CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 4

Teddy Ditahan Kes Dadah Selepas 4 Hari Bertugas Sebagai Ketua Polis

[Copy link]
Post time 21-10-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Polis Indonesia sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila bekas Ketua Polis Sumatera Barat (Sumbar) Inspektor Jenderal (Irjen) Teddy Minahasa ditahan selepas dikaitkan sebagai dalang kes pengedaran dadah, baru-baru ini.


Teddy ditahan pihak berkuasa hanya selepas empat hari bertugas sebagai Ketua Polis Jawa Timur menggantikan Inspektor Jenderal Nico Afinto, susulan tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur yang mengorbankan 131 nyawa.




Teddy Minahasa. Foto Agensi





Menurut laporan media, pembabitan Teddy dalam kes itu mula dikesan selepas pihak berkuasa menerima laporan berhubung rangkaian kes pengedaran dadah.


Susulan itu, Polis Metro Jaya, menahan tiga suspek dari kalangan orang awam sebelum mendapat maklumat mengenai pembabitan anggota polis berpangkat.


Siasatan lanjut mendapati pembabitan seorang bekas Ketua Polis Bukit Tinggi, Sumatera Barat sebelum mengesan pembabitan Teddy.


Polis Metro Jaya turut mengambil bahan bukti syabu di Ibu Pejabat Polis Wilayah Bukit Tinggi.


Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo kemudian mengarahkan siasatan terhadap Teddy.


"Kita melihat ada pembabitan Irjen Teddy. Saya arahkan siasatan dilakukan terhadap suspek berkaitan," katanya dalam sidang akhbar.


Polis Metro Jaya mendakwa Irjen Teddy memerintahkan anak buahnya yang dikenal pasti dengan nama singkatan AKBP D untuk mengambil barang bukti iaitu syabu di Ibu Pejabat Polis Wilayah Bukti Tinggi.


Sementara itu, Pengarah Dadah Polis Metro Jaya, Mukti Juharsa berkata, pihaknya masih menyiasat dakwaan berkenaan.


"Kami masih siasat, tetapi berdasarkan keterangan AKBP D, ia (hal itu) diarahkan Irjen Teddy.


"Berdasarkan hasil penyelidikan, syabu itu diambil AkBP D dari barang bukti hasil pembongkaran kes pengedaran dadah oleh jajaran Polis Wilayah Bukit Tinggi.


"AKBP D adalah bekas Ketua Polis Wilayah Bukit Tinggi, Sumatera Barat, mengambil barang bukti seberat lima kilogram dari semua jumlah 41 kilogram syabu yang hendak dimusnahkan.


"Dalam menjalankan perintah Irjen Teddy, AKBP D menggantikan lima kilogram syabu itu dengan tawas supaya barang bukti yang dimusnahkan tidak berkurang," katanya.


Teddy didakwa berdasarkan Akta 114, Akta 112, Akta 132 serta Akta 55 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 yang antaranya memperuntukkan hukuman mati, dan ada yang membawa kepada hukuman penjara selama 20 tahun.


Sebelum ini, polis Indonesia menerima kritikan susulan kes pegawai kanan yang didakwa membunuh dan insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Jawa Timur, yang mengorbankan 131 nyawa.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 10:37 AM | Show all posts
polis pon tak amanah.tu yang kantoi, yang tak kantoi berapa banyak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 10:51 AM | Show all posts
mcm uniform pengakap
lotsa badge
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 10:56 AM | Show all posts
Nama besar alam. Dengan badge penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 11:25 AM | Show all posts
xsmart lah baju nya...kelakar je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.257691 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list