CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

Pendakwah di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.

[Copy link]
Post time 20-10-2022 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Pendakwah di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.


RUPANYA Rasulullah SAW pernah menyebut tentang golongan pendakwah yang mengajak manusia ke arah kejahatan.

PENDAKWAH di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.

Berdakwah adalah suatu tugas mulia di sisi agama. Ketahuilah bahawa ALLAH SWT sangat menyukai orang yang taat kepada perintah-NYA di samping berusaha menyebarkan syiar Islam.

Sebagai jentera penting agama, pendakwah seharusnya mempunyai sahsiah murni, mencerminkan nasihat dan seruan yang dilontarkan olehnya kepada orang ramai.

Pun begitu, lain pula ceritanya apabila mutakhir ini, pelbagai dakwaan melibatkan beberapa individu tertentu mula timbul satu demi satu di dada akhbar.

Kontroversi berkenaan mengejutkan masyarakat apabila menyedari tokoh yang selama ini disanjung berkemungkinan tidak seindah yang disangka.

Sebenarnya, perkara serupa sudah pun disebutkan oleh Rasulullah SAW, kata Pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi.


DR AHMAD SANUSI AZMI

Pendakwah yang membawa ke neraka.

Dalam sebuah perkongsian di laman sosialnya, beliau berkata bahawa baginda pernah membayangkan tentang kemunculan golongan pendakwah yang menyeru manusia ke pintu neraka dengan mengajak melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Nabi SAW.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW ketika ditanya oleh Saidina Huzaifah. Huzaifah bertanya tentang apakah perkara yang lebih buruk daripada kaum yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Lalu Rasulullah menjawab:

“Pendakwah di pintu neraka Jahanam. Barangsiapa yang menyahut panggilan mereka, mereka akan mencampaknya ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)



ZAMAN kini sangat mudah untuk berpura-pura sebagai orang lain dan menyebarkan berita palsu. Foto: Unsplash

Ketika menghuraikan hadis ini, ulama terkenal, al-Imam Ibnu Hajar menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan dengan pendakwah ke pintu neraka. Kata Ibnu Hajar, “Iaitu golongan pendakwah yang menyeru kepada melakukan amalan yang membawa manusia ke dalam neraka.” (Rujuk Fath al-Bari)

Menurut agamawan, Syeikh Musa Shahin pula, golongan ini digelarkan sebagai pendakwah yang berada di pintu neraka Jahanam kerana sifat mereka yang mengajak manusia melakukan kejahatan yang mengheret mereka ke neraka. Kata beliau,

“Pendakwah tersebut disifatkan berada di pintu neraka kerana sifat mereka mengajak kepada kejahatan sepertimana mereka yang mendekati perlakuan yang diharamkan, maka mereka disifatkan berada di tebing neraka Jahanam.” (Rujuk Fath al-Mun’im)

USAH terus percaya dengan maklumat yang ada di alam maya tanpa melakukan sebarang soal selidik terlebih dahulu. Foto: Pexels

Hati-hati dengan ‘pendakwah instant’

Jika diamati, sememangnya ada kebenaran di sebalik hadis Rasulullah SAW itu.

Melalui teknologi yang ada kini, sesiapa sahaja boleh berpura-pura menjadi pendakwah dan menyebarkan maklumat palsu tentang agama yang mampu membawa kepada kerosakan akidah dan pemikiran liberal ke atas masyarakat.

Lebih membimbangkan, ada juga golongan yang tergamak menggunakan agama sebagai topeng apabila melakukan maksiat.

Cakap biar serupa bikin
Antara golongan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT bukan sahaja mereka yang bertungkus lumus menyebarkan syiar-NYA, bahkan kita diingatkan agar beramal dengan apa yang disebarkan.

Firman ALLAH SWT: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 33)


ISLAM bukan sahaja menuntut kita menyebarkan seruan agama kepada orang lain, namun kita juga perlu beramal dengan apa yang didakwahkan. Foto: Pexels

Dalam erti kata lain, jangan sewenang-wenangnya menasihati orang lain, tetapi dirinya sendiri tidak berubah dan mengikuti apa yang telah dia nasihatkan.

Firman ALLAH SWT lagi, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah al-Saf, ayat 2-3)

Oleh itu, dalam usaha menyebarkan sesuatu kebaikan, pastikan anda juga melakukan seperti apa yang dituturkan. Jangan jadi seperti manusia yang ‘cakap tak serupa bikin’.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi Azmi

Foto: Pexels & Unsplash


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.032523 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list