CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 12

Emosi Puteri Balqis hilang bersama Aedy Ashraf?

[Copy link]
Post time 27-10-2022 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Emosi Puteri Balqis hilang bersama Aedy Ashraf?


Gandingan Puteri Balqis, Aedy hangat diperkatakan selepas wajah dikatakan seiras seperti adik-beradik - Foto Ihsan Twitter Aedy Ashraf


KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, menjadi sebutan ramai setelah gandingan mantap bersama aktor Aedy Ashraf menerusi telefilem 'Dania' bersiaran di TV3 mendapat pelbagai reaksi penonton.

Bukan itu sahaja, telefilem yang ditayangkan pada Ahad lalu turut trending di laman media sosial Twitter.

Penonton teruja melihat kolaborasi Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu bersama lakonan hebat Aedy.

Bukan itu sahaja, gandingan Aqish dan Aedy hangat diperkatakan selepas wajah mereka dikatakan seperti adik-beradik seiras menjadikan telefilem tersebut sangat menyentuh perasaan penonton.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aqish meluahkan rasa teruja apabila diberi kesempatan untuk berlakon bersama aktor drama Kisah Cinta Kita itu.

"Keserasian antara kita di kaca TV membuatkan saya rasa 'kehilangan', tidak dapat saya mencari abang lain seperti awak.

"Saya pinjam kata-kata awak. Anda juga 'pelakon kegemaran Malaysia'," tulisnya.

Sebelum ini, Aedy menerusi ruangan Twitter berkongsi foto bersama Aqish berserta kapsyen yang sama iaitu menggelar aktres berbakat besar ini sebagai pelakon wanita kegemaran ramai.

Sementara itu, Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menonton telefilem itu sehingga trending.

"Dania, saya memahami perasaan awak. Kepada anda semua, dari lubuk hati saya yang terluka dan paling dalam, terima kasih kerana menghargai lakonan kami," katanya. -XTRA

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... bersama-aedy-ashraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 02:10 PM | Show all posts
ada lahh sket muka sama, watak adik bradik tu kena laa sbb ada iras. kaka blom tgk lagi cite ni, lama tak tengok drama melayu sbrnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai belakon adik beradik, muka seiras
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 02:15 PM | Show all posts
best citer ni .. tambah pulak pelakon2 dia hebat2 .. and masalah ni mmg ada dlm realiti pun  .. kita je yg tak tau .. tp si feroz khan tu, muka dia mmg mintak kaki eh  hahahaa.. apa2 pun tahniah semua !!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 02:41 PM | Show all posts
best cerita ni, tengok kejap je tapi haritu, tak sempat habes

lama tak tengok aida aris berlakon

tapi mula-mula tu tak paham cerita ni pastu baru tahu setup dia tahun 90-an camtu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 02:41 PM | Show all posts
dlm gmbr tu nampak aqish umur budak2 remaja.. tak mcm selalu yg dia bergaya serupa org dewasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 02:54 PM | Show all posts
Terserempak Aqish ni kat mall,pakai pyjama dgn mak dia sekali pakai pyjama.
nampak ok,normal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni sindiran kepada netizen @ masyarakat yg selalu victim blaming mangsa rogol @ sexual harassment - asal pemangsa tu muka baik, kerjaya bagus, rajin jemaah kat surau, apatah lagi yang bersongkok berserban semua dipandang mulia, sciter ni jugak bagi sindiran pada sistem perundangan negare yang lemah... Sindir masyarakat setempat asal yg buat salah tu dari kalangan yg dihormati terus jadi suci murni, keluar penjara aman2 ajar tusyen balik .. walaupun ending tak strong, alasan kes digugurka. Tu pun tak strong tapi lakonan aqish n aedy memang terbaek ... Plz berlakon jadi adik beradik lagi.. sesueiiii sangattt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 03:12 PM | Show all posts
adakah berjodohan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 03:43 PM | Show all posts
mcm nk bagi penumbok je kt muka Fezrul tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Fezrul mmg selalu bwk watak mcm ni.. mcm nak lempang. Best cite ni.. makin byk job aqish
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:05 PM | Show all posts
red_velvet replied at 27-10-2022 02:58 PM
Cerita ni sindiran kepada netizen @ masyarakat yg selalu victim blaming mangsa rogol @ sexual harass ...

setuju sgt.. mmg dlm real life mcm gitu la. asal yg berkopiah, asal yg keje elok, asl yg ramah berjiran baik orgnya. wlaupon hikikatnya tu la hantu paling jahat skali bertopeng..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:08 PM | Show all posts
Huhu...x tengok dah skrg drama2 Melayu ni so no komen....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.265840 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list