CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 2

Tukang Cuci Sengaja Nak Sebar STD, Masukkan Anu Dalam Botol Kencing Dalam Air Minuman Wanita

[Copy link]
Post time 22-10-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Seorang petugas kebersihan yang menghidap jangkitan kelamin (STD) telah ditangkap selepas menyebarkan penyakit itu kepada seorang pekerja.


Berdasarkan rakaman video, Lucio Catarino Diaz, 50, memasukkan alat sulitnya ke dalam botol minuman milik seorang pekerja wanita.


Malah, dia turut kencing dalam botol tersebut dengan niat menyebarkan penyakitnya.




Foto: Agensi




Sebelum itu, mangsa yang bekerja di pejabat doktor di Lebuhraya Timur Houston pada Ogos mendapati air yang dikeluarkan dari dispenser tempat kerjanya mempunyai rasa dan bau yang aneh.


Disebabkan rasa masam, wanita itu membuang air dan membuang botolnya.


Dia kemudian membawa masuk botol air baharu dan setiap hari akan mengisinya pada waktu pagi dan meninggalkan botol kosong di atas meja untuk digunakan pada hari berikutnya, menurut dokumen.


Beberapa hari berlalu, botol air wanita itu mula berbau busuk atas sebab yang tidak diketahui.


Wanita itu membuang botol berbau busuk itu dan membeli satu lagi botol untuk dibawa ke pejabat.


Pada 20 September, rakan sekerja mangsa mahu menolongnya untuk mengisi air, namun mula curiga selepas melihat air di dalamnya berwarna kuning.


Mereka yakin ia air kencing dan bertindak membeli kamera tersembunyi untuk dipasang di bawah komputernya.


Akhirnya, tindakan Diaz terbongkar dengan bukti rakaman video yang diperoleh mangsa.


Mangsa turut membuat laporan di balai polis Houston keesokan harinya sebelum lelaki itu ditahan pada 5 Oktober.


Mangsa turut memberitahu penyiasat dia diuji positif STD sambil menyatakan keputusan ujian untuk jangkitan lain masih belum dikeluarkan.


Pelaku pula disahkan positif penyakit sama, dan pelbagai lagi penyakit lain.


Pejabat Peguam Daerah Harris County memfailkan tuduhan terhadap Diaz pada 13 Oktober. – The Houston Chronicle/Tribune News Service. -CARI


Sumber: Mstar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jijiknya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 01:13 PM | Show all posts
Satu lagi isu semasa dari USA untuk acik2 forum selesaikan. Syabas Cari forum semakin mendonia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.082679 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list