View: 1180|Reply: 9
|
Kerja 18 Jam Sehari Tanpa Rehat- Enam Lelaki Diseksa, Direnjat Elektrik Kalau Gagal Dapat Pelanggan
[Copy link]
|
|
SEPANG – Impian enam lelaki tempatan untuk bekerja sebagai petugas kasino di bandar peranginan terkenal Sihanoukville di Kemboja dengan gaji lumayan bukan sahaja tidak tercapai, malah mereka diseksa oleh sindiket penipuan pekerjaan.
Mimpi ngeri itu bermula apabila mereka yang dipaksa menjadi scammer telah dikurung dan dikenakan renjatan elektrik jika gagal mencari pelanggan baharu.
Penderitaan itu akhirnya terbongkar selepas mangsa yang melalui azab selama tujuh bulan itu berjaya meloloskan diri dengan bantuan pasukan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) baru-baru ini.
 Foto: Kosmo
Seorang mangsa yang ingin dikenali Adan berkata, mereka dipaksa sindiket terbabit untuk bekerja selama 12 jam sehari dan ada juga bekerja sehingga 18 jam tanpa rehat dengan dipantau ketat oleh ramai pengawal bersenjata sepanjang masa.
Adan, 36, yang berasal dari Sabah memberitahu, pada mulanya mereka dijanjikan akan bekerja di kasino di Sihanoukville.
“Bagaimanapun, apabila tiba di sana, kami dipaksa untuk menipu individu di seluruh dunia terutama Malaysia.
“Kami dipaksa memperdayakan mangsa menerusi panggilan, aplikasi WhatsApp dan media sosial lain,” katanya kepada pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini semalam.
Kumpulan enam rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak itu selamat tiba dengan menaiki pesawat AirAsia dari Phnom Penh.
Mengulas lanjut, Adan berkata, dia dan rakan-rakannya seramai 20 orang ditempatkan di tingkat lima sebuah bangunan setinggi tujuh tingkat.
Katanya, tugas mereka hanya berada di depan komputer masing-masing untuk berhubung dengan ‘pelanggan’ bagi menarik minat mereka melabur saham dan berjudi.
Malah, katanya, mereka turut memikat pelanggan wanita untuk dijadikan ‘kekasih’ sebelum ‘merompak’ wang mangsa.
Justeru, dia yang ‘berpengalaman’ luas dalam memperdayakan mangsa menasihatkan masyarakat agar elak menekan sebarang pautan tidak dikenali di peranti atau telefon pintar.
“Pautan ini adalah perangkap yang direka khas oleh pakar teknologi maklumat sindiket terbabit bagi ‘menyedut’ duit daripada akaun bank mangsa tanpa sedar,” ujarnya.
Menceritakan pengalaman ketika berjaya meloloskan diri, Adan berkata, mereka keluar secara senyap dari sebuah hotel yang dijadikan transit kerana markas operasi sindiket terbabit sedang diubah suai.
Bagaimanapun, dia terkilan apabila puluhan lagi mangsa dari Malaysia gagal melarikan diri dan bimbang mereka akan diseksa selepas ini.
Pada 20 September lalu, Kosmo! melaporkan, kira-kira 170 rakyat Malaysia kini terperangkap di Myanmar, Laos dan Kemboja selepas menjadi mangsa kepada sindiket penipuan pekerjaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
org vietnam dtg sini..dorg pergi sana |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kerja KKMart je lah.. sampai kena jd hamba abdi gitu choyyyy  |
|
|
|
|
|
|
|
PBB dah boleh sepakat nuclear jah negara kemboja vietnam laos myanmar bagai sebab tak berjaya kawal penduduk diorang dari gejala pemerdagangan manusia dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Sini banayk peluang kerja kat Vietnam juga ko pergi, pergi lah ke singapura baru betul dapat gaji lumayan |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap: Sini banayk peluang kerja kat ...
Udah dijanji 7_8k sebulan ..mana tak gelap mata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang cari peluang di negara maju bukan ke negara dunia ketiga mana tak kena jual |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka..bodoh sangat...sini malaysia punyalah banyak kerja..kemboja jugak korang cari..tak berbaloi..kalau pergi negara mat salleh ke,jepun ke then kena tipu tu kira berbaloi jugak sbb dapat pergi negara org putih..
serve u right..
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah..kebodohan yang menyusahkan org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
sihanouk ville ni tempat yg tak mengikuti piawaian perbankan antara bangsa...
duit rasuah pn boleh masuk situ, duit jual dadah...
sebab kt negara lain, ko buat jenayah yg berasaskan kewangan, ko akan kena cas 2 kali,
cth jual dadah, dpt duit, masuk bank
2 kali cas 1 cas jual dadah, 1 lagi cas money laundering ,
tp kalo ko buat jenayah cth cabul perempuan, tanpa melibat kat sistem kewangan , ko kena cas 1 je... mencabul..
tp kalo ko melacur kan pompuan , kena 2 cas, melacurkan dan money laundering, kecuali negara itu membenarkan peacuran @ pelacuran berlesen..
itu lah yg aku dgr ketika kursus bberapa tahun lepas...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|