CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 2

Wafariena Koyak Punggung, Nas-T Tangan Berlubang

[Copy link]
Post time 22-10-2022 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara melakonkan sendiri babak aksi, pelakon Nas-T mendedahkan dirinya pernah mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan bahunya terkehel selain tulangnya terkeluar.


Bahkan sewaktu menjalani penggambaran filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, tangannya ‘berlubang’ kerana terkena senjata sewaktu melakukan aksi pergelutan dalam suasana gelap.




Foto: IG




Nas-T atau nama lengkapnya Nas Muammar Zar Nasruddin berkata, kemalangan tersebut merupakan antara risiko yang perlu ditanggung oleh seseorang pelakon apabila melakukan sendiri babak aksi tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri.


Ads by Kiosked
“Saya sendiri yang mahu melakukan sendiri babak aksi itu tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri. Tapi tak apalah sebab saya pernah jalani latihan sebelum ini dan berpengalaman.


“Cuba bayangkan jika seseorang pelakon tak ada pengalaman?” ujarnya kepada Kosmo! Online.




  



Nas-T, 39, berkongsi pengalamannya melakukan sendiri babak aksi ketika disoal tentang kewajaran seseorang pelakon disuruh pengarah untuk melakukan sendiri adegan lasak.


Sehubungan itu, dia mengingatkan mana-mana produksi supaya jangan sewenang-wenangnya menyuruh pelakon yang tidak mempunyai kepakaran melakonkan sendiri babak aksi (lagak ngeri) bagi mengelak perkara tidak diingini terjadi.


Katanya, babak aksi yang dilakukan pelakon tidak berkemahiran boleh mengakibatkan kecederaan atau lebih buruk lagi berisiko membawa maut.




  



“Produksi perlu menjauhkan bahaya kepada pelakon untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


“Jika tersalah percaturan, silap-silap boleh mengakibatkan kecederaan atau lebih buruk lagi menyebabkan kematian,” jelasnya.


Tambah pelakon itu lagi, produksi seharusnya menyediakan pelakon lagak ngeri untuk menjayakan babak aksi jika seseorang pelakon itu tidak mempunyai pengalaman atau latihan bagi melakukan babak tersebut.


“Produksi juga harus mengkaji risiko yang ada sebelum memberikan sebarang arahan kepada pelakon bagi mengelak sebarang kejadian buruk terhadap mereka,” katanya.


Nas-T yang ditemui ketika majlis pratonton filem pendek terbaharu lakonannya iaitu Astana The Series baru-baru ini turut berkata, dia tidak meletakkan kepercayaan mudah kepada mana-mana sutradara untuk mengarahkan dia melakonkan babak aksi lasak.


“Saya terlebih dahuulu mengadakan perbincangan dan perlu mengetahui mutu kerja pengarah berkenaan.


“Kalau tidak, memang ibarat menyerah tengkuk sendiri untuk cedera,” katanya.


Sebelum ini pelakon Wafariena Roslan mengalami kecederaan pada perut dan tisu punggungnya pula koyak selain berlaku pendarahan semasa terbabit dalam penggambaran sebuah drama pada 8 Oktober lalu.


Ibu Wafariena, Suzana Hamad, mendakwa anaknya itu diminta melakonkan aksi tersebut hingga 12 kali walaupun selepas dimaklumkan mengalami kecederaan.


Susulan itu, Suzana memberi tempoh seminggu bermula Isnin lalu untuk pihak produksi tampil menyelesaikan isu terbabit. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
So yang lubangkan Nas-T adalah wafarina atau NasT yg lubangkan wafarina? Eh . Apa aku merepek ni  [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira dah tahap jackie chan ler ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043982 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list