View: 3793|Reply: 32
|
Pekerja Retail Luah Perasaan- Menyampah Pelanggan Datang Masa Kedai Dah Nak Tutup, "Lelaki Tak Payah Bawa GF Masuk Fitting Room"
[Copy link]
|
|
Bagaikan sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita di mana taraf sosial kehidupan seseorang dinilai berdasarkan penampilan luaran mahupun pekerjaan.
Pasti ramai yang pernah mempunyai pengalaman dipandang 'jelik' oleh orang lain hanya kerana berpakaian atau mempunyai pekerjaan yang 'biasa-biasa' saja.
Contohnya ketika memasuki butik pakaian atau kedai berjenama, pekerja atau staf di premis berkenaan akan mula memberikan pandangan yang kurang menyenangkan jika pelanggan tampil selekeh.
Gambar Hiasan
Hal yang sama juga berlaku kepada pekerja di premis sedemikian di mana ada pula pelanggan yang memandang rendah kerana menganggap golongan ini hanya pekerja 'biasa-biasa'.
Sering kali berdepan dengan situasi serupa, seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika bergelar pekerja di butik pakaian (retail) di sebuah pusat beli-belah.
"Sebagai seorang Melayu yang bekerja di mall selama kira-kira enam tahun. Ayat ni memang biasa kami dengar sebagai retail workers. 'Kerja mall je kot', 'sales assistant je pun', 'ingat orang tak ada duit ke nak usha atas bawah'.
"Boleh tak kami sebagai retail workers nak cakap juga mengapa tak boleh consider kami ini sebagai manusia normal yang ada rumah dan family?
"Kamu nak masuk kedai pukul 9.30 malam waktu closing? (Apabila) kamu duduk office pandai (pula) memekak kalau dapat kerja last minute (kena) balik lambat," luahnya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menyuarakan isu layanan yang kadang kala dibangkitkan oleh segelintir pelanggan.
"Kalau shopping dekat fast fashion store jangan la berharap sangat nak dapat great customer service. Selalunya fast fashion ni komisen kongsi satu store. So kalau spend RM1,000 pun 1.5 peratus komisen dikongsi dengan 20 headcount.
"Retail ni bukanlah pekerjaan untuk semua orang. Lapan hingga 13 jam sehari dengan satu jam break setiap empat hingga lima jam. Tak duduk. Berdiri, bergerak.
"Badan pun sakit. Sesetengah retail stores bagi sehari offday setiap minggu dan setiap minggu cuti hari tak sama. Mental and fizikal confirm hilang selepas tujuh hari kerja berterusan tanpa cuti.
"Sebagai manusia kami pun barai hingga tak ada mood untuk layan semua orang. Hanya mahu habiskan kerja dan balik," luahnya lagi.
Tambahnya, kekurangan pada aspek layanan terhadap pelanggan juga berlaku sekiranya ketika itu kedai tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup.
"Tolong bersabar kalau nak staf tu layan kamu. Tak reti sabar, please self service then straight to cashier and go. Kalau nak customer service, datang la time hari biasa apabila kurang sesak. Dapat la A class punya service," katanya.
Dalam pada itu, individu tersebut turut menegur sikap segelintir pelanggan kerana tanpa rasa bersalah mengotorkan pakaian yang sudah dicuba.
"Kalau try baju dalam fitting room tolong jangan letak baju dekat lantai. Ada tempat sangkut baju tu please sangkut. Baju tu kamu tak bayar lagi, kalau kotor bukannya nak beli.
"Yang jantan-jantan tak payah nak semak bawa girlfriend atau bini masuk fitting room acah-acah tak tahu sesuai ke tak. Kalau betul-betul nak approval pasangan, sila keluar dari fitting room. Cakap je dekat staf," ujarnya.
Pokok pangkalnya menurut individu berkenaan adalah sikap saling hormat menghormati antara kedua-dua pihak, bukannya merendah-rendahkan seseorang.
"Layan orang lain sebagaimana kita mahu dilayan. Simple. Kamu nak pakai 'bro', kita guna 'bro. Panggil kami 'adik', kami panggil kamu abang dan the list goes on.
"Kalau panggil macam panggil anjing, memang kena treat macam anjing la. Be polite we will be polite," ujarnya lagi.
Perkongsian ciapan tersebut meraih lebih daripada 1,300 ulang kicau, dengan rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan.
"Itu belum lagi anak dia muntah kita sebagai pekerja kena lap, bukan dia nak minta mop tolong lapkan ke apa.
"uas betul baca satu persatu sebab semua pernah rasa dan alami. Itu belum yang nak bayar baling duit, yang datin suruh panggil datin.
"Juga yang baru sesaat dekat kaunter, memekik ketuk-ketuk kaunter nak bayar. Relax sikit boleh kot?" demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ni boleh masuk bod masalah peribadi la ngok |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 26-10-2022 11:29 AM
Balik kerja jalan jem sampai kedai kul 9 malam taw |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu pernah buat partime promoter kat mall, lenguh weii berdiri walaupun kerja cuma 5 jam, |
|
|
|
|
|
|
|
ni nnt mesti ada org share kt grup b40 buat hal apa harini
hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
kau pandang orang lekeh tak apa..
bila orang pandang kau lekeh, nak memekak pulak..
kau yang minta kerja tu, terima la nature kerja kau tu macam mana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ada yg bawak masuk gf/bf dlm fittingroom. |
|
|
|
|
|
|
|
beli online je laaa.. kalo dah tau size yg sesuai. selalu nya sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Den xkisah pun..SBB den pun spesis yg tgk brg yg nak, belek info..kalau Kenan, amik Dan g byr je..xdelah mcm org lain, berjam2 duk belek brg..beli pun kdg x..tahla...
Cuma den xsuka yg duk mengekor belakang org..KO ingt den ni penyamun tarbus ka?? Kehkehkeh..klu yg begini..LG cepat den pilih..byr Dan caucincau.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat malaysia perlu biasakan budaya 'help yourself'
tetapi masalah rakyat malaysia apabila 'help yourself' ni perangai tiba2 tukar jadi beruk...yg pompuan2 cina tua lagi la, jadi babi betina terus...melayu ni masih la ada adab lagi...keling nowhere to be seen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk berdua tu untuk ringan2 le
Rakam jer guna hp lepas tu sebar baru memasing tobat nak buat
|
|
|
|
|
|
|
|
alahhh korang pn sama gak perangai 2x5 mcm kdai tu bpk ko punye..ushar org ats bwh |
|
|
|
|
|
|
|
duduk lama2 dlm opis pun bosan sakit pinggang...
lagi kalau kwn ko sibukkkkk cerita psl rete benda...aduhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ada keluhan dia yg make sense tapi dah korang yg pilih keje itu bukan?
aeon selalu kaunter takde org esp pagi
pandai pula tu sakit hati kalau org ketuk2 meja |
|
|
|
|
|
|
|
macam kerja kau lah terpaling susah, terpaling penat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by _blackbird at 26-10-2022 05:18 AM
aku pon boleh la dikategori kerja field retail tapi bukan mall jual fast fashion lah. aku jarang judging appearance ni kecuali sejenis bau badan tengik & hancing. paling aku benci jenis customer yg purposely dtg time org nak tutup kedai terhegeh2 pastu meleweh2 kekwat mcm hamjat berjam2. ko kalau spend 5k nak meleweh2 mcm tu ok gak berbaloi. kalau mood aku tak baik aku sound je aku nak tutup kedai, kalau dia nak meleweh2 dia bayar ot aku dengan pekerja2 aku kitorg layan dia. hihihi biasa customer terus minta maaf dan dia selesaikan urusan dia dengan cepat. kimak ko igt berbaloi ke aku spend extra masa sejam aku tu dengan layan kerenah ko. sejam aku tu lebih berharga dari apa yg ko spend tu. choii... |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 keje pon xde yang senang dan tak memenatkan..
hadap je la..dh memang nature keje retail gitu.
sama jugak keje Customer service, kena maki dek customer tu memang normal..
if tak sanggup, cari je keje lain. tak larat berdiri lama2?
then cari keje opis. takyah nak complicated.
guna alasan penat as a reason kenapa muka ko ketat memang not acceptable at all. |
|
|
|
|
|
|
|
I klu gi kedai..sama mcm forumer kat atas..i x suka org ikut i..klu i berkenan brg tu i beli..x berkenan x beli...bg i ruang utk memilih dgn tenang tapi lg best shopping online cuma utk pakaian i lg suka beli kat kedai btl..bkn kedai kat alam maya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah aku experience jenis pandang atas bawah ni
Samada i treat ppl well atau aku jenis malas nak eye contact dgn sales person
Lagi aku jenis buat hal aku kalau ada yg mengekor aku cakap terus terang tolong jangan ikut saya |
|
|
|
|
|
|
| |
|