CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4792|Reply: 18

Nikon D200 rosak T_T

[Copy link]
Post time 13-10-2010 02:28 AM | Show all posts |Read mode
Salam 1 Malaysia.

Icha baru dalam forum ni, kawan Icha nak jual dslr, nikonD200, Icha memang minat photography sebab kawan kawan Icha kebanyakan photographer. Then, kawan Icha yang nak kual dlsr ni offer Icha body nikon d200. Dia cakap everything good, condition tiptop. Okay, Icha tengok dia jaga pun macam okay. Then Icha tak fikir panjang walaupun sebenarnya Icha tunggu nextmonth untuk ambik nikon d90. Petang Icha ambik nikon tu, okay lagi. Bila Icha pergi pasang lense, dslr tu jammed. Semua button tak boleh tekan, walaupun MENU button pun xboleh. Pendek kata semua tak berfungsi.Tapi boleh lagi ambik gambar, boleh tengok balik gambar yang diambik, cuma tak boleh nak preview semua gambar balik, sebab button preview tu tak boleh tekan, button nak delete pun tak boleh . Icha ada refer kawan kawan semua suruh hantar pergi nikon kat menara pkns. Icha call kawan Icha yang jual nikon ni, dia dah tak pickup call, text semua tak reply.

Bila dah 3hari hantar kat nikon pkns tu, technician  nikon call cakap, dslr tu penah jatuh, masuk air, condition sangat TERUK. Boleh repair, but total untuk full repair RM2750. Technician tanya nak repair tak, Icha terus jawab TAK! sebab Icha rasa dah tak berbaloi nak repair kalau dah sama harga dengan body D90 Jadi Icha nak tanya ada tak tempat repair lain sekurang kurangnya nak repair button je, sebab nikon tu boleh guna lagi cuma button preview, menu dan button lain tak boleh nak tekan, tak de function. Kalau beratus boleh cover lagi, dah kalau beribu tak dapat la waaa T_T Sekarang ni tu buat perhiasan je la, tak boleh nak buat apa dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2010 08:10 AM | Show all posts
Salam Icha....

dari cerita icha tu nampaknya memang kawan icha tu nak pekenakan icha...

ttg repair tu kalau dah kos sampai lebih RM2k baik angkat body baru aje...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 09:04 AM | Show all posts
turut simpati pada Icha
camana leh jadi ghitew

pada kawan icha tu kenapalah sanggup buat lagu tu
benda dah rosak cakap jer lah rosak
nak pekena org buat pernya.....
aman ke hidup tu?
(sorry emo pulak aku)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 12:22 PM | Show all posts
Ni Icha baru balik amik balik nikon kat menara pkns dah rosak teruk dah nikon ni nak snap gambar pun tak boleh dah pulak Tau tak kat mana boleh repair nikon selain katb menara pkns? ;(
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 01:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by dilaOHdila at 13-10-2010 13:19
Ni Icha baru balik amik balik nikon kat menara pkns  dah rosak teruk dah nikon ni  nak snap gamb ...
Icharaffa Post at 13-10-2010 12:22


kalau harga repair tu mahal leh beli body baru....
icha kene pikir gak tu
selalunya kalau body cam tu mahal sikit repairnya
cuba tanya bro otai kat sini, maybe ada info yg terbaek

** sian icha
terasa pulak saya ditempat icha bila diperlakukan oleh org yang x bertanggungjawab ni
sabar banyak2 erk icha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 02:33 PM | Show all posts
anta je la repairrrr...x makan ribuu.......button je jem tu ehhe...

makan ribu baik ko banja sanak saudara makan... kenyang perot kui3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2010 02:54 PM | Show all posts
pergi dekat nikon center kt TIMES SQUARE..
try g tanya sana...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 08:12 PM | Show all posts
berape rege d200 tu?
turut simpati dgn icha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 01:56 AM | Show all posts
dh bleh ketok kpla pnjual tu
jual brg rosak..harem sgguh
icha jual je la smula kat tenet..tp jujur la ckp body dh rosk
klu jual kat ebay sah laku ni..tp kena tgung rugi la sbb rosk kn
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:03 PM | Show all posts
Reply 2# bulat

wow..wow..wow..pdai btl kwn tu aniaya icha ye.!!!!
if sy jd icha, and jmpe kwn tu ktne2, sy hmpuk kpla die dgn d200 tu!
icha, bli yg br.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 03:50 PM | Show all posts
ad alak manusia camni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 04:23 PM | Show all posts
ad alak manusia camni..huhu
larikesurga Post at 14-10-2010 15:50


elok lUKU jek org cam ni
menganiaya sungguh{:1_142:}
ada patut ka
Boleh lak Lena tidur tu......
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2010 12:25 PM | Show all posts
Adoii... time beli mmg tak test ek?

Kalau sampai beribu tu mmg dekat NIKON MALAYSIA ke? Ade cuba dekat YL Camera Plaza Pudu? Member kata kat situ pun elok baiki nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 07:06 PM | Show all posts
Nikon D5000 aku pun baru habis garenti setahun tiba tiba rosak..LCD dia menu takeh bukak..nak tengok pic yang dah ambik kat LCD tak boleh..pendek kata LCD tu tak berfungsi sepenuhnya...

selasa baru ni dah pegi kat PKNS services center NIKON tu nak repair..lepas tiga hari dia call kata papan board litar dalam kamera tu rosak..nak repair kena RM750..mak aiii..!!

aku rasa rugi sesangat laa pulak..baru setahun pakai beli baru lak tu...rosaknya pulak tepat tepat time garenti dia dan dan tu jugak habis...dan jarang2 gak guna kamera ni..(boleh kira ngan jari berapa kali guna) dah rosak nikon ni..

aku PK Pk balik padan laaa masa guna dulu kalau selalu sangat tengok pic yang dah di ambil selalu tengok gambar tu balik pada paparan LCD kamera tu terasa panas sesangat..tak tahan panas ghuapanya kalau selalu main LCD tu...aku rasa tu laa kelemahannnya...

tapi..kalau ambil gambar still boleh ambil macam biasa dan masuk dalam memory card tu kemudian tengok kat PC..tapi tu laa untuk setting menu, date, dan lain lain tak leh..kecewa tull laa... dah laa beli harga ribu2..tak puas pakai dah rosak..tak lasak sangat

persoalannya ialah...

ada tak tempat lain yang boleh kurangkan kos repair tu??

menurut technican NIKON tu..kena tukar satu board litar dalam kamera tu...tu harga dia..RM750.00

dan lagi satu perlu tak repair dulu..sedangkan masih boleh lagi ambil secara tanpa guna LCD dia..

pening betul aku..

minta buah fikiran tuan dan puan bijak bestari dalam ni...

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2011 10:05 AM | Show all posts
kesiannya kena tpu...apa la kawan mcm tu penipu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 02:30 PM | Show all posts
Nikon D5000 aku pun baru habis garenti setahun tiba tiba rosak..LCD dia menu takeh bukak..nak tengok ...
ajie2000 Post at 8-1-2011 19:06


buat sementara guna je dulu. should be no problem kalo takleh view pun. actually ada hikmah lcd tu rosak, so ko bole gambar lebih berhati-hati lepas ni. just make sure exposure ok than ur photo will be ok. but.... if i'm not mistaken D5000 punya ISO setting kene view kat lcd kan? kalo ye, u have no choice. kene repair.

i can suggest you few shop nak repair.
1. J-one, Amcorp Mall
2. Cheah Camera, Plaza Mutiara
3. YL Camera, Pudu plaza.

parts mungkin harga sama but service mungkin berbeza. Nak tau detail spt alamat n no phone silalah Google ye.

sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 02:31 PM | Show all posts
kepada thread starter, ko bawak kamera tu jumpa seller pastu ko hentak kat kepala dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:27 PM | Show all posts
apa punya kawan daaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:44 AM | Show all posts
dah rosak, mai jual kasi kat saya boleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.193369 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list