View: 1152|Reply: 3
|
Parah Di Mata, Tulang Rusuk Kanan Dan Punggung, Tetamu Majlis Kahwin Mati Dibunuh Pengantin Lelaki
[Copy link]
|
|
Kupang: Seorang lelaki di Nusa Tenggara Timur, (NTT) Indonesia yang menjadi tetamu perkahwinan pasangan pengantin dibunuh oleh pengantin lelaki, pada 20 Oktober lalu.
Mangsa, Milikior Tlaan, 45, dicederakan sebelum disahkan meninggal dunia.
Dia dilaporkan dipukul Yeremias Maol bersama beberapa lagi ahli keluarganya.
 Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah NTT Ariasandy berkata, kejadian berlaku selepas acara perkahwinan suspek di sebuah gereja.
"Mangsa bersama suspek dan ahli keluarga kemudian hadir ke satu majlis sambutan selepas selesai perkahwinan.
"Majlis diadakan sehingga lewat malam menyebabkan mangsa yang juga penghulu di kawasan itu meminta suspek untuk menamatkan acara," katanya.
Suspek bersama beberapa ahli keluarganya yang dalam keadaan mabuk kemudian memukul mangsa kerana berang dengan permintaan individu itu untuk menghentikan majlis.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di mata, tulang rusuk kanan dan punggung.
Mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah, namun disahkan meninggal dunia, jam 7 pagi, 20 Oktober lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
baru kahwin dah kena penjara pdan muka ko spe suro mabuk |
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan sia2 tak pasal2 masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
cite tk lengkap
penghulu tu suh tamatkn majlis sebab takde surat izin, pstu byk minuman keras, pengantin dgn geng belasah dia, pstu org kg. anta ke hospital
dktor plak bengong, tk buat scan ke apa, dia suruh balik rehat sbb nmpk cm xparah.
skali meninggal luka dalam. esoknya
pengantin bengong, dktor pn sama 2x5 |
|
|
|
|
|
|
| |
|