmg betul lah PRU 14 sbb Tun bru PH menang
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:39 AM | Show all posts
Entah lah.. walaupun aku ada full respect dgn TDM tapi dah cukuplah.. berehatlah Tun, tengok dari tepi cukup.  Pejuang tak cukup kuat utk menang dan kasi pecah undi je. Mukhriz tu lepas kan lah dia chart his own way pandailah dia hnak hidup dalam politik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2022 11:41 AM | Show all posts
Madey dgn Saifuddin Abdullah dedua drpd Bersatu yg beria nak sign ICERD dulu,ujung2 kome salahkan Nuar,Dap..


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:41 AM | Show all posts
Betui tu. Tak pyh lagi dah wey dok bersekongkol dgn si dinasor ni.
Dia dah 2 kali jd PM...he got nothing to loose pun hanya nak kacau buat bilau je. Kalau tak, takkan la anak emas dia si Syed tu buat parti baru. Think!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 11:43 AM | Show all posts
sebagai seorang negarawan, Tun sudahpun menjalankan tanggungjawabnya menghumban najib dlm penjara dan pelbagai siasatan dilakukan ke atas BN...sudah memadai Tun menjadi PM kali kedua

rehat aje la Tun, panggilan ilahi lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 31-10-2022 11:49 AM

Parti Tun dan kengkawan patut diberikan tempat sekurang kurangnya 50 kerusi...tuk 'mencegah kekuasaan' DAP ngn UMNO.Bagi atok jd 'pengimbangnya'.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:49 AM | Show all posts
Bapak kereta terbang.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:50 AM | Show all posts
rengtua nih dah2 la tu
tinggalkan lah hal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:53 AM | Show all posts
ifanonline replied at 31-10-2022 11:43 AM
sebagai seorang negarawan, Tun sudahpun menjalankan tanggungjawabnya menghumban najib dlm penjara da ...


Apa yang rakyat dapat selepas PRU-14 setelah menghumban najib dlm penjara, musuh2 politik najib yg banyak dapat, dapat kuasa, dapat jawatan dlm kerajaan, sedangkan penyamun sebenar 1MDB masih lagi bebas, masih lagi berjoli sakan duit rakyat diluarngara.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 31-10-2022 11:37 AM
Tp statement sgtt arrogant

Betul. Kaki penipu buat2 pandai. Janji2 tipu PRU lepas tu idea badak tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 31-10-2022 11:37 AM
we will see PRU 15 ni nnt PH menang ke idok... kalau PH kalah mmg betul lah PRU 14 sbb Tun bru PH me ...

PRU14 tu bkn faktor Tua Kutuk tu yg memenangkan PH,  tp waktu tu mmg rakyat dh nekad nk tolak Najib (yg berbibir merah munggil di penjara)...

Tua Kutuk tu nmpk peluang...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 11:57 AM | Show all posts
Babai replied at 31-10-2022 03:56 AM
Betul. Kaki penipu buat2 pandai. Janji2 tipu PRU lepas tu idea badak tu la.

Jgn nanti tak cukup satu kerusi nak form gomen kena ajak tun m jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2022 12:02 PM | Show all posts
axl_bach replied at 31-10-2022 11:56 AM
PRU14 tu bkn faktor Tua Kutuk tu yg memenangkan PH,  tp waktu tu mmg rakyat dh nekad nk tolak Naji ...

yelah tu.........
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 31-10-2022 11:53 AM
Apa yang rakyat dapat selepas PRU-14 setelah menghumban najib dlm penjara, musuh2 politik najib y ...

Rakyat dpt keadilan la… cukai boss ko tak bayor pun. Ko ke nak bayor? Jgn sembang je mcm org nyanyok dek? Nk bohong macai2 IQ selevel kerbau boleh lah dek…zaman cybertroopers kaki kelentong org dah habis dek.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 01:48 PM | Show all posts
rashiman replied at 31-10-2022 11:53 AM
Apa yang rakyat dapat selepas PRU-14 setelah menghumban najib dlm penjara, musuh2 politik najib y ...

penyamun2 yg sebenar tidak boleh di tangkap kerana kebal undang2 di Malaysia...anda tahu siapa penyamun itu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2022 02:52 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 31-10-2022 12:06 PM
Rakyat dpt keadilan la… cukai boss ko tak bayor pun. Ko ke nak bayor? Jgn sembang je mcm org nyan ...


ya ke rakyat dapat keadilan......sedangkan penyamun sebenar 1MDB masih lagi bebas, masih lagi berjoli sakan duit rakyat diluarngara.
lebih mencurigakan...betul ke katanya PM dan AG terlibat dalam campurtangan perlantikkan hakim-hakim..dlm bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”
Jika ini berlaku, umpama perlawanan bolesepak yg pasukan tuan rumah melantik refere utk mengadili pelawanannya menentang pasukan pelawat .
jika ini berlaku, boleh dapat ke keadilan ke dengan cara yg macam ini..
ya ke betul tafsiran cukai yg dikenakan....isu cukai pun masih lagi dlm pertikaian...sama ada patut atau tidak duit derma dari luarnegara, yg sebahagian dikembalikan dikenakkan cukai...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076670 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list