CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

Ejen Mossad Di Malaysia: PM Tak Boleh Komen Lanjut Sehingga Laporan Lengkap Diterima

[Copy link]
Post time 20-10-2022 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan negara susulan penahanan 11 individu berkaitan kes penculikan yang dikaitkan dengan agensi keselamatan Israel, Mossad.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memastikan tahap keselamatan negara pada tahap tertinggi sepanjang masa.




Harian Metro




Menurutnya, setakat ini beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai dakwaan keberadaan ejen Mossad di Malaysia.


"Saya belum terima laporan lengkap daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Saya tidak boleh komen lanjut sehingga laporan lengkap diterima daripada agensi berkaitan dan rakyat tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan negara," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.


Akhbar NST dalam laporannya mendakwa ejen Mossad sudah memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.


Memetik laporan itu, Mossad dipercayai merekrut rakyat tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin yang dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.


Dalam operasi di ibu kota, suspek memintas dua warga Palestin dalam kejadian jam 10 malam 28 September lalu ketika mangsa mahu memasuki kenderaan diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, di sini.


Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, sebarang spekulasi yang timbul boleh mengganggu siasatan dan mengelirukan masyarakat.


Jumaat lalu, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini di atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.


Dalam perkembangan terkini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Ismail Sabri berkata, nama calon mewakili Barisan Nasional (BN) belum dimuktamadkan.


Beliau berkata, Ketua Bahagian Umno dan pemimpin parti komponen BN sudah menghantar nama calon bulan lalu untuk diperhalusi.


"Nama calon belum muktamad kerana perlu ada perbincangan lanjut bersama semua parti komponen BN.


"Nama (calon) sudah diberikan bulan lalu namun kita akan bincangkan lebih lanjut dengan parti komponen lain," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 2.689102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list