View: 2243|Reply: 9
|
'Saya Pun Tak Tahu Apa Gimik Kinah Kali Ni' - Shiera
[Copy link]
|
|
Sharifah Sakinah meminta ahli keluarga tidak mencampuri urusan rumah tangganya selepas memberi bayangan perkahwinan dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Miachael Hensen sedang dilanda masalah.
Jawapan itu diberikan kepada kakaknya, Sharifah Shahirah ketika penyampai radio Suria FM itu menghubungi pelakon berkenaan bagi mendapatkan kepastian berhubung kenyataan dibuat aktres itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.
IG Shiera
Shahirah atau Shiera berkata, dia sendiri tidak mengetahui tentang situasi sebenar rumah tangga Sakinah dan hanya mengetahui tentang status dibuat adiknya itu selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya.
"Saya memang tak tengok posting dia di Instagram, saya dapat tahu pun apabila anak tunjuk pada saya dan terfikir onar apa pula yang dibuatnya kali ini.
"Saya ada menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian tapi dia minta keluarga jangan masuk campur.
"Sakinah cuma cakap, what happened in the net stay in the internet... saya pun tak tahu apa gimik dia kali ini," katanya kepada mStar.
Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mencetuskan tanda tanya memberitahu dia dan Michael mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.
"Kami berbeza pendapat, kepercayaan, prespektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat," katanya.
Dalam pada itu, Shiera berkata, dia bukan individu sesuai untuk memberi sebarang pengesahan berhubung isu rumah tangga adiknya itu sebaliknya meminta Sakinah sendiri meletakkan noktah tentang perkara yang dia mulakan.
Kata Shiera, pihak keluarga juga berada dalam keadaan tenang apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membiarkan Sakinah menyelesaikan sendiri semua masalahnya.
"Keluarga semua pun tenang sahaja dengar spekulasi terbaharu ini, biarlah orang nak buat spekulasi apa pun. Ada orang ambil peduli ke?
"Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya," ujarnya.
Sementara itu, Shiera mengesahkan Sakinah berada di Malaysia dan akan bertemu dengan adiknya itu pada Ahad ini.
Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.
Sakinah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.
Manakala Michael juga mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...family dia sdr pun malas nak ambil tau
Jd kita ni lg la xpatut ambil tau pasal dia. End. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sebenaqnya shiera penah ckp dia pun tak sure kinah tu menikah ke tidakkk
Malas nak campoq and malas nak tanya mak depa sbb taknak mak sedih me camne tah kata shiera
Acik speku kuarge dia malas nak besekongkol dgn perangai hamjad dia menipu ADHD lah menikah omputeh lah
Kakak abang kinah semua bukan merapu, kot dulu ade la Lynn dgn shiera agak merapu, kendian2 dah tua takde makna nak membongak kulu kilir
Seingat acik shiera ckp kinah mmg anak manja melampau kengkadang bagi kakak abang, tapi deyols malas nak campoq tu je |
|
|
|
|
|
|
|
I bet keluarga dah tau..pasal nikah ke tidak..dh cerai ker tidak. Mcm biasa shiera pun nk jage reputasi keluarga dia dan malas nk jwb dgn media. |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap clash jelah.
Nak kata bercerai, belum tentu nikahnya.
Persamaan kau dengan mat sweden tu kinah, is sex. More than that takde apa pun. Sex berapa lama tahan? Dia pun takkan tahan lama dengan sewel kau tu. Then ingat kawin retis boleh tumpang-tumpang. Hmm porabeh boreh je kau ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Dh family dorg tak ambik port korang jgn la lebih lebih ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar, keluarga tak bagi masuk campur, tulis kat media social for everyone to read and judge boleh. So where is the logic??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul masalah peribadi buat apa kongsi kat internet, kalau bukan, saja buat net keliru. Motif?? |
|
|
|
|
|
|
|
whatever happens in your closet, should stay in the closet ... mak iols kata do not to air your dirty laundry to the public kekdahnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bet dia tk nikah pun huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|