CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 7

Faizal Tak Nak Jadi Macam Parti Lain Berebut Nak Jadi Menteri Besar

[Copy link]
Post time 23-10-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan untuk melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Tambun.


Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai calon berpotensi bertanding mewakili PN pada PRU15 nanti.


Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berhasrat untuk kembali menjadi Menteri Besar Perak dan mahu memastikan kemenangan di kerusi Parlimen Tambun.




FB Faizal




"DUN Chenderiang belum kita buat keputusan (untuk kekal bertanding), tapi saya secara peribadi ingin menumpukan perhatian kepada Parlimen Tambun, bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bertanding di situ kerana saya fikir eloklah kita beri peluang kepada pemimpin-pemimpin lain untuk kita tonjolkan.


"Saya telah pun mempunyai pengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pernah menjadi menteri besar. Saya tak nak jadi macam parti-parti lain yang berebut nak jadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas Program Sambutan Deepavali bersama warga Little India Ipoh, di sini pada malam Sabtu.


Pada PRU14 lalu, Ahmad Faizal bertanding dan menang di dua kerusi yang diwakili iaitu di Parlimen Tambun dan DUN Chenderiang atas tiket PH.


Sementara itu mengenai calon yang bakal ditampilkan PN pada PRU15 nanti, Ahmad Faizal memaklumkan bahawa mereka sudah pun mempunyai calon-calon bukan Melayu yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi-kerusi majoriti pengundi bukan Melayu.


Katanya, calon-calon tersebut terdiri daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Sayap Bersekutu Bersatu dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).


"Kita di dalam PN dianggotai oleh semua kaum. Ramai yang memikirkan kita tidak akan memberi fokus kepada DUN yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu.


"Tetapi di dalam Gerakan misalnya kita mempunyai calon-calon yang sesuai. Dalam Bersatu sendiri melalui Sayap Bersekutu dan juga DHPP, kita mempunyai calon-calon yang baik yang boleh kita tawarkan untuk memberi perkhidmatan di DUN majoriti bukan Melayu," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya labun bab pengalaman sebagai mb tu seolah-olah dia level ramli ngah talib.padahal x sampai setgh penggal pun.mb  makan gaji buta..exco yg bertungkus lumus buat  keje.itu belum cite cara dia tersungkur pun sbb kena game dgn umngok.loser.lawan ko bukan takat anwar la bangang.kurang2 nya akan ada 4penjuru nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 11:20 AM | Show all posts
hahahah sembang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha lama tak dengor perkataan labun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi retis je la peja. Ko tinggal kat sg rokam je pun. Boleh buat2 tak nampak jalan kat ipoh ni teruk. Jadi mb pun tak reti buat keje. Hari tu bulan puasa aku tengah bersihkan kubur kat rapat jaya. Ko ngan kaki kipas ko buat apa kat sana. Memekak je kat kawasan kubur gelak2. Ingatkan nak tolong bersihkan kubur. Habis bagi ucapan terus duduk. Lain kali nak buat aktiviti pergi kat jirat cina tu. Berdepan je kan ngan perkuburan islam. Memekak kat situ puas2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke pengundi dia ..risau bila ramai orang gini sibuk nak jadi pemimpin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiket anak dato' je dia ni.. Klau x haram org nak vote kau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh naik sebab membodek... Menang PRU sebelum ni pun sebab org nak jatuhkan calon BN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065717 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list