CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1742|Reply: 16

Lelaki Pergi Filipina Nak Kerja Tapi Kena Kurung Setahun- Pasport Dirampas, Disuruh Jadi Scammer

[Copy link]
Post time 27-10-2022 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Seorang lelaki tempatan dikurung hampir setahun dipercayai menjadi hamba pemerdagangan manusia di Manila, Filipina sejak November tahun lalu.


Ibunya Vong Foong Thai, 61, seorang tukang jahit berkata, anaknya Choong Chin Yee, 24, pada mulanya mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang perkomputeran di sana kerana ketiadaan kerja selepas pandemik Covid-19.


"Anak saya mahu bekerja di sana selepas ditawarkan satu pekerjaan yang bergaji lumayan iaitu RM8,000 oleh rakannya di Filipina.


"Setibanya di sana, pasportnya telah dirampas dan telefon bimbitnya diperiksa secara berkala bagi memastikan anaknya tidak membocorkan (keadaan sebenar) kepada ahli keluarga," katanya pada sidang media di sini, hari ini.




Gambar Hiasan




Vong berkata, anak sulungnya itu mula menyedari bahawa dia ditugaskan melakukan penipuan tawaran kerja kepada rakyat Malaysia yang kononnya menawarkan gaji lebih RM9,000.


"Anak saya tidak mahu melakukan tugas itu jadi memohon untuk dilepaskan. Pada 27 Julai lepas, saya telah diugut oleh seorang lelaki melalui pesanan suara daripada aplikasi WeChat menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang tebusan sebanyak RM100,000 bagi melepaskan anak saya pulang," katanya.


Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak Low Guo Nan berkata pihaknya akan menghubungi pihak kedutaan di Filipina bagi menguruskan kepulangan Choong selepas dia diarahkan bertemu pihak berkenaan oleh pihak polis. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
di Msia aman2 jer pilipin cari makan sambil jalan lenggang kangkung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Chinks, kebanyakan yang kena dengan sindiket sebegini ditipu rakan sendiri samada rakan lama atau rakan internet.

Tetiba teringat aku kat porumer yang beriya nak bantu poromer lain kerja jadik babysitter di Europe. Gaji lumayan katanya. Harap bukan scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya org cari kerja di negara yg lbh maju bkn lg mundur dr kita…tak paham kenapa cina2 yang dikatakan pandai serba serbi dgn iq yg tinggi suka pi kambodia, laos, myanmar, filipina, timur leste dan papua new guinea…
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 cari mca setel masalah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-10-2022 06:27 PM
Kalau Chinks, kebanyakan yang kena dengan sindiket sebegini ditipu rakan sendiri samada rakan lama a ...

dia kenakan bayaran ye tak murah … terang2 dia tulis dlm mana2 thread . Maybe sendiri yg nak scam orang. Bukan sindiket
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik, sorry to say ya. Takkan lah negara yg penduduk yg begitu padat, more than Malaysia, then lagi poor drpd Malaysia, nak ambik ko kerja? Pikir logic sikit lah dik. Rakyat dia sendiri masuk negara kita secara haram. Cemana tuh?? Means peluang pekerjaan negara dia tak banyak, smp dia kena lari negara kita.
Baik Pinoy, baik Yindon, baik Myanmar, baik Bangla, baik Rohingya. Semua tu.

Unless, kau berkulit putih, yg berasal drpd negara2 penjajah, haaaa, yg tu, negara2 semekinnn tu, akan ambik ko kerje dik. Even in Malaysia pun.
But then again, company yg akan urus visa accommodation, contract, etc. Dalam expat package.
Bukak minda dik. Banyak kan membaca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 09:46 AM | Show all posts
Highflyer19 replied at 27-10-2022 07:17 PM
Selalunya org cari kerja di negara yg lbh maju bkn lg mundur dr kita…tak paham kenapa cina2 yang di ...

Kadang-kadang pembacaan sempit. BM pun tak fasih.
Dimomokkan pulak oleh ahli politik tempatan yang kata negara gagal. Negara lain macam indon dan filipin pun lebih maju katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 10:46 AM | Show all posts
itule elok2 duk msia sebokla nk g flipine bagai
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:23 AM | Show all posts
xpahhammmm... g ngara lg mundur tp offer gaji smpai 8k.. xmsk akaii btl. sng btl kn tipu. xtau nak kata bodoo ke luruih bendui..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak cina kelas belakang ke ni..mesti tak pandai ckp bm tak tau hal semasa..agaknya dah kena baru la teringat malaysia syurgaku
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 05:39 PM | Show all posts
ni sekor lagi bodoh...padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 05:41 PM | Show all posts
Satu lagi mangsa terpedaya dengan gaji lumayan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kesian pun malas. Nak2 kalau dah selalu baca forum lowyat ke reddit malaysia tu ke  Majoriti nya racists tiap2 hari mengeluh nak migrate. Yg tua2 pulak dah kaya raya kat malaysia pun sokong anak2 migrate lepas tu anak kena harass dkt obersi

Malaysia ni gaji rendah tu mmg ye salah menteri. Dah berpuluh tahun starting gaji tetap sama  

Selagi menteri2 berlumba2 bukak kolej, selagi tu  lah education mahal dkt malaysia ni. Rakyat dah tambah berpuluh juta pun ipta tetap yg tu la jugak. Yg jadi mangsa bukan bangsa lain je, ramai budak2 melayu yg score pun tak dpt tempat. Nak medic? Jangan harap lah kalau melayu mcm2 alasan, english tak A pun jd isu  Padahal dkt jepun, china tu bersepah2 doktor tak fluent english.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi mampus la korang!
Walaupun kena paksa jd scammer pun tapi ko buat juga kan!
Ko patutnya rela kena bunuh drpd sanggup gak jd scammer walau dipaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 07:36 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ramai cina yang kena, jenis malas keje tapi nak duit banyak. Gud riddance kata kawan aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.423401 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list