CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1641|Reply: 18

Kes Siti Bainun Ditutup, Nasib Diketahui 24 November Ini

[Copy link]
Post time 28-10-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down Bella menutup kes hari ini.


Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan menutup kesnya selepas saksi ke-22 iaitu juruteknik sebuah syarikat penapis air Mohamed Rezuan Satori, 25, selesai memberi keterangan.




Bernama




“Dengan berakhirnya keterangan saksi ke-22 hari ini, pihak pendakwaan menutup kes,” kata Nor Azizah.


Berikutan itu, Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan bertulis sebelum atau pada 18 November sebelum mahkamah membuat keputusan diakhir kes pendakwaan pada 24 November ini.


Ketika prosiding, pihak pendakwaan kemudian telah menawarkan seramai 15 saksi kepada pihak pembelaan antaranya beberapa bekas penghuni Rumah Bonda dan rakan Siti Bainun.


Dalam prosiding hari ini, barisan peguam yang mewakili Siti Bainun diketuai Nur A’minathul Mardiah Md Nor.


Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.


Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima.


Dalam keterangannya sebelum ini, Yasmin pernah memberitahu mahkamah bahawa Bella didera Siti Bainun dan kejadian itu sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.


Semasa perbicaraan kes itu juga, Hakim Izralizam pada April lalu pernah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes itu yang ketika itu sedang berlangsung.


Peringatan itu dikeluarkan selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah orang ramai masih membuat hantaran di laman sosial berhubung kes tersebut seperti ‘JusticeforBella’.


Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.


Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 07:11 PM | Show all posts
benon 0 - bella 1

harap2 ko mereput la ye benon
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah2an Benon masuk penjara. Mana la tau boleh slim.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Perbicaraan kat Malaysia ni takde cara ke untuk dihabiskan dalam tempoh yg pendek, contohnya 3-6 bulan?

Ini sekali tangguh pun dah berbulan2... Abih bila nak selesai? Bertahun-tahun baru nak settle... Dalam tempoh tu macam2 berlaku... Peguam mampos... Saksi mati... Hakim bertukar.... Saksi lupa fakta.... Saksi kena beli. Macam2.

Bukan baru nak buat penyiasatan, kan?
Justice delayed is justice denied.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kau didapati bersalah.
Aaminnnnn Aaminnnnn Aaminnnnn.
Dah mcm bola dah aku tgk kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 28-10-2022 02:21 PM
Nmpk susut sikit tu,ah ghisau gaknya

Aiol edit sket url yang acik bagi tu supaya keluar terus hyperlink.

https://m.facebook.com/story.php ... ;id=100063452601287

Kebetulan aiol pun nak baca apa acik tepek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 28-10-2022 02:21 PM
Nmpk susut sikit tu,ah ghisau gaknya

Dah baca pengakuan Yasmin tu.

Sapa sokong Benon dan masih sanggup jadik peguam dia memang anak haram keturunan iblis lebih teruk dari pemakan babi. Akak hilang respect a 100% kepada mana2 individu yang sokong Benon gemok. Benon gemok ni patutnya dikisas dek. Kita kasik dia rasa, apa Bella rasa. Dasar iblis bajingan. Semoga segala doa ka solat taubat sheol idok diterima Allah dan moga mati nanti rohnya ditempatkan di neraka jahnam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts

Body shaming

Cutting benon ni mcm kartun mama yokies
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
PanadolExtend replied at 29-10-2022 01:09 AM
Cutting benon ni mcm kartun mama yokies

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes Badak Air ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm dh kurus ckit je si benon ni..sblumni bkn main membadak je
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi macik doakan dia semakin membelon
Biar sampai mengensot atas lantai tu
Gitewwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wanita dgn sokongan kuasa politaik.. Semoga kebenaran terbukti
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:48 PM | Show all posts
Akhirnya dah tutup pendakwaan, harap si gemok bainun kena panggil utk pembelaan. Bila baca mcm mana adik bella kena dera dgn kejam mental fizikal  sampaii dekat setahun rasa sgtt distress. Dan bila aku rasa tak happy psl keja skrg ni n tiba2 bila pikir apa yg adik bella kena lalui aku rasa suasana tak happy kat tmpt keja yg aku lalui skrg ni nothingg dgn apa yg adik bella kena lalui, sorg budak kena dera mental fizikal berterusan sampai dekat setahunnnn, oh siksanya diri poor child so cepat2 aku jadi mcm ok n kuat balik, so thanks adik bella sayang bagi semangat pd kakak walaupun dia tak tahu semoga adik bella dapat pembelaan yg wajar n semoga bainon gemokk didapati bersalah dan dihukum ke penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed azmi masih muka tak malu blh terus mintak derma kat fb dia, tapi dia off coment. Menyampah baca posting dia, mie mie phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 04:59 PM | Show all posts
Syed azmi dulu sebelum kes bella mcm sombong tau, kat fb dia pun blh rasa sombong belagak dia  perasan aktivist terkenal vvip ke apa, dia marah org miskin yg mssg2 dia utk minta bantuan supaya jgn buang masa dia tulis meleret2, kena tulis gini2, aku taham point dia tapi mcm takde empathy mentang2lah org susah org miskin dia popular dia rasa dia blh layan dorg mcm tu, mcm takde adab, arrogant. Cuba org kaya tulis melerettt takdenya dia nak tegurrr phuiii. Tp lps dia jadi tak popular sbb kes bainun dia acah2 baik friendly kat fb, mie mie menyampah akubpondan seko hidop makan duit derma org ni phuiiii nokharomm ko syed azmiii oiiiiii!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 05:05 PM | Show all posts
Saat bahagia syed azmi n siti bainun, menggelettissss bergeselll dua2 eko ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 05:11 PM | Show all posts
Edited by Orenn1 at 29-10-2022 09:13 AM

Syed azmi berterusan mintak derma kat fb dia dari masa ke semasa. Harap org ramai dah tak derma lagi kat shaithonirrajjim ni, suruh dia keja nak hidop mewah kalau. Budak sampai kena dera teruk bawah ngo n share partner dia, dia diam seribu bahasa sampai tak tahu apa berlaku, org dah bagitahu pun dia mcm taknak buat apa2 konon takde bukti, jahatt tak perangaiiii anakharamm ni? Klu kes2 lain yg takde kaitan dgn ngo dia dgn share partner dia cepattt2 dia ke depan nak jadi hero, masa tu dah tak perlu bukti apa, cukup klu kes tersebar dia masuk campo jadi hero phuiiiii bangsatttt punya manusia lebih pentingkan nama n prestij, jiwa kemanusiaan tu fake!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2022 05:19 PM | Show all posts
Semoga kes ni jadi pengajaran jugak pada kita2, klu kita tahu ada budak kena dera janganlah kita diamkan sbb yg dera tu kawan kita, sedara kita bla bla bla, kesian budak kena lakui penderaan yg berterusan sedangkan kita ada peluang utk hentikannya tapi kita pilih utk diam n biarkan. Mcm dlm kes ni ada anakharam seko pompuan umur 40an dia tahu bella kena deradgn bainun dia biarkan sbb bainun kawan dia. Bila mummy dah selamatkan bella baru dia pun joint venture jd saksi pembelaan acah2 pengasihhh n penyanyanggg kepala bapakkk dia phuiiii. Klu siapa kenalll betina anakharamm tu suruh dia masuk sini baca.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 1.220753 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list