CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 3

[Tempatan] 'Landskap' Lorong Haji Taib kini berbeza...

[Copy link]
Post time 28-10-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
'Landskap' Lorong Haji Taib kini berbeza...




Tinjauan sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit yang sudah berubah wajah. FOTO ASWADI ALIAS


Kuala Lumpur: Lorong Haji Taib, Chow Kit, di sini, yang terkenal sebagai lokasi 'kupu-kupu malam' sebelum ini kini berubah wajah apabila aktiviti tidak bermoral dilihat sudah makin berkurangan.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Salleh, 42, berkata landskap kawasan itu sudah berubah berbanding dikenali sebelum ini bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Dulu tempat ini (Lorong Haji Taib) orang label sebagai sarang pelacuran ibu kota, namun kegiatan itu sudah makin berkurangan.

"Sekarang, kawasan ini nampak lebih 'hidup' dengan aktiviti lain terutama perniagaan termasuk restoran, kedai runcit dan lain-lain," katanya ketika ditemui, di sini, malam tadi.

Pelanggan sebuah kedai makan yang mahu dikenali sebagai Ramli, 32, berkata dia tidak rasa malu untuk keluar makan bersama rakan di kawasan terbabit kerana keadaan sudah berbeza.

"Ada tempat makan di kawasan ini menyediakan sajian yang sedap, jadi saya tidak kisah datang sini untuk keluar makan bersama rakan.

"Selain itu, kami boleh berjalan di sekitar pasar malam Chow Kit untuk membeli barang. Jadi, tidak timbul isu orang datang ke kawasan ini kerana aktiviti tidak bermoral (pelacuran)," katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati kebanyakan premis ditutup dan kawasan kaki lima sepi.

Meskipun keadaan di kawasan itu agak lengang, namun terdapat beberapa gerai kecil serta restoran yang menjalankan operasi perniagaan.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-taib-kini-berbeza

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Perubahan yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:33 AM | Show all posts
kalau covid tak datang, pkp tak wujud... rasanyer masih seram nak lalu situ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:48 AM | Show all posts
cokit,LHT meriah zaman 2000an dulu..tapi skrg makin sunyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039566 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list