CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

Venezuela Rai Kru Pesawat Bebas Dari Tuduhan Pengganas

[Copy link]
Post time 25-10-2022 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Lima kru pesawat, Emtrasur Cargo, yang ditahan di Buenos Aires, Argentina selama hampir empat bulan selepas dikaitkan dengan aktiviti pengganas dibebaskan dan dihantar ke Venezuela pada Jumaat, lapor televisyen Venezuela.


Mahkamah Argentina memutuskan tiada bukti untuk mendakwa dua warga Venezuela dan tiga warga Iran itu atas kaitan dengan aktiviti pengganas, minggu lalu.




Kru pesawat Emtrasur Cargo yang dibebaskan tiba di Venezuela. FOTO AFP





Menteri Pengangkutan Venezuela Ramon Velasquez memberitahu Telesur, beliau meraikan pembebasan kru pesawat kargo terbabit yang 'diculik' badan kehakiman Argentina.


Baki 19 kru pesawat kargi itu sudah tiba di Venezuela bulan lalu.


Pesawat kargo Boeing 747, yang dijual kepada Venezuela oleh Mahan Air Iran setahun lalu, digantung pada Jun lalu kerana disyaki tidak mematuhi pengisytiharan memasuki Argentina.


Negara itu merampas pesawat terbabit atas permintaan mahkamah di Amerika Syarikat.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.213867 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list