View: 931|Reply: 2
|
Kanye West disaman RM1.18 bilion
[Copy link]
|
|
Kanye West disaman RM1.18 bilion
West cuba mengaitkan kematian Floyd dengan pengambilan fentanyl. - Foto fail
HOUSTON: Keluarga George Floyd telah menyaman penyanyi rap terkenal, Kanye West sebanyak AS$250 juta (RM1.18 bilion) kerana mendakwa lelaki kulit hitam itu mati akibat sejenis ubat penenang.
Dakwanya, Floyd yang dibunuh oleh seorang anggota polis Minneapolis, Derek Chauvin pada Mei 2020 meninggal dunia selepas mengambil fentanyl.
Justeru, keluarga lelaki kulit hitam tersebut menyaman West untuk komen yang dibuatnya pada podcast atau fail media digital Drink Champs yang kemudian telah dipadamkan.
West cuba mengaitkan kematian Floyd dengan pengambilan fentanyl.
Namun, Ketua Pemeriksa Perubatan Daerah Hennepin, Dr Andrew Baker pernah berkata bahawa walaupun penyakit jantung Floyd dan penggunaan fentanyl merupakan faktor penyumbang kepada kematiannya tetapi ia bukanlah punca langsung yang mengakibatkan dia meninggal dunia.
Kematian Floyd itu telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di dunia dan bukannya hanya di AS bagi menuntut bela di atas kematiannya.
Anggota polis itu, Chauvin dihukum penjara 22 tahun enam bulan pada 2020 setelah didapati bersalah membunuh Floyd kerana menekan leher dengan lututnya selepas lelaki kulit hitam tersebut ditahan kerana dipercayai menggunakan wang palsu untuk membeli rokok. - Sinar Harian memetik laporan agensi
https://www.astroawani.com/berit ... rm118-bilion-386852
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kanye West should just go away, forever!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kanye West should just go away, forever!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|