CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 589|Reply: 2

Mati Berebut Kerusi- Remaja Perempuan Dituduh Bunuh Tanpa Niat Adik Kandung

[Copy link]
Post time 26-10-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini atas pertuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri, minggu lalu.


Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.


Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.


Foto: Kosmo




Perbuatan itu dilakukan pada pukul 1.50 petang di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, 19 Oktober lalu.


Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah Mohd. Yunos yang mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.


Sementara itu, tertuduh diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan kerana masih lagi remaja dan tidak ada sebab untuk melarikan diri.


“Tertuduh tidak ada sebab untuk melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.


Majistret membenarkan anak sulung daripada lima beradik itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.


Mahkamah menetapkan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula.


Pada 19 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar perempuan bertindak membaling pisau ke arah adik lelakinya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah dek. Akak rasa macam dah lama ahlul forummers bincang benda ni berpage-page dah sisthur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 10:31 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.055871 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list