View: 1064|Reply: 16
|
Dah Beroperasi, Sesiapa Perlukan Sokongan Mental Hubungi Talian HEAL 15555
[Copy link]
|
|
Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL 15555 yang menawarkan bantuan sokongan mental mula beroperasi mulai Jumaat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, talian itu yang dikendalikan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
"Siapa saja yang ada masalah kesihatan mental, tekanan, gelisah, kesedihan, kemurungan, bersendirian, mula berfikiran negatif mengenai kehidupan atau dia rasa perlukan sokongan mental, boleh hubungi talian ini," katanya.
Gambar hiasan
Menurutnya, perkataan HEAL bermaksud 'Help with Empathy and Love' diharap dapat menggalakkan individu masalah kesihatan mental tampil mendapatkan bantuan awal bagi mencegah permasalahan tersebut menjadi lebih serius.
"Saya tengok kaunselor yang menjadi operator panggilan talian ini begitu baik melayan panggilan dengan menggunakan pendekatan sangat tersusun supaya dapat mengesan emosi pemanggil," katanya.
Beliau berkata, operator juga turut dilatih untuk menenangkan pemanggil sebelum merujuk kepada talian kecemasan 999 sekiranya perlu.
"Saya nampak ini suatu usaha yang sangat baik," katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan NCEMH, di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Menteri I, Datuk Dr Noor Azmi Mohd Ghazali, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Harjeet Singh dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli.
Mengulas mengenai NCEMH, Khairy berkata, penubuhan itu dapat meminimumkan jurang perkhidmatan dan mempertingkatkan perkongsian sumber kepakaran kesihatan mental melalui gabungan pakar melalui pendekatan bio-psikososial dan juga aspek spiritual.
Pusat ini lebih kepada penyelidikan, intervensi dan juga penyelarasan di kalangan semua pemegang taruh terlibat dalam kesihatan mental.
"usat ini bertanggungjawab untuk latihan, terutamanya latihan bagi kaunselor yang akan kelapangan, komuniti, penjaga pesakit dan pesakit kesihatan mental," katanya.
Ujar Khairy, pusat Kecemerlangan ini juga akan menjadi pusat rujukan setempat dan latihan termasuk proses akreditasi dan credentialing program kesihatan mental.
"NCEMH juga akan menjadi satu platform untuk mempertingkatkan kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam merancang dan melaksanaka aktiviti promosi dan pencegahan, terutamanya dari segi aspek sosial dan rehabilitasi untuk kumpulan sasar," katanya.
SUmber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Pertingkatkan lg promosi
Lately ramai naw depression, anxiety, low self esteem
Yg tahap x functional
Mengasingkan diri
|
|
|
|
|
|
|
|
So kalau call ni terus sembuh ke cane |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan tak sedar atau in denial sampai terlewat. Daripada asyik promo "Talk to us" di mana mereka yang kena approach dulu, better giatkan amalan medical assessment.
Ada mysejahtera tu, tambah dalam tu annual medical assessment. Critical illness, blood test, dan mental health assessment. Buat tahunan. Follow up dan appointment pun buat boleh set dalam tu.
Macam mak sy, hidup 62 tahun dah, skrg baru sedar ada bipolar, itupun sebab pergi kaunseling keluarga sebab asyik bergaduh dgn ayah tiri sampai hampir nk bercerai. Skrg baru fhm kenapa adik bongsu kitorg asyik "lawan ckp mak", cuba lari dari rumah dan pernah cuba bunuh diri masa remaja dulu, dia sorg je yg tinggal kat rumah sementara kitorg yg lain dok asrama. Igtkan dia yang rebel masa remaja, rupanya mak kitorg pun ada mslh perangai bil ayah tiri dedahkan punca2 pergaduhan.
So, buat annual. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelancarannya bertepatan dengan keadaan kecelaruan mental yg dihadapi oleh makhluk yg menjadi bahan troll pasaraya mydin
Boleh drop comment kat ig makhluk tu nombor talian heal ini yg sangat2 beliau perlukan tika & saat ini |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 tukang jawap call itu akan mental dlm tempoh seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm i x percaya lah
Talian Nur tu pun x membantu sgt
Klinik psikiatri pun , macam malas2 layan je
So i stop semua
Lantak kan je |
|
|
|
|
|
|
|
Minta kepris or pakibudu jah lop jadi duta tolong promote |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut kena ada yg senang utk org ramai.. prnh try nk buat appointment kat spital ambek masa berbulan2 baru leh dpt buat appointment spital gomen.. mmg leceh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
lah macam tu ke layanan diorang. bila tu? sebelum ke selepas lockdown? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pesakit tu 'pandai' e.g. bright students tapi melalui depression, ini akan membantu. Kadang mereka tak tau pun mereka perlu makan ubat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 22-10-2022 10:46 AM
lah macam tu ke layanan diorang. bila tu? sebelum ke selepas lockdown?
dulu, kini , dan selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo. kesian la camtu kalau ada orang yang dalam kesusahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha...aku lama dah tahu dah kabo ..mesia ni ghamai mental ahahaha SELF MADE MENTAL!!!
Tu yg pasti..MKN MCM babi..tonyoh segalanya..pastu DPT sakit..pastu buat obat timbang kilo..jadi jutawan mental ahahaha
Program tv SME sampah..lawak pun sampah MNA otak tak mental..terjerit jerit MCM berok..pastu dapat Dato' ahahaha..giler mental |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 22-10-2022 10:46 AM
lah macam tu ke layanan diorang. bila tu? sebelum ke selepas lockdown?
Sama je sebelum , semasa , selepas
Bukan rajin sangat pun
Pastu skeptikal bagai
Tambah murung adalah
Lebih baik i deal dgn cara i sndri je |
|
|
|
|
|
|
|
talian ini perlu diperluaskan lagi agar dpt membantu mereka yg depression tiada teman berborak |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana nk tau kita ada ciri2 itu..
i ni blh tahan jgk aritu stress kjp..broken heart gituh..nngis non stop masa awl bln 9 tu ari
now dh ok xnngis..
tp ada staff kt ofis depression teruk..dia thp ckp sensorg2 bdk dep dia ckp..luaram dia nampak ok..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|