View: 5354|Reply: 58
|
Takut Anak Umur 30 Tahun Jadi Andartu- Dipaksa Kahwin Dengan Geng Surau, Sebaya Dengan Umur Ayah
[Copy link]
|
|
Perihal jodoh lambat ini mungkin menjadi kerisauan terutama golongan hawa berbanding lelaki apatah lagi masyarakat kini meletakkan standard umur tertentu supaya mereka mendirikan rumah tangga.
Sebagaimana dikongsikan seorang pelayar media sosial, wanita ini melahirkan rasa sedih apabila masih belum berkahwin pada usianya 30 tahun.
Lebih menjadi kegusaran di hati apabila ibu bapanya sendiri bimbang jikalau dia bakal menjadi anak dara tua (andartu) kelak.
 Gambar Hiasan
“Saya sedih sangat sekarang ni. Umur masuk 30 belum berkahwin, mak abah risau saya jadi andartu.
“Actually saya okay saja single tapi mak abah yang nak saya kahwin cepat,” katanya.
Kerisauan kedua-dua orang tuanya semakin parah apabila mereka meminta wanita ini untuk mengubah penampilan dan gaya hidup kepada lebih baik.
Lebih menyedihkan apabila dia menerima risikan daripada seorang lelaki seusia bapanya sendiri.
Rupa-rupanya ia rancangan si bapa yang meminta anaknya cuba mengenali lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum menolak pinangan berkenaan.
“Suruh melawa pergi kerja, berkawan dengan lelaki, rajin senyum. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak paksa bercinta?
“Tiba-tiba ada kawan surau abah datang merisik. Sebaya dengan abah. Lepas tu mak abah suruh saya kenal hati budi pakcik tu. Saya buat tak tahu.
“Ada sekali tu pakcik tu call, unknown number saya angkatlah ingatkan siapa. Awkward gila,” ujarnya lagi.
Akui stres dengan situasi yang terjadi pada diri, wanita ini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dengan ukuran diletakkan terhadap perkahwinan itu sebagai satu kejayaan dalam hidup.
Luahan itu dihantar oleh pelayar berkenaan menerusi direct message (DM) kepada pengendali Twitter @ConfessTweetMY yang kemudian membuat perkongsian dalam satu ciapan bagi mendapatkan pandangan warganet.
“Biarlah lewat kahwin daripada tersalah pilih pasangan hidup. Hidup sendiri pun bukan tak bahagia. Berkejar untuk jodoh akhirnya tak bahagia. Orang sibuk cakap andartu, kalau kita tak bahagia pun org cakap juga. Buat kering je sis. Tak payahlah kenal pakcik tu.
“Bapanya pun. Nak carikan calon carikan yang sepadan. Kau bagi dekat kawan kau macam tu saja. Kasihanlah anak tu. Kalau calon tu anak kawan kau tu tak apalah juga.
“Parents macam inilah yang lagi hancurkan emosi dan masa depan anak. Keep pressure tentang bila nak kahwin. Makcik pakcik percaya tak dengan jodoh (ditentukan) Allah? Kami sebagai anak bukan tak cuba cari pasangan hidup.
"Tapi belum jumpa yang tepat. Belum masanya lagi. Hal kahwin ni jangan terburu-buru. Salah orang, merana anak pakcik makcik nanti,” komen netizen membalas ciapan tersebut. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tweet confession bukan isu semasa
Board lain ade..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pucuk d cita, ulam mndtg ni, iol suka kat llaki yg 50+. |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak pompuan tu bukannya baca twitter ke forum ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun tak dikira andartu? Seyes ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mak parampuan itu berkahwin dengan lelaki umur berap semasa dia kahwin dulu?
anak saudara husband akak kata ok saja kahwin orang tua asaalkan banyak duit....
dah nak mati pun boleh...
|
|
|
|
|
|
|
|
munuruttuttut ipan, umur 30 andartu jr
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian dapat mak pak masih berfikiran lama asal lepas tanggungjawab boleh cepat sub ke orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
kalau 50+ seghopa Lee Byung Hun ke, Eguchi Yosuke ke, Kimutaku ke, Keanu Reeves ke, Tom Cruise ke, boleh dipertimbangkan jugak sis.
Tapi kalau mari pakcik2 gigi rongak, boroi, bau busuk, dah lengkap pakej diabetes, hypertension, kolesterol...baiklah stay single.
|
|
|
|
|
|
|
|
Leceh, asik nak kena tiup je baru keras. Itupun tak lama tahannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau umur pakcik tu nak dekat pencen rumah kereta ada, takde anak, on saja la..
pastu tiap kali makan, spray sikit ridsect kat pinggan pakcik tu kemudian ratakan..
tapi kalau pakcik tu ada anak, tak payah la..
menyusahkan nak kena rebut bahagi bahagi harta..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org tua tu byk duit bole je bercinta lepas kawen janji semua reta tu letak atas nama ko |
|
|
|
|
|
|
|
mesti mamak tu parent dia..mamak2 ni mmg stress kalu anak andartu |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 31-10-2022 11:12 AM
Pucuk d cita, ulam mndtg ni, iol suka kat llaki yg 50+.
Ooo taste awak lelaki tua
klu 60an ramai duda kat tmpt sy ni
tp da ada penyakit 3 serangkai la 
|
|
|
|
|
|
|
|
tolak je lah nyahhh... bukannya susah pun... bagitau che pit tak berair nengok jantan ke apa macamtu... terus ayah ko tak kacau dah dan tak kenenkan dengan sesape... |
|
|
|
|
|
|
|
Acik cadangkan kau jumpa dan mintak bakal suami pindah semua harta atas nama kau
Buat loya agreement siap2
Pindah harta baru nak tawen
Boleh gituuuu Hahahah
Make sure harta2 tu valid n ada value naaa
Kena buat kerje la sikit
Bgtau kat ayah
Nak sayang geng surau dia tak mampu lah jawab nya
Tapi nak sayang harta org tu anytime abah!
Pesan kat abah jugak
Jangan ada rasa teringin nak menumpang pulak nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Baru masuk 30 dah takut jd andartu?
Baik ko suruh mak ko kawenkn ko sebaik dpt period je dik |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 31-10-2022 12:47 PM
kalau umur pakcik tu nak dekat pencen rumah kereta ada, takde anak, on saja la..
pastu tiap kali mak ...
Pcik tu ada anak...semua harta da tukar ke nama ank²....
Dia berjaya dpt pencil je babe...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Lauk @ifanonline nih selaku penaung
andartu semalysia
mohon statement sebaris dua bam  |
|
|
|
|
|
|
| |
|