CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5799|Reply: 80

Boyfriend Anak Emak- "Ibu Bapa Bakal Suami Mulut Laser, Suka Hina Keluarga Saya"

[Copy link]
Post time 23-10-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Perkahwinan bukah hanya melibatkan penyatuan dua jiwa semata-mata, sebaliknya ia hadir dengan pakej bersama keluarga.


Alangkah bahagianya seseorang wanita jika dikurniakan rezeki mendapat keluarga mentua yang baik dan melayaninya seperti anak kandung sendiri.


Itulah doa yang sering dipanjatkan oleh golongan hawa, selain memohon dikurniakan seorang lelaki yang baik sebagai pasangan hidup.


Namun bagi wanita ini, dia meluahkan rasa berat hati untuk meneruskan perkahwinan dengan kekasihnya gara-gara sikap buruk keluarga lelaki tersebut.


Gambar Hiasan






"Boyfriend saya ni anak emak. Baru-baru ni family dia datang merisik, kami dah berkawan lama daripada zaman sekolah.


"Saya bukan apa, masih takut-takut nak kahwin sebab mak dan ayah boyfriend saya ni suka ikut campur dalam urusan kami. Sampaikan tempat kerja dia pun ayah dia nak tetapkan.


"Ayah dia memang kuat mengarah, emak dia pula suka buat drama air mata. Family saya memang tak berapa suka dengan family dia sebab family dia selalu memperlekehkan family saya.


"Ibu dan ayah saya dah divorce, ayah boyfriend saya pernah cakap yang saya datang daripada family yang bermasalah. Macam-macam mereka kutuk family saya," luah wanita berusia 29 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu.







Tambah wanita tersebut, teman lelakinya juga akan berubah sikap setiap kali selepas pulang dari rumah ibu bapanya, seakan-akan 'dibasuh' oleh keluarganya.


"Bukan nak buruk-burukkan mereka tapi boyfriend saya kalau balik rumah mak ayah dia saja, mulalah perangai dia berubah, macam kena brainwash.


"Belum lagi saudara-mara mereka masuk campur. Ini urusan kahwin pun sakit kepala sebab banyak campur tangan family boyfriend saya.


"Ayah dia dah siap-siap pesan dekat saya 'masuk keluarga ni kena macam ni...macam ni'," kongsinya lagi sambil menambah, dia dan kekasihnya bakal disatukan pada Disember ini.


Wanita tersebut menambah, perkara berkenaan membuatkan hatinya berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan namun dalam masa yang sama, dia begitu menyayangi hubungannya bersama teman lelaki yang terbina 15 tahun lamanya.


"Tapi hati saya berat sangat-sangat nak teruskan pernikahan ni. Ada ke yang pernah duduk dalam situasi saya ni? Saya sangat-sangat buntu. Patut ke saya teruskan?," soalnya.


Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan agar wanita berkenaan mengundur diri kerana sudah terserlah sikap keluarga kekasihnya yang diibaratkan seperti 'toksik'.


"Seluruh keluarga dah toksik. Awak kahwin nanti lagi toksik. Tak payahlah, awak berhak dapat yang lebih baik. Kenal 15 tahun tu belum tentu buat awak boleh bertahan lepas kahwin.


"Kalau hati dah berat itu salah satu petanda la tu. It is okay untuk blah, sis. Umur 29 kira muda lagi. Risau lepas kahwin mental lagi down dan depress sebab kena hadap family macam tu.


"Kenyataan yang mereka berani rendahkan keluarga awak depan awak sendiri dah nampak jelas dah tu. Love yourself more. Pertahankan family awak. Awak 29, bukan 49. Masih panjang perjalanan awak," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin je lah kalau sayangkan hubungan 15 tahun tu. Tapi jangan pula menyesal nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kekadang apa yg mak sendiri ckp tu selalunya mmg perkara yg btol pun...wpun nmpk mcm menyebok ke ..over protective etc etc..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal ayah mertua nampak tegas... Tapi sebenarnya dia sendiri takut dengan bini
Lepas kawen 'semua raya' ko kena sambut kat rumah pil..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Tak mau rasa terkongkong,terikat,dihina2 ..buka lah pintu hati kat tempat lain..lepaskan sahaja. Perhubungan yg lama Lum jamin semua hati budi ada dlm tangan kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Makpak mertua aku pon toksik gak..dah la asyik bertandang sesuka hati tak kira masa..jenis tak reti nk habaq..dah mai tue nk buat mcm rumah sendiri..masuk bilik aku suka hati alasan nk guna tandas duduk sbb x larat yg cangkung punya..mil aku masak ikut tekak depa laki bini pastu tak bagi aku masak sebab dia dah masak seperiuk besar..tak habis kasi perangat 2 jam sekali takut basi..tgh malam buta pun bangun panaskan kari ikan kembong seperiuk besar spt nk kenduri setaman tue..selagi tak habis kau jgn berangan nk mkn lauk lain..lama2 aku tk tahan, aku masak juga lauk lain..eh siap sound aku napa masak lauk lain..eh sukati aku la, rumah aku kot..kau ingat rumah anak kau sorg je ke..tue belum stokin letak atas meja makan, tuala sidai kat kerusi meja makan..jemur spenda ngan bra kat pagaq rumah aku..ish3 mcm2 lagi..tue masa aku baru kawen..lama2 aku mengamuk ngan laki aku nk pisah sebab meluat ngan makpak dia yang main terjah2 bertandang sampai kami pernah kensel vacation..dah siap packing bagai tup2 sampai..bila tanya napa tak ckp nak datang siap ckp rumah anak dia kot..ikut suka la bila nak mai..pastu siap nak ikut lagi..aku mmg hangin..dgn baju yang aku pack tue aku balik kpg makpak aku..aku mmg nk pisah ngan laki aku..at the end suami aku pujuk aku stay gak dgn dia..aku ckp ok tapi tak mahu pil aku mai rumah aku dah..sbb aku dah tak tahan..laki aku ckp takpa sbb dia tak mau kami berpisah kerana perangai makpak dia yang ikut kepala sendiri..la nie mmg mertua aku tak mai dah rumah kami..tak tau la apa laki aku ckp kat makpak dia..aku malas nk tanya..rasa berdosa tue ada tapi aku nk jaga hati aku sendiri..lemas la pil aku yang ikut sedap rasa depa ja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
We tak payah kawen la..umur ko 49 pun jgn kawen kalau keluarga Laki macam ni. Masalah orang tak kawen ni hanya pada status ko je .sekali ko kawen, makan hati ulam jantung tiap2 hari. Wake up la
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:24 PM | Show all posts
dah tau tak suka perangai bakal mentua, jgn kawen dgn anak dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
29 tahun.

Batch SPM 2010 ni kan?

Patut la buduh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn kawen ngn laki ank makk..
boring kot..nnti sikit2 mak..bkn nk pisahkn ngn makk pun...i rasa ank mak ni mnja..xsuka
laki lembik manja mengada2..sukaa yg
matangg
xkawen lg dh huru hara..kalau syg try je la kawen
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:28 PM | Show all posts
Tau tak kenapa bakal pak mertua duk ckp kena mcm ni mcm tu...sebab u dtg dari broken famliy.
Nanti apa2 hal diorang akan salahkan u.

Blah je laaa..29 tu ada masa lagi utk jumpa org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 23-10-2022 06:22 PM
We tak payah kawen la..umur ko 49 pun jgn kawen kalau keluarga Laki macam ni. Masalah orang tak kawe ...

lg menguatkn perasaan i xnk kawen
dak ofis semua ckp kt i..u enjoy la xkawen lg..kawen leceh kata dorg
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xkisah laki nya layan keluarga dia mcmtu kahwin je lah.
Kwn akk ai kawen bepuluh tahun.masing2 anak org kg tp laki nya xsudi tido rumah mertua.xselesa tido rmh kg katanya.kalau masuk rmh plk makan minum kena hntr masuk bilik
Tp kwn akk ai tu terima je laki dia layan keluarga dia mcmtu.dia xkisah mak ayah dia kecik ati
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:39 PM | Show all posts
Baik awal2 angkat kaki... Dah ada petanda ko akan stress..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 23-10-2022 06:36 PM
Kalau xkisah laki nya layan keluarga dia mcmtu kahwin je lah.
Kwn akk ai kawen bepuluh tahun.masing2 ...

Kaya ke laki kwn akak u?
anak org bandar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
guesswho09 replied at 23-10-2022 06:53 PM
Kaya ke laki kwn akak u?
anak org bandar ke?

Anak org kg jugak.tp ada bisnes sendiri.org senang la wlaupon kedekut dgn anak bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 23-10-2022 06:36 PM
Kalau xkisah laki nya layan keluarga dia mcmtu kahwin je lah.
Kwn akk ai kawen bepuluh tahun.masing2 ...

Ada kwn lelaki yg mcm nie jugak, tak suka tido umah mentua di kg. Jadi dia buat bilik tambahan kat umah mentua utk keselesaan dia.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:47 PM | Show all posts
Barebow77 replied at 23-10-2022 06:01 PM
Makpak mertua aku pon toksik gak..dah la asyik bertandang sesuka hati tak kira masa..jenis tak reti  ...

Ya Allah kesiannya you...
Tapi nasib baik hubby you ikut cakap you..
Dia takda la menangkan side family dia!
So itu dah small win..

Korang toksah la kawin dengan mommy's boy ...
Menyusahkan hidup..lepas tu pandai lak mintak macam2,bayar tu bayar ni..
Macam hubby kita owe diorang(parents) ,sebab diorang dah lahirkan and jaga
our hubby

Ee rimas
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik la jgn libatkn diri dgn masalah. Sblm kawen pn dh mcm2 hal, lg mau teruskan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Elisya Sandha in the making.. haha.. Aku membayangkan situasi ni la kot dlm family tok sidang.. solution dok jauh wei dr rumah diorg. Jgn duk serumah.. boleh gilo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062189 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list