CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 6

Tak Perlu Pantang Telur Dan Ayam- Empat Hari Bersalin Dah Keluar Berjalan, Dr Amalina Dedah Amalan

[Copy link]
Post time 26-10-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Selepas ramai yang kagum kecergasannya selepas 4 hari bersalin, Dr. Amalina akhirnya mendedahkan rahsia kesihatannya.


Pakar Bedah terkenal, Dr. Nur Amalina Che Bakri, minggu lalu berkongsi gambar bersama puterinya, Arabella Mia keluar berjalan-jalan sekitar London ketika dalam pantang bersalin.


Apa yang menjadi perhatian, Dr. Amalina kelihatan sihat dan bertenaga meskipun baru sahaja memasuki hari keempat tempoh berpantang selepas bersalin anak sulungnya itu.


Foto: IG




Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya meminta petua tentang amalan yang dilakukannya supaya memiliki tenaga dalaman yang kuat selain penjagaan merawat luka bersalin dengan cepat.


Dr. Amalina berkata, hari ini telah berkongsi tip-tip berkaitan atas permintaan ramai yang bertanya tentang penjagaan diri yang diamalkannya selepas bersalin.


“Saya akan berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor,” katanya.




  



Makan secara sederhana dan tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan, antara rahsia Dr. Nur Amalina sihat selepas empat hari berpantang.


Menurutnya, intensiti aktiviti seharian juga boleh ditingkatkan secara beransur-ansur dan elakkan mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi selama enam minggu.


“Amalkan makanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran, buah serta kurangkan garam, gula dan minyak.


“Minum air kosong 2 ke 3 liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti air boba dan milo,” katanya melalui perkongsian di Instagram.


  



Jika bersalin secara normal tanpa komplikasi pula katanya, ibu-ibu boleh mulakan senaman ringan sekiranya sudah bersedia.


“Ini termasuk berjalan kaki (untuk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Anda digalakkan menunggu enam minggu sebelum mulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari.


“Jika pendarahan (lochia) bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukannya secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan dapat banyak rehat,” katanya.




  



Bagi penjagaan bahagian perineum, Dr. Amalina menasihatkan supaya ia dibasuh dengan air mengikut turutan dari depan ke belakang dan dilap sehingga kering setiap hari.


“Tukar maternity pad setiap tiga ke empat jam. Jika bersalin melalui C-section, bersih dan lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam kapas.


“Ambil ubat penahan sakit (paracetamol atau ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak constipation,” kongsinya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Reporter cari ketinggalan zaman.


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 10:54 AM | Show all posts
forumer lain dah post cerita ni 5 hari lepas la ngok. pemalas! makan gaji buta!

https://b.cari.com.my/forum.php? ... hlight=Dr%2BAmalina

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bukak la lagi mana2 thread dgn cerita yg sama 1000x pun.. bukak lagi! bukak lagi! bukak lagi! ngongg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2022 11:01 AM | Show all posts
pittjie: forumer lain dah post cerita ni 5 hari lepas la ngok. pemalas! makan gaji buta! <a href="https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5074308&highlight=D" target="_blank">https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5074308&highlight=D</a> ...


This one amalan dia. bacalah dulu artikel tu. baru 17hours ago di IG amalina update, apa yang ketinggalan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 11:10 AM | Show all posts
CARI-MRO replied at 26-10-2022 03:01 AM
This one amalan dia. bacalah dulu artikel tu. baru 17hours ago di IG amalina update, apa yang keti ...

diaorg baca tajuk je tu min,
malas membaca penuh, gitu la gayanya

Asal ada nama dr.amalina dan tips, ingat repeat issue.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 10:26 AM | Show all posts
tetap muka xcantek. g la operate apa yg ptot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.279648 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list