Sumber IG
Penyanyi Indonesia, Keisya Levronka menzahirkan keterujaannya dapat bekerjasama dengan Nabila Razali menerusi lagu Tak Ingin Usai yang diberikan nafas baharu.
Menerusi laporan mStar, kata Keisya, Nabila memnpunyai kualiti vokal yang sangat baik dan suaranya juga sesuai dengan lagu berkenaan.
"Saya rasa gembira dapat bekerjasama dengan Nabila kerana dia mempunyai kualiti vokal yang sangat baik.
Sumber IG
"Saya yakin lagu ini akan diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia tetapi juga di negara-negara lain," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.
Bagi memastikan keaslian lagu berkenaan yang cukup popular dalam kalangan pendengar, Keisya berkata, pihak penerbit mengekalkan konsep asal.
Malah, tidak banyak perubahan yang dilakukan terhadap susunan lagu tersebut kerana vokalnya dan Nabila sesuai dengan melodi sedia ada.
"erubahan terhadap proses susunan lagu versi duet tidak jauh beza dengan yang asal dan masih mengekalkan alunan instrumen gitar akustik yang dominan selain melodinya yang merdu," katanya.
Bagaimanapun, bagi memberi kelainan dan hadiah kepada peminat, muzik videonya dirakamkan semula berbeza dengan konsep asal sebelum ini.
Ia dilakukan agar sesuai dengan penampilan Nabila yang memberi impak berbeza dari segi aspek visual.
"Muzik video dirakamkan di Malaysia ketika saya melakukan aktiviti promosi dan ia ada perbezaan ketara tetapi masih memberi kesan sedih yang kuat kepada penonton menerusi penggunaan ruang suram dengan cahaya lilin," katanya.
Sementara itu, Universal Music Malaysia menjelaskan idea menggabungkan Keisya dan Nabila tercetus daripada versi 'cover' oleh Nabila di saluran YouTube miliknya.
Sumber IG
Melihat kepada penerimaan baik terhadap versi Nabila, pihaknya berhubung dengan Universal Music Indonesia untuk melakukan projek kolaborasi duet di antara mereka. -CARI
|