CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 10

[Politik] Mahkamah : Syed Saddiq diperintah bela diri 4 pertuduhan

[Copy link]
Post time 28-10-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Syed Saddiq ketika tiba di Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah : Syed Saddiq diperintah bela diri 4 pertuduhan

KUALA LUMPUR – Penyandang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu di akhir kes pendakwaan.

Syed Saddiq, 29, kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama berdiam diri dengan tidak menjawab pertuduhan atau kedua memberikan kenyataan tidak bersumpah tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Pilihan ketiga pula, memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Tertuduh kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Sepanjang prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes perbicaraan selepas 30 saksi pendakwaan selesai memberi keterangan.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Jun lalu, antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan adalah ibu bapa Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani dan Syed Abdul Rahman selaku saksi kedua dan ketiga pendakwaan.

Selain itu turut menjadi saksi pendakwaan ialah bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq; Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Mengikut pertuduhan Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – KOSMO! ONLINE

SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -diri-4-pertuduhan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2022 10:49 AM | Show all posts
empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.




MUDA MUDA DAH PANDAI?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hipokrit…the making of the next nobita…sekali kena 4 pertuduhan memang terer…nanti kempen sure tak guna isu rasuah sbb kena kat batang hidung sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:09 AM | Show all posts
Adakah akan dicalonkan di Muar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 11:11 AM | Show all posts
Pecah amanah RM1j: Syed Saddiq diarah bela diri





KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membela diri atas empat pertuduhan, termasuk pecah amanah dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga bekas Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) BERSATU itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd 'Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar, mewakili Syed Saddiq.

Pada 27 September lalu, pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 30 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun lalu.

Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.

Turut memberi keterangan, tiga pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Syahmeizy Sulong, Nurul Hidayah Kamarudin dan Asbi Munip.

Pendakwaan juga menawarkan 13 saksi kepada pembelaan, termasuk dua pegawai forensik SPRM, Moses anak Lawrence dan Wan Zulkifli Wan Jusoh serta rakan Syed Saddiq, iaitu Mohamed Amshar Aziz, Nurali Nadzwan dan Muhammad Suhaimi Yahya.

Syed Saddiq, 29, berdepan empat tuduhan, iaitu didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.


Syed Saddiq tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


Penyandang kerusi Parlimen Muar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini, pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, hasil aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru, pada 16 dan 19 Jun 2018.


Syed Saddiq tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... iq-diarah-bela-diri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 11:12 AM | Show all posts
Highflyer19 replied at 28-10-2022 11:09 AM
Hipokrit…the making of the next nobita…sekali kena 4 pertuduhan memang terer…nanti kempen sure ta ...

tu la pasal... last2 smua x boleh pakai.... BANA laaa MUDA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2022 11:12 AM | Show all posts
venom1 replied at 28-10-2022 11:09 AM
Adakah akan dicalonkan di Muar?

Saksi terbabit termasuk ibu dan bapa Syed Saddiq, iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz serta Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff dan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali.



Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:16 AM | Show all posts
Dia kan terer debate so defend your words wisely
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 11:22 AM | Show all posts
venom1 replied at 28-10-2022 11:09 AM
Adakah akan dicalonkan di Muar?

kalau ikut prinsip parti atau pakatan mereka ini, memang tidak sepatutnya dicalonkan, termasuklah di Bagan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2022 11:54 AM | Show all posts
penyembah MUDA apa mcm?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048530 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list