|
Dengan sekali lafaz penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihannya, Zikri Zakaria pada petang Sabtu.
Nana Sheme atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, 27, dinikahkan oleh jurunikah Khalid Ibrahim berwakil walikan bapanya, Hashimi Alwi.
IG Nana
Majlis pernikahan itu berlangsung di Damai Central, Kuching, Sarawak yang disaksikan oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan pengantin.
Pada acara tersebut, Zikri yang juga seorang produser muzik berasal dari Pulau Pinang menyerahkan dua dinar emas sebagai mas kahwin kepada Nana Sheme.
Menerusi siaran langsung di Instagram penyanyi lagu Hantu atau Buaya itu, pasangan berkenaan dilihat memakai pakaian sedondon serba putih.
Sementara itu, majlis kenduri pasangan itu di Kuching bakal berlangsung pada malam Sabtu di lokasi sama.
Manakala majlis menyambut menantu di pihak lelaki akan diadakan di Sungai Petani, Kedah dalam masa terdekat.
Untuk rekod, penyanyi berkenaan dan Zikri mengikat tali pertunangan pada Mei lalu namun bertindak merahsiakan perkara itu atas sebab-sebab tertentu.
IG Nana
Sebelum ini Nana pernah mendedahkan cinta di antara mereka berputik ketika dia menyertai pertandingan Big Stage musim ketiga.
Malah katanya, Zikri adalah insan bertanggungjawab menjaganya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
Sumber: mStar
|
|