View: 5159|Reply: 73
|
[Tempatan]
Guru DG52 ini mahu UPSR dikembalikan dakwa PBD tiada arah,Umno mahu jadikan manifesto.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 24-10-2022 12:32 PM
Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Asyraf berkongsi emel dihantar oleh guru tersebut yang memohon kepadanya untuk mengusulkan supaya UPSR dikembalikan pada masa akan datang dan menjadikan perkara itu sebagai manifesto BN pada PRU15 nanti
Saya mewakili guru-guru seluruh negara serta juga mewakili Cikgu Fadli Saleh supaya Dr mengusulkan semula kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk supaya mengembalikan semula peperiksaan
Saya mendapati bahawa pelajar sekolah rendah hilang arah tuju dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang tiada objektif, penilaian agak kabur serta tidak sistematik untuk menilai prestasi pelajar.
Guru agak terbeban dengan PBD yang tidak mengikut aras kefahaman murid dan semata-mata untuk membantu murid melepasi tahap penguasaan walaupun sebaliknya tidak begitu demi kepuasan pihak tertentu.
Jika diadakan sistem peperiksaan UPSR maka pelajar dapat dinilai secara spesifik dan berkesan dan guru tahu dimanakah kelemahan pelajar tersebut. Dengan adanya PBD, pelajar hilang fokus dalam pelajaran dan belajar sambil lewa kerana tiada matlamat untuk mengejar ilmu akademik secara holistik.
Ini akan menjadi parah jika pelajar tersebut sampai ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar tak tahu teknik menjawab soalan dengan betul kerana dibuai mimpi indah pelaksanaan PBD selama 10 tahun.
Saya merayu supaya Dr mengusulkan perkara ini kepada Menteri Pendidikan UMNO yang barharu supaya dapat mengembalikan semula UPSR.
Saya lihat anak-anak saya banyak bermain dan langsung tidak menumpukan kepada pelajaran. Asas pengetahuannya juga agak lemah dengan wujudnya PBD.
Diharap Dr dapat membantu guru-guru seluruh negara dan saya mencadangkan BN memasukkan peperiksaan UPSR ini dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan kegembiraan guru dalam mengajar anak didik di sekolah. Semoga rintihan kami didengari oleh pihak kerajaan.
Pemansuhan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan sekarang telah meruntuhkan sistem pendidikan untuk menilai prestasi murid bagi pemilihan ke asrama penuh kelak.
Di samping itu, harap dapat disemak kembali sukatan pelajaran yang terlalu banyak dan tinggi serta dapat kembalikan zaman kegemilangan BN dengan mewujudkan semula peperiksaan berpusat UPSR demi anak-anak kita semua.
Yang benar, Guru DG52
Sumber SinarHarian/Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elok sangat la tu, kejap tukar camtu kejap tukar camni
Semua nak acah2 bawak perubahan last2 budak2 pun tak jadi ape, cikgu2 pun pening nak mengajar silibus bertukar ikut parti politik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sebagai cikgu skola rendah DG48 bercadang kalau nk UPSR pastikan memenuhi syarat ni:
1. Kurangkang subjek
2. Lebih kan masa utk sains dan math sekurang-kurangnya 7-8 wktu seminggu
3. Mula balik UPSR pada thn 2027 dimana tiada murid tahun 1 yg terjejas dengan covid-19 - kalau mula secepat mungkin mati la nakkkk ramai murid thn 2-4 yg sgt tercicir skrg sbb PDPR sbb tu ada program bantu membaca oleh KPM sbb ramai sgt TAK PANDAI BACA. |
|
|
|
|
|
|
|
Guru veteran pemalas memang tak suka PBD. Sapa kata PBD takda objektif? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 24-10-2022 06:47 AM
So ngkau nak UPSR balik where ngkau lagik suka PDPC tu cenderung drill n train student ngkau dari darjah 4 huntok jawab exam semata2 untuk dapat A dalam UPSR 2 tahun kemudian? |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. yes menteri menang
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-10-2022 01:17 PM
Cuma satu ja akak nak kau orang improve PBD ini - bila cikgu bagi markah jujur, jangan paksa kasi na ...
chzy.. ada nmpk beza tak dari segi semangat bdk2 ni utk belajar before and after PBD? |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang dia kata ini memang ada asasnya.
peperiksaan menyebabkan pelajar kita diajar untuk sentiasa membuat yang terbaik, melatih otak untuk mencapai penyelesaian berjam-jam, motivasi kuat untuk mencapai sesuatu sama seperti latihan untuk mencapai kemahuan / cita-cita.. melatih diri untuk hadapi tekanan seperti dalam kehidupan sebenar supaya tak lembik... dulu dari darjah satu dah dilatih, bila dah sampai tingkatan lima memang dah banyak pengalaman untuk berhadapan dengan peperiksaan..
manakala pbd ini melatih kehidupan santai sebab memang itulah objektifnya tak mahu tertekan, memberi kefahaman untuk mendapatkan sesuatu, ada jalan lain atau dengan kata lain kreativiti tetapi excessive creativity sampai tak tahan dengan tekanan tu yang jadik lembik.. dah besar pun masih takut untuk meneruskan kehidupan sendiri sampai interview pun nak bawa ibubapa...
kepentingan pbd ini cuma memberikan harapan palsu kepada semua orang, pemilihan pelajar kesekolah-sekolah mrsm spb sekolah berkualiti lain pun pbd tak dipakai.. even kementerian pun tak pakai dan tak memberi kepercayaan sebab itu kementerian kata akan adakan peperiksaan penilaian semula jika nak masuk ke sekolah tersebut.
manakala dengan peperiksaan kita boleh tahu sekurang-kurangnya brain power, kekuatan berusaha, fokus, tahap brilliance, kesabaran, ketekunan seseorang sebab ujian adalah sama untuk semua pelajar..
ia tak sempurna iaitu kalau nak nilai perkara lain maka buat penilaian yang betul bukan salahkan peperiksaan pulak spt yang mereka lakukan ketika lobi pbd...
semua orang tahu bagaimana pbd ini dibuat..
penilaian tak seragam, dipengaruhi emosi, penilaian terlalu umum, kemungkinan bersifat bias, tak menggambarkan cabaran kehidupan sebenar ... ada baiknya juga sebab santai tapi tak boleh gantikan peperiksaan.... mesejnya lebih kurang tak apa tak berusaha sangat, yang penting kerjasama, minta belas kasihan, rasuah guru untuk dapat markah etc
ini tentunya menyebabkan skill budak-budak menghadapi peperiksaan akan jauh kurangnya...bagi guru-guru ini akan sebab mereka tertekan kerana mereka akan dipressure pulak pihak atasan untuk capai standard tertentu dalam peperiksaan...
kan dah dipersetujui supaya cuma sampai darjah 3/4 pbd ini dilaksanakan mula-mula dahulu.
kenapa nak bawa sampai ke sekolah menengah pulak... dan yang paling bangang ialah peperiksaan dijadikan kambing hitam bagi semua masalah pembelajaran.. peperiksaan tak sempurna tetapi kebaikan yang dia bawa lebih besar dari menghilangkannya..
dalam dunia realiti alam dewasa, peperiksaan akan lebih berharga dari pbd.. tetapi pendapat aku buatlah pelengkap iaitu satu penilaian selain peperiksaan bukan melihat salah satu lebih baik .. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok ada upsr balik tapi subjek tu tekankan bm bi math science..subjek agama tu takyah lah pecahkan sampai 4,sape nakkk sgt boleh hanta ke sek.aliran agama |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 24-10-2022 05:31 AM
chzy.. ada nmpk beza tak dari segi semangat bdk2 ni utk belajar before and after PBD?
Jujurin untuk subjek aiol takde. Sama jeh. Aiol tatau untuk subjek lain tapi guideline, tahap penguasaan yang KPM set untuk PBD subjek aiol, aiol puas hati setakat ini. Aiol takda komplen. Dulu aiol pun pro exam based ni. Tapi bila makin lama makin mahir buat PBD, ai think PBD better (dengan syarat cikgu buat kerja betul2. Kalau buat kerja cam bodoh memang takda hasil). |
|
|
|
|
|
|
|
iol sebagai ibu kepada anak yg zaman PBD ni nak utarakan sikit:
1. PBD ni tak salah, sebab menggalakkan murid untuk aktif dan mengurangkan obesiti di kalangan murid dan menggalakkan murid mendapat berat badan ideal. Time iol jaman upsr dulu, mana ada istilah satu murid satu sukan.
2. UPSR sepenuhnya pun tak boleh sebab totally based on academic, tapi skill budak tak dihiraukan langsung.
3. iol harap ada lagi modul lepas ni yang boleh ketengahkan pelajar yang ada bakat contoh IT, Sains, Matematik etc untuk explore lagi kelebihan diorang di samping belajar tentang adab di sekolah, Ala-ala School Life Balance gitu...
barula negara dapat mengasah pemimpin negara yang lebih berwibawa untuk menerajui malaysia pada masa akan datang.... |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 24-10-2022 05:46 AM
apa yang dia kata ini memang ada asasnya.
peperiksaan menyebabkan pelajar kita diajar untuk sentia ...
Peperiksaan tu sebenarnya termasuk dalam PBD juga. Dalam PBD ada penilaian formatif dan sumatif. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam tulisan diatas pun ada sebut.. guru2 dipressure untuk capai standard peperiksaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya lihat anak-anak saya banyak bermain dan langsung tidak menumpukan kepada pelajaran. Asas pengetahuannya juga agak lemah dengan wujudnya PBD.
Motif ni pun salah PBD? Cikgu ni betul ka tak betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 24-10-2022 07:13 AM
plywood replied at 24-10-2022 06:48 AM
dalam tulisan diatas pun ada sebut.. guru2 dipressure untuk capai standard peperiksaan
Cikgu2 pressured ada sebabnya. Kalau tak kena push uols ingat rajin sangat ka cikgu2 tanahair ini buat kerja terutama veteran2 2, 3 tahun lagik nak pencen?
Kalau aiol la, contohnya dulu ada arahan PPD aiol (yang nak hantar report cantek ke JPN) yang bilang cikgu2 wajib kasik minimum TP 3 untuk pelajar masa hantar markah PBD pertengahan dan akhir tahun - ai tak buat. Ai soh ahli panitia bagi markah jujur. Yang penting, ada justifikasi kenapa pelajar tu masih di bawah TP 3. Bila buat begitu ok2 je PPD dapat juga terima. Jika mereka mahu ubah markah yang ai dah kasik, nak manipulate markah, itu sudah hal meka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini bukan soal kena push sahaja. sebenarnya dah kena tulis di atas pun... peperiksaan itu ada objektif yang kena capai dan itu isu utama. jadi semua yang kita buat untuk capai something.
sy pun nak tengok reaksi pihak atasan bila semua sekolah cuba berlaku jujur dalam pbd bukan cuma satu atau beberapa sekolah. Itu satu. Penilaian pbd kena ingat adalah bersifat subjektif, itu yang buat dia berlainan dengan sistem dahulu .. dah kena tulis di atas pun....
|
|
|
|
|
|
|
|
kejap gitu kejap gini, bila ckp sistem pendidikan kita (especially utk sek rendah&men) huru hara kan ramai sentap. habis terloncat guru2, org2 kpm seangkatan. kesian bdk2 smpai bila entah kene jd tikus |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-10-2022 02:44 PM
Peperiksaan tu sebenarnya termasuk dalam PBD juga. Dalam PBD ada penilaian formatif dan sumatif.
Kannn
Meols suka PBD sbb menyeluruh
Yg kelas belakang tak pandai baca pon ada cara utk taksir
Meols selalu buat lakonan / simulasi
Seronok la budak2 tu belakon jd ikan burung oksigen peparu bagai
So budak2 yg tak pndai baca tulis sgt enjoy belajaq
Kedatangan harian pon tinggi
Kalau exam based hmmm 1/3 kelas je yg hdir |
|
|
|
|
|
|
| |
|