View: 1016|Reply: 10
|
Bapa Kreatif Tak Bertempat! Guna Phone Holder Untuk Menyusu, Nasib Bayi Kembar Tak Mati
[Copy link]
|
|
Tular baru-baru ini, seorang bapa didapati menggunakan pemegang telefon bagi ketika memberi bayi menyusu botol.
Mungkin ada antara ibu bapa merasakan cara tersebut lebih mudah dan praktikal kerana ia membolehkan anda melakukan kerja lain semasa anak sedang menyusu.
Tapi tahukah anda bahawa kes melibatkan bayi tersedak susu sehingga mengorbankan nyawa adalah tinggi kerana si kecil dibiarkan minum susu tanpa pengawasan.
Mengulas tentang situasi tersebut, Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, bayi diciptakan dengan otak dan akal yang membolehkan mereka menepis atau mengalihkan kepala dengan menggerakkan leher untuk berhenti menghisap botol susu atau minum air susu si ibu.
"Jika kaedah begini (botol susu pada pemegang telefon) digunakan apatah lagi kedua-dua belah tangan si bayi dibekung serta tidak bebas, maka risiko bayi mengalami tersedak boleh berlaku.
"Kaedah begini lebih buruk apabila bayi tertidur sebelum air susu dalam botol habis. Apa yang berlaku? Proses menelan tidak berlaku dengan baik.
"Bayi dah tidur tapi air susu terus menerus masuk ke dalam mulut (jika botol susu adalah bukan jenis hisap baru keluar) maka risiko tersedak susu dan masuk ke paru-paru boleh terjadi," jelasnya.
Tambah beliau, jika bayi tersedak susu, air susu boleh masuk ke saluran pernafasan paru-paru dan menyebabkannya berada dalam kondisi teruk.
Selain itu, sumbatan juga boleh berlaku dan seterusnya mengakibatkan bayi mengalami sesak nafas serta pengsan dalam beberapa saat atau minit.
Bagi mengelakkan kejadian bayi tersedak susu terus berlaku sama ada di rumah mahupun taska, Dr Arisman berkongsi beberapa tip yang boleh diambil perhatian:
1. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.
2. Jangan guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu semasa menyusu. Apatah lagi cara tular seperti di atas.
3. Elakkan bayi daripada tertidur semasa menyusu. Sekiranya bayi tertidur, hentikan penyusuan dengan menarik keluar puting dan penyusuan boleh disambung apabila bayi terjaga.
4. Elakkan memberi susu kepada bayi dalam keadaan mereka berbaring secara terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak.
5. Elakkan daripada membaringkan bayi dalam tempoh 30 minit atau lebih. Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan.
6. Pastikan kepala bayi dalam posisi mengiring semasa tidur selepas menyusu. Ini membolehkan susu mengalir keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak sekiranya termuntah. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
dia fikir anak dia cam arnab ke? boleh susu cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat ringkas, jangan beranak jika malas. |
|
|
|
|
|
|
|
ni sume shopee shop punya pasal. punya nk menjual.. kalau aku x salah laa |
|
|
|
|
|
|
|
Kt shopee ada jual kot tek pelesu yg boleh isi susu utk para bapak pakai bagi menyusu bayi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpo...stok ayaq mani byk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 31-10-2022 11:38 AM
Nasihat ringkas, jangan beranak jika malas.
Parents macam ni ingat anaknya keluar terus pandai berlari macam anak kambing kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Org nak ada anak
Kau nak ada anak
Bodoh tu jangan tayang merata boleh tak?
Ngeri acik tgok kebodohan yg bersepahsepah kat socmed la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan da lame ke ke menda mcm ni..
Yang puting tu bukannye bocor.. kalau xisap xde la susu tu keluar..
|
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 31-10-2022 01:36 PM
Bukan da lame ke ke menda mcm ni..
Yang puting tu bukannye bocor.. kalau xisap xde la susu tu keluar ...
bukan faktor puting semata wpun skrg ada je puting yg bila dihisap baru terbuka. faktor kedudukan baby, condong botol mcm2 lagi la. kesimpulannya nak susukan baby jgn tgl depa dgn botol susu semata. baby kot (merujuk pd pic atas) |
|
|
|
|
|
|
|
demi content lettewwwwww. cam xbese pangai mak pak jaman now batakk |
|
|
|
|
|
|
| |
|