CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 4

'Jangan Kerana Seorang Dua, Kita Salahkan Agama' - Fouziah Gous

[Copy link]
Post time 22-10-2022 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous tidak mahu menghakimi segelintiir golongan agama yang terpalit dengan isu dan kes kontroversi ‘panas’ di mahkamah.


Pemilik nama lengkap, Nor Fouziah Mohd. Gous, 40, lebih selesa mengambil pendekatan tidak terlalu menempel mahupun melontarkan pendapat mengikut perasaan dan emosi.




IG Fouziah




“Jangan kerana seorang dua, kita nak salahkan agama. Saya tak suka hakimi orang dan sampai sekarang saya percaya.


“Selagi kejahatan seseorang itu saya tak nampak atau rasa, pasti ada kebaikan dalam diri mereka yang kita boleh kenang.


“Dan juga selagi tak menyusahkan atau berhutang dengan saya misalnya, saya tak nak campuri urusan mereka. Baik kita jaga kita,” katanya kepada Gempak.


Fouziah ditemui ketika siding media Ulang Tahun Ke-8 Go Shop, di Astro baru-baru ini.


Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah seksual yang masih dalam perbicaraan mahkamah melibatkan figura berstatus pendakwah bebas popular menjadi perbualan hangat orang ramai sekali gus menjemput perdebatan netizen.


Menurut Fouziah dia kini mahu memberi fokus kepada dirinya sendiri untuk lebih istiqamah dan menjaga kebajikan orang-orang sekeliling.




  



“Saya pun sekarang tengah nak istiqamah bukan dari segi percakapan dan pakaian sahaja bahkan dari segi amalan juga.


“Tanya diri kita sama ada kita jaga tak mak ayah, keluarga dan orang susah di sekeliling kita. Saudara-mara perlu bantuan, kita tolong atau sebagainya. Itu yang kita kena fokus.


“Daripada nak pening pasal orang lain atau kata netizen, baik kita salurkan bantuan buat mereka yang memerlukan terutama darah daging sendiri,” tuturnya.


Fouziah yang merupakan isteri kepada usahawan, Datuk Mohd. Zhafran Md Yusof mula berhijab penuh sejak 2018.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu fouziah, aku setuju dengan ko. Pelik bila penganut agama lain ganas berganda2 tak dilabel sebagai pengganas kristian tapi bila oeang islam ganas di negara sendiri, dilabelnya pengganas islam. Yang kristian australia bunuh orang islam tengah solat kat masjid christchurch, new zealand tu sampai 121 orang korban, x pengganas kristian ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:36 AM | Show all posts
takda sapa nk salahkan agama.. netizen kecam terus sang pelaku... ni... Datin ori ka tidok
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:39 AM | Show all posts
Ye lah...kalau dah title datuk tu pun boleh menipu duk diam jer lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 12:34 PM | Show all posts
setuju datin ori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.357429 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list