View: 3717|Reply: 45
|
Kereta Remuk Habis Rempuh Lori Dua Tan Baiki Jalan, Suami Isteri Dan Bayi Setahun Maut
[Copy link]
|
|
ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara) di sini, tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 28 tahun dan bayi meninggal dunia di lokasi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Muhamad Ezanee Hamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.02 pagi.
 Foto: Kosmo
Katanya, sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tampin, Negeri Sembilan dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Honda Jazz dinaiki mangsa sepasang suami isteri bersama bayi mereka dan sebuah lori dua tan.
“Tiga beranak itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
 Foto: Kosmo
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga itu merempuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.
“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan merempuh lori terbabit,”
 Foto: kosmo
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah buat operasi had laju jangan tunggu musim perayaan je baru nak buat makin banyak kemalangan berlaku akhir2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suami isteri, bayi maut kemalangan
Suami isteri, bayi maut kemalangan
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... yi-maut-kemalangan/
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
28 Oktober 2022, 3:20 pm

Kakitangan kesihatan mengangkat mayat bayi yang maut kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara - Selatan (arah utara) di Alor Gajah.
ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun maut dalam kemalangan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara) di sini, tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 28 tahun dan bayi meninggal dunia di lokasi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Muhamad Ezanee Hamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.02 pagi.
Katanya, sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tampin, Negeri Sembilan dikejarkan ke lokasi.
“Setiba di lokasi kita dapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Honda Jazz dinaiki mangsa sepasang suami isteri bersama bayi mereka dan sebuah lori dua tan.
“Tiga beranak itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu turut ke lokasi kejadian dan siasatan lanjut siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
lori punya kerja lagi ke atau kereta jazz tu yg terlanggar lori? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut JPJ makin rajin tahan lori sejak beberapa hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kat utusan
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, lori jenis Isuzu yang sedang menjalankan kerja pembaikan pembahagi jalan tengah telah berhenti di lorong paling kanan dan proses meletakkan kon.
“Manakala kereta mangsa jenis Honda Jazz yang datang dari arah belakang telah melanggar lori tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
orang muda bawak kereta..
|
|
|
|
|
|
|
|
laju la tu kalau kat lane kanan  |
|
|
|
|
|
|
|
Honda jazz ni sgt ringan dan laju...aku bawak pun rasa x yakin...rasa ringan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Inallilah seriau haihh
Salam takzih |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kna ada marshal yg kna selalu ronda2 lebuhraya supaya org awam aware pape yg blaku.. Ya Allah.. sedih btl berita nie..
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm pelik lori tu baru nk letak kon dah berhenti ek? biasanya ada marsyal kan yang ada lampu arrow tu bila ada pekerja letak kon... |
|
|
|
|
|
|
|
Hayooooo jangan lah main berhenti je lorong kanan pulak tu... Kenalah ada tanda amaran 1km sebelum sampai kat lori yang berhenti tu. Also, jangan buat kerja pukul 11 pagi. Buatlah malam masa traffic kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Benti lorong kanan. Baru nak letak kon. Bahaya giler buat keje mcm ni. Kalau aku pun 140-150km laju tak sempat nak elak. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau kerja letak kon ni dr few km dah ada sign tunjuk arrow ...
Mcm biasa reporter kdg gagal menyampaikan maklumat menyebabkan salah faham..
Apapun takziah kepada keluarga mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|