|
Dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat bergelar suami isteri pada pagi Isnin.
Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahid Asyraf Supandi dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan, Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein.
IG Sweet/Adam
Majlis pernikahan itu diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.
Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 28, menyerahkan RM2410.97 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.
Majlis pernikahan pasangan selebriti ini turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat Sweet dan Adam.
Terdahulu, kedua mempelai masuk ke ruang dewan yang dihias indah dalam persalinan serba putih kira-kira pukul 10 pagi.
Sweet turut ditemani oleh ibu, Misnah Atan di pelamin sepanjang majlis pernikahan berlangsung.
Adam dan Sweet pada malam Sabtu sempat diraikan dalam majlis berinai yang bertemakan Jawa.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan memilih melangsungkan pernikahan setahun selepas hari pertunangan mereka.
Sumber: mStar
|
|