CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 2

'Saya Tak Pernah Lompat' - Azmin

[Copy link]
Post time 25-10-2022 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan mengatakan beliau dan kumpulannya sebagai pengkhianat kerana terbabit dalam 'Langkah Sheraton' pada Februari 2020.


Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan pengkhianat sebenar adalah pihak yang terbabit dalam dua langkah politik lain iaitu Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson.


Langkah Kajang merujuk pada rancangan menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014, namun gagal selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat.




FB Azmin




Langkah Port Dickson pula menyaksikan Ketua Pembangkang itu bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bagi membolehkan beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, namun gagal selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan.


Mohamed Azmin berkata, pihak yang terbabit dalam kedua-dua langkah politik itu adalah pengkhianat sebenar, selepas wakil rakyat yang masih berkhidmat dipaksa meletakkan jawatan bagi memenuhi 'nafsu serakah seseorang'.


"engkhianat sebenar adalah mereka yang lakukan PRK di Kajang. Mengapa tidak fokus pada Langkah Kajang, Langkah Port Dickson, tetapi fokus pada Langkah Sheraton saja.


"Sedangkan Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, apabila wakil rakyat yang masih hidup, masih berkhidmat dan dipilih pada pilihan raya umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dipaksa meletak jawatan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.


"Begitu juga di Port Dickson, apabila wakil rakyat yang masih hidup, berkhidmat dan dipilih ketika PRU, dipaksa meletak jawatan untuk memenuhi nafsu serakah seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri? Apakah ini bukan pengkhianatan?" katanya ketika temu bual dalam rancangan Agenda AWANI yang disiarkan malam tadi.


Beliau mempertahankan Langkah Sheraton, yang merujuk pada tindakan BERSATU dan 11 Ahli Parlimen PKR dirinya keluar daripada Pakatan Harapan (PH), menyebabkan gabungan itu hilang majoriti sebagai kerajaan.


Mohamed Azmin berkata, peristiwa itu berbeza dengan Langkah Kajang dan Port Dickson, yang mana tiada sesiapa dipaksa meletakkan jawatan, selain ia didakwa memperkukuh kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.


"Malangnya, oleh kerana pergaduhan dan perebutan kuasa dalam PH itu sendiri menyebabkan Dr Mahathir meletak jawatan.


"Mengapa dipersalahkan saya atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan berlakunya kekosongan itu kerana Perdana Menteri meletak jawatan, maka proses penggantian dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.


Pada masa sama, Mohamed Azmin menegaskan tidak pernah melompat parti ketika itu, sebaliknya beliau dipecat oleh PKR, sekali gus tidak sepatutnya digelar 'katak politik'.


"Saya tak pernah lompat (parti). Tuduhan bahawa kita golongan katak adalah tidak berasas kerana saya dan kumpulan saya dipecat akibat tidak wujud demokrasi dalam parti lama.


"Saya dipecat kerana menegur seseorang yang terlalu rakus untuk berkuasa dalam negara. Apakah itu salah? Saya menegur kerana melihat PH gagal melaksanakan dasar yang peduli dan prihatin rakyat," katanya.


Pada masa sama, beliau menuduh PH gagal memenuhi aspirasi rakyat, menyebabkan kerajaan yang dibentuk dengan mandat rakyat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu gagal dipertahankan.


Sebagai contoh, katanya, tindakan lapan menteri PH mendesak Perdana Menteri ketika itu menukar lapan Ketua Setiausaha kementerian dilihat sebagai cuba bergaduh dengan anggota pentadbiran awam.


"Banyak juga peruntukan pembangunan dipadamkan, menyebabkan sesuatu kaum dalam negara rasa tertekan.


"Selain itu, beberapa kenyataan keras bersifat keterlaluan (oleh pemimpin PH) menyebabkan rakyat tidak rasa harmoni duduk dalam pentadbiran PH," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 01:20 AM | Show all posts
kah kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:20 AM | Show all posts
kah kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.158386 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list