CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 7

Lelaki Hilang Separuh Badan Kongsi Gambar Tragedi Dihempap Forklift Selepas 3 Tahun

[Copy link]
Post time 29-10-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Pekerja pembinaan yang masih bernyawa walaupun kehilangan separuh badan dari bahagian pinggang ke bawah akibat dihempap forklift akhirnya berkongsi gambar tragedi di tempat kerja pada September 2019 di media sosial.







Foto: Mirror/Loren Schauers/Instagram




Loren Schauers, kini 21, melalui perjalanan yang memeritkan untuk kembali pulih selepas tragedi yang berlaku tiga tahun lalu itu.


Loren meletakkan kepercayaan pada pasukan perubatan untuk melaksanakan prosedur hemicorperectomy dan melakukan amputasi pada bahagian pinggang ke bawah demi menyelamatkan nyawanya.


Dalam kejadian itu, Loren dihempap forklift ketika dia sedang bekerja di dalamnya.





Foto: Mirror/SWNS




Segalanya bermula apabila forklift yang dipandu Loren terjatuh 50 kaki dari jambatan kerana berada terlampau hampir dengan sisi jambatan ekoran kesesakan trafik, lapor Mirror.


Insiden malang itu sekaligus menghancurkan tangannya dan bahagian bawah badan.


Kini selepas tiga tahun tragedi itu berlaku, Loren berkongsi gambar ngeri memaparkan jentera yang dikendalikan menghempap tubuhnya.


Menurut Loren, dia masih merasai kesakitan ‘phantom’ seolah-olah anggota badannya yang dihempap forklift itu 'bersambung' dengan dirinya.




Loren melakukan kerja pembinaan jambatan sebelum kemalangan




Isteri Loren, Sabia Reiche, 23, setia di sisi ketika dia menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan komited membantunya dalam menjalani kehidupan harian.


Oleh kerana pergerakan Loren yang terbatas, dia memerlukan bantuan untuk mandi dan menukar beg stoma.


Loren mempunyai semangat kelangsungan hidup yang kuat sehingga dia sempat berpesan kepada keluarganya untuk menyelamatkan nyawanya dengan apa jua cara walaupun yang tinggal hanyalah seketul kepala.




  



Sebagai makluman, Loren mempunyai saluran YouTube khusus untuk menceritakan liku-liku kehidupannya selepas insiden terbabit.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
So bebird pun x de la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jual keropok rm30 kat malaysia boleh kaya beliau
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat yg kena hempap tv lcd gedabak haritu tu
Apa jadi entah dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:32 PM | Show all posts
bini solehah ni, tk mcm yg tu, skandal, pstu mnta cerai plak..
ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:34 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segalanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar ngerinya dekkk?????!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 29-10-2022 07:32 PM
bini solehah ni, tk mcm yg tu, skandal, pstu mnta cerai plak..
ntah apa2

Yang dapat derma sampai boleh buat rumah banglo

Yang kena tangkap basah berskandal dengan adik angkat

Yang dapat insurans sauk sorang dengan alasan nak guna untuk bela anak somi tapi sibuk modi RXZ berkonvoi dengan jejantan lain
Kos modi RXZ tu lagi mahal dari kos perubatan suami

Yang itu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088128 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list