CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2984|Reply: 25

A.Aida Cari Pelakon Yang Kacak Dan Cantik Je, Bakat Belakang Cerita

[Copy link]
Post time 22-10-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Penerbit Datuk A. Aida sedang mencari bakal hero dan heroin baharu menerusi sesi uji bakat dalam program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau Ekspresi@Finas yang berlangsung pada penghujung minggu ini.


A. Aida yang merupakan ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mempelawa orang ramai untuk turut serta dalam sesi ujia bakat itu yang turut disertai beberapa syarikat produksi seperti Skop Productions, Zeel Production, Orang Tree Production, Global Station termasuk syarikatnya sendiri, A. Aida Production.


Foto: IG




"Uji bakat itu diadakan kerana kami ingin mencari pelapis baharu yang mungkin bakal menjadi hero dan heroin bagi drama terbaharu saya.


"Saya mahu mencari bakat baru yang berwajah kacak dan cantik... bakat itu saya boleh asah, tapi kalau yang datang itu punya pakej rupa dan bakat, sudah tentu mereka ada kelebihan," katanya kepada mStar.


A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ekspresi yang diadakan pada Khamis.


Program Ekspresi bakal berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ini di Kompleks Studio Merdeka, Finas Hulu Kelang, Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, A. Aida berkata, dia tidak hanya mencari bakat baharu yang mempunyai jumlah pengikut ramai di media sosial kerana ia bukan faktor utama penentu sesebuah filem atau drama berjaya.


Ini kerana katanya, followers akan datang dengan sendirinya apabila berjaya menarik perhatian peminat selepas bergelar seorang pelakon yang mempunyai pakej lengkap.


"Seperti kawan saya, dia menerbitkan filem dan mengambil pelakon yang ada jutaan pengikut... sayang filem itu tidak laku di pawagam.


"Jadi bagi saya, followers itu tidak penting, apa yang mustahak dia mesti cantik, kacak dan ada bakat. Followers akan datang dengan sendirinya," ujarnya.


Sementara itu, selain uji bakat, program Eskpresi turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti uji bakat suara latar, sesi tayangan dan apresiasi filem tempatan, ramah mesra bersama artis dan sebagainya.


Pelbagai hadiah menarik turut menanti pengunjung termasuk cabutan bertuah sepanjang program berlangsung.


Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah lima buah motosikal, televisyen berukuran 70 inci, pelbagai peralatan elektrik, pakej penginapan hotel dan banyak lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebabtu sanggup  amik jer pelakon cina cakap pelat tapi jadik anak melayu tulen.. Klu dlm drama tu bapak dia cina aku leh terima.. Terus terasa ada gangguan audio wlupon visual nmpk cantik..
Klu nk amik jugak at least bapak nya pon ala2 cina jugak lah.. Bukan racist, tapi Agak2 lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:43 AM | Show all posts
takdenya org nak tgk pun filem pelakun hensem ke lawa ke kalau cerita level sampah.

lagipun taste produser2 ni yg lawa semua mesti muka sepesen, semua ala2 sulam bedak, bosan nokks.


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:47 AM | Show all posts
industri hiburan malaysia kekurangan retis2 yg level Primadona.
yg ada bnyk suam2 kuku jea...stock berlakon pun kayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:44 AM | Show all posts
jenuh laa mengadap kayu kayan... lama dah tak tgk cerita melayu.. meolz layan cerita korea jah.. hehe ampun
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bersusun bekas2 peserta hero Dan Dewi remaja nak mencuba kan...tp betul juga apa yg acik aida nih ckp..Cuba tgk Maya Karin Dan erra masa mula mula berlakon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2022 11:26 AM | Show all posts
U mean like this?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 11:36 AM | Show all posts
..sorry A. Aida. Elements of a story is more important..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau time dia dulu producer letak syarat camtu, dia pun tak lepas nak jadi pelakon
Dia tu jangankan kata rupa, bakat pon hausss sehausss hausssnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nek aida ni kan dah oter muka...nape dia je jd heroin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 23-10-2022 11:21 AM
Mesti bersusun bekas2 peserta hero Dan Dewi remaja nak mencuba kan...tp betul juga apa yg acik aida  ...

Sekarang pon maya karim tu still kaku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ape. Aku pun suka nk tgk yg hensem n cantik kat tv. Kalo muka berlemuih tak selera noksssss
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik2 jugak..tpi jgnlah kayu sgt lakonannya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
At least sebagai producer, dia sangat jujur beri pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 23-10-2022 03:06 PM
Sekarang pon maya karim tu still kaku.

Kaku kaku pun..dia Ada bakat berlakon utk certain watak..itu yg boleh dpt anugerah pelakon terbaik Kan...makna kata bakat lakonan boleh diasah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 23-10-2022 03:03 PM
Nek aida ni kan dah oter muka...nape dia je jd heroin.

Dah lama X tgk dia berlakon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 23-10-2022 03:13 PM
Betul ape. Aku pun suka nk tgk yg hensem n cantik kat tv. Kalo muka berlemuih tak selera noksssss

Btoi la jugak...letak angah raja lawak jd hero wlupon penuh dgn bakat pon x jd jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 05:29 PM | Show all posts
iols sokong nek aida yachhh... lantak kan lah yang sibuk dengan kayu kayan itu ini... drama korea tu pun berderet kayu kayan kayu jati kayu pohon.. kayu jentayu... raja kayu... dengan tebing sekali ada... tapi kaka tetap lah tengok sebab herlokkkkk dan sedap mata memandang sampai berpuluh episod pun daku sanggup redah... tak kuasa dah nak kalih tengok channel animal planet... dah la bayar astro tiap2 bulan pun bukan murah... hujung2 tengok animal planet je 24 jam sebab tak lalu nak tengok hero dan heroin yang muka macam permukaan kawah bulan... kadang2 kita ingat tengah tengok discovery channel yang pasal batu2 meteorite tu sebab saling tak tumpah dengan muka hero heroin... berlubang2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 05:31 PM | Show all posts
no_el replied at 23-10-2022 03:13 PM
Betul ape. Aku pun suka nk tgk yg hensem n cantik kat tv. Kalo muka berlemuih tak selera noksssss

khennn... choiii... geli yach yang muka berkarat macam kelindan lori... lepastu pakej hero tua bangka (zamarul hisham di kecualikan)
sampai la kaka kena kalih ke channel animal planet... lagi berair tengok binatang dalam tu... lepastu lakonan binatang2 tu pun tip top... tak kayu pun... semua natural je lakonan theyols... kena kejar dekk singa... kejar dek rimau... kena baham boya... harap2 binatang2 kat afrika tu dapat oscar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ada penonton ada pilihan. Sakit kepala jugak nak hadap drama berat lakonan seniwati ogy, wan maimunah, ellie. Sometimes nak jugak yg eye candy. Tapi buat poll dulu la tokda. Tanya netizen. I don't think anak rashidi & amar tabligh tu kategori eye candy.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.329970 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list