CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 12

Bahayakan Diri Sendiri, Orang Ramai Berderau Darah Tengok Lelaki Kutip Tangga Besi Tengah Highway MEX

[Copy link]
Post time 29-10-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda bernama Farid Hafizul, 26, yang membahayakan nyawanya untuk mengalihkan sebuah tangga lipat dan paip PVC yang terjatuh di tengah jalan.


Dalam video tular yang dikongsikan Farid di TikTok, dapat diperhatikan dia cuba memberi isyarat kepada pengguna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) agar memperlahankan kenderaan masing-masing.








Farid menceritakan semula tentang situasi mencemaskan itu ketika dia mengalihkan tangga berkenaan.


"Semasa melalui lebuh raya MEX menuju ke Sepang, sebuah kenderaan 4x4 memotong kami selepas persimpangan Bukit Jalil


"Kenderaan itu bawa tangga dan paip di belakangnya. Tak lama selepas itu tangga dia jatuh ke tengah jalan... mungkin ikat tak ketat.


"Kami memang betul-betul di belakang kenderaan 4x4 itu, nasib baik kami sempat tekan brek mengelak tangga itu," ceritanya ketika dihubungi mStar.







Atas rasa tanggungjawab, Farid mengajak rakannya memberhentikan kereta di tepi bagi membantu mengalihkan tangga tersebut.


"Tangga besi kot yang ada dekat tengah jalan tu. Kalau tayar lori pecah kita langgar pun boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan... inikan pula tangga besi," ujarnya.


Ujar Farid dia terfikir untuk menghubungi peronda lebuh raya bagi mengendalikan hal tersebut tetapi keadaan mendesak memerlukan tindakan segera.


"Saya ada teringat nak call pihak peronda tapi saya fikir balik nak tunggu peronda sampai pun ambil masa.


"Silap-silap ada yang dah jadi mangsa dulu terutamanya motosikal. Saya kata dekat member saya, saya nekad nak ambil tangga itu juga.


"Saya minta dia rakam video kalau apa-apa jadi dekat saya, kita ada bukti. Saya ambil tangga dan letak dekat tepi jauh sikit daripada jalan raya," katanya.


Ketika ditanyakan sama ada 4x4 tersebut sedar dengan kejadian yang berlaku, Farid berkata dia melihat pemandu kenderaan berkenaan berhenti di tepi tetapi jauh daripada tempat kejadian.


"Dia perasan tapi dia berhenti dalam 200 meter daripada kami. Macam jauh juga. Selepas saya dah selesai ambil tangga itu dan bawa ke tepi, baru saya nampak dia datang.


"Dia datang ambil balik tangga kepunyaannya," kata Farid.


Farid menyatakan apa yang menyuntik keberanian dalam dirinya adalah kerana dia pernah menjadi mangsa kemalangan dan memahami keperitannya.


Farid yang pernah kemalangan berkata dia tidak sanggup melihat orang lain melalui perkara yang sama.


"Saya juga salah seorang penunggang motosikal dan saya juga seorang pemandu kereta.


"Jadi apabila ada halangan di atas jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan saya rasa saya kena tolong.


"Kalau plastik kita boleh langgar macam itu je tapi ini tangga besi. Terlalu bahaya untuk dibiarkan. Saya fikir keselamatan orang lain," terangnya.


Keluarga Farid ketika melihat video yang tular itu meluahkan kerisauan dengan tindakan yang diambilnya.


"Mereka ada cakap kenapa tak tunggu peronda je, saya cakap by the time peronda sampai mungkin dah ada yang kemalangan.


"Saya kena buat juga," tegasnya.


Warga maya juga turut membanjiri ruangan komen dan menghujani Farid dengan pujian tanpa henti.


"Terima kasih, banyak pahala you guys.


"Terbaik. Semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan anda.


"Terima kasih bang. Tindakan abang dapat menyelamatkan banyak nyawa," antara komen warga maya.


Sehingga kini video berkenaan menerima lebih 1.8 juta tontonan di TikTok. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary nengok. Laju2 kete moto bas
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 02:50 PM | Show all posts
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ


Dari Abi Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”     (HR Muslim No: 4745) Status: Hadis Sahih


teringat yang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar pahala nya membuang halangan lalu lintas yg bahayakan nyawa org lain2
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah pnya owner tangga..org dh angkut dan letak tepi baru dia dtg ambik balik kepunyaannya tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya dik but apa you buat memang mulia. Semoga urusan kamu lepas ni dipermudahkan kerana menyenangkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut habang neh bawak skali tangga tu bawak.gi opis.mex ke atau bawak balik.je
Jilaka owner tu..bolehndia.tunggu.je
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry but this is too dangerous, die xde the right equipment nk stop kn kereta semua..kalo rakam utk bukti, xperlu la nk upload. Iolls xsetuju dgn cara dia, maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada officemate meninggal masa nak gi keje kat MEX ni dulu, bahaya sini kereta mmg laju2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berderau iols tengok
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by albedah at 30-10-2022 10:23 AM

Ini bijak laa sikit. 2 minggu lepas aku eksiden sebab budak motor berhentikan motornya ditgh nya utk mengutio barang yg ada atas jalan sedang aku berada dibelakangnya.   Sedihhhhhhhhhhhhh.. Tak pasal2 keta aku masuk bengkel dan mostly org salahkan aku sebab langgar budak tu.

Dik, kau berhenti motor tgh jalan. Bukan teoi jalan. Niat kau mmg murni tp bley tak park motor kau tepi jalan. Ko ingat tak sepraise ke org tetiba kau benti tgh jalan.


Akuuuuuuu jugaaaaakk yg jd mangsa. Membahyakan orang, paham.. Dah laa aku trauma lagi nak drive ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
PinkyPie replied at 30-10-2022 07:30 AM
Ada officemate meninggal masa nak gi keje kat MEX ni dulu, bahaya sini kereta mmg laju2.

Jln ni org mmg drive mcm org gila sbb jln lurus je smpi ke tol mex tu haha.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2022 08:11 PM | Show all posts
Patut téléphone polis.

Pernah alami lama dah 10 tahun lebih gitu.


Tong sampah jatuh kat highway.

Kami téléphone polis, polis cepat juga datang jaga jalan sebab highway.. Lepas tu polis jalan raya datang jumpa kami.. Kami bagitau kami kat mana..

Dapat ticket denda 500 lebih rasanya dan kemudian polis bawa kami ke kedai berdekatan, beli apa perlu untuk ikat tong sampah tu, bila polis puas hati baru kami pergi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:20 PM GMT+8 , Processed in 2.932541 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list