CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

Pearly-Thinaah juara Terbuka Perancis

[Copy link]
Post time 31-10-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Gandingan Pearly Tan-M Thinaah mengejutkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun menerusi kemenangan 21-19, 18-21, 21-15. - Foto AP

KUALA LUMPUR: Gandingan Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah apabila muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis di Paris, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-11 dunia itu mengejutkan juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun menerusi kemenangan 21-19, 18-21, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin.



Reaksi Pearly Tan (kanan) dan M Thinaah selepas menjuarai saingan Terbuka Perancis menewaskan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun. - Foto EPA

Sebelum ini, pencapaian terbaik beregu wanita negara pada kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1908 itu adalah menerusi gandingan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul naib juara pada edisi 2008.



Sebagai rekod, kejuaraan di Paris kali ini adalah gelaran kedua buat Pearly-Thinaah dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland, tahun lalu.



Aksi Mayu Matsumoto (kanan) dan Wakana Nagahara ketika bertemu Pearly Tan-M Thinaah. - Foto EPA

Lebih manis, kejayaan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu muncul juara menyaksikan mereka berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Malaysia di Terbuka Perancis selepas kali terakhir dimenangi bekas pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2015.

Sementara itu, aksi final perseorangan lelaki menyaksikan juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark merekodkan kejuaraan pertama Terbuka Perancis selepas menundukkan rakan senegara, Rasmus Gemke 21-14, 21-15.

Ia adalah gelaran juara kelima buat Axelsen dalam Jelajah Dunia BWF tahun ini selepas turut menjuarai Seluruh England, Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia sebelum ini.


Gandingan Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah apabila muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis di Paris. - Foto AP


Sebagai rekod, kejuaraan di Paris kali ini adalah gelaran kedua buat Pearly-Thinaah dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland, tahun lalu. - Foto AP

https://www.bharian.com.my/sukan ... ra-terbuka-perancis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list