View: 4175|Reply: 51
|
"Bukan Ribu-Ribu Pun, Awat Tak Boleh Sabar," - Pembeli Tak Nak Bayar Roti RM78, Penjual Macam Mengemis Minta Duit
[Copy link]
|
|
Seorang pembuat roti homemade berdepan dengan pelanggan yang enggan membayar harga pesanannya.
Kisah itu dikongsikan di Facebook seorang peniaga wanita sehingga mendapat tumpuan warga maya kerana turut 'panas hati' dengan sikap pembeli terbabit.
"Selalunya kan kita dengar orang kena tipu, orang ambil makanan tak bayar, selalu kita akan terfikir betul ke ada orang macam ni?
"Ya, betul ada... Cheq (saya) dah kena. Bulan lepas ada stranger berhubung guna Facebook nak beli roti dua kotak. Duduk dekat flat K***h, Georgetown. Kita pun hantarlah. Dia bayar cash. Okay settle. Trust built.
"Kemudian dia order (lagi) minggu seterusnya lima kotak. Tak cukup, dia kejan (desak) suruh pergi hantar lagi tiga kotak. Akhirnya sampai malam adik ipar dari Tanjung Tokong naik motosikal pergilah hantar dekat dia (waktu) malam," katanya.
Namun, pembelian secara bayaran tunai ketika penghantaran (COD) bagi enam kotak roti itu tidak dibayar oleh pelanggan terbabit.
Sebaliknya dia meminta agar bayaran harga roti serta kos penghantaran sebanyak RM78 itu dibuat secara dalam talian.
"Mana tahu rupa-rupanya tak ada duit nak bayar. Allahu. Beli sampai berkotak-kotak tapi sebenarnya tak ada plan nak bayar. Ada ya orang macam ni. Kisah benar.
"Dia minta tunda nak bayar bulan ni. Walaupun hati kita rasa tak best tapi tak apalah kita bagi peluang. Dekat sebulan juga tunggu duit roti.
"Sampai harini dia tak bayar dan kita pun berhubung dengan orang sekeliling. Pulau Pinang ni kecil, bukan susah nak cari. Kita tunggu juga sampai bulan ni dan harini dah tak boleh tunggu bukan sebab apa, sebab dia juah (sombong) ditambah dengan tak ada adab," luahnya lagi.
Pada posting sama peniaga terbabit turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan pelanggan terbabit di aplikasi WhatsApp.
Menurut pelanggan tersebut, dia meminta peniaga roti itu agar bersabar kerana jumlah hutangnya bukan mencecah ribuan ringgit.
Bukan itu sahaja, peniaga itu juga diugut dengan pelbagai ancaman daripada wanita tersebut.
"Katanya bukan ribu-ribu pun duit roti tu awat (kenapa) tak boleh sabar ke. Jadi mana adabnya? Sudahlah berhutang tapi kurang ajar bahasanya.
"Tak cukup tu ya, ada macam-macam makian. Siap ugut nak bagi kita mati. Hanya kerana RM78 duit roti. Nanti hampa (anda) tengoklah dekat photo (tangkap layar perbualan) tu," ujar peniaga itu lagi.
 Gambar Hiasan: Freepik
Bercerita lanjut mengenai pengalaman buruknya itu, pelanggan terbabit mempunyai dua akaun Facebook dan salah satunya didakwa digunakan untuk urusan pembelian atas talian.
"Ingat, Pulau Pinang ini kecil sahaja. Bukan susah nak cari anak mami nama tu duduk flat K***h. Ada banyak mutual friends dalam Facebook saya dengan dia.
" ergilah nasihat suruh jadi manusia bertamadun sikit. Kalau hutang tak boleh bayar, cakap elok-elok. Jangan asyik cakap tipu dan maki sana sini. Kita orang Islam kena tahu halal dan haram.
"Kalau peniaga-peniaga lain dapat nama mcm ni duduk dekat flat K***h, jaga-jagalah. Bagi duit baru bagi barang. Kalau tidak nanti hampa jadi setan dan boleh mati," ujarnya dalam hantaran sama.
Walau bagaimanapun, semakan mStar mendapati bahawa pelanggan terbabit sudah membuat bayaran penuh kepada peniaga roti itu.
Untuk rekod, posting tentang hal berkenaan meraiih lebih 2,000 tanda suka dan lebih 2,000 dikongsikan semula oleh pelayar lain.
Rata-rata mereka turut mengujarkan rasa simpati malah turut merasakan kurang senang dengan sikap pelanggan tersebut.
"Jauhkanlah saya daripada perangai macam ni. Tak ada duit duduk diam-diam. Jangan gatal nak makan hutang makanan.
"Tak ada duit tapi nak makan sedap-sedap.
"Lepas pula tekak dia telan makanan tu tanpa buat bayaran lagi," ujar beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
kalau benda2 makan ni sila bayar cash, org tu meniaga nak silap2 rolling modal pun tak lepas kalau berutang.
kat taman akak pun makcik2 ni kdg2 open order awal, so kita bayar dulu.
nanti ada yg la menyibuk nak masa hari delivery tu. makcik tu dah beli cukup2 pakai modal yg org lain bayar dulu. nampak sedap je baru nak mengenden maaf la ye akak pun menyesal tak order lebih
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 20-10-2022 12:08 PM
Meols pnh terima order 80 pcs kek kene buat dlm msa 2 hari. Masa tu meols baru mula niaga dan xde pekerja. Lepas tu yg order tu adalah ipar kepada kwn meols. Jadi meols dgn bodoh nya mcm percaya la x mintak deposit.
Jumaat dah hantar ke umah (tgal dgn mak pak mertua) tapi si mangkuk ni tak de. Jadi meols x dpt la nak mntak payment. Sabtu mintak..dia kata Isnin. Isnin mintak..dia lata Khamis Kwn meols dah bengang2 la dgn iparnya ni dah sound baik punya. Tapi msih xde payment. Lepas tu hati rabu mlm...meols hantar la kek ke rumah jiran dia (kebetulan jiran order) dan bwk la kek extra utk mak kwn meols tu (mmg meols selalu singgah bagi kek). Tapi meols xde la nak jumpa si mangkuk ni pon. Meols lom sampai umah eh dah bank in payment hahahah. Patu siap tanya betul ke meols antar kek jiran dia order? Haaa taw gelabah dia igt meols nak pi ngadu kt mertua dia la tu kan. Hahaha. Tapi jgn lah bersangka baik sgt dgn manusia2 ni. Sejak kes ni..sapa2 nak order, full payment dan dtg amek sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
makan menda tak wajib pon nk berhutang...ini mcm olang pon ada..binawe punya olang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. ko order roti org tu berkotak-kotak lepas tu takmo bayar lak.
|
|
|
|
|
|
|
|
79 pun ambil masa berbulan, kalau ribu2 mau xterbayar langsung, jumlah kecil mana boleh sabar |
|
|
|
|
|
|
|
Memang takde niat byr tu… report je polis..  |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak kau cakap bukan ribu2 klu murah apsal tak leh bayar... |
|
|
|
|
|
|
|
tu mesti manusia pinjam duit keliling pun liat nak bayar kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda makan, benda perkhismatan semua kena bayar dik...
jangan ingat maknaan saja akan jadi darah daging |
|
|
|
|
|
|
|
ape susah sgt nk byr. melantak nak. rm78 je pun. bkn 78k. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ribu2 pon benda makan kot. Kalau boleh nak ignore sampai orang malas nak mintak. |
|
|
|
|
|
|
|
Roti apo tu? Gigih pulak smpai hantar |
|
|
|
|
|
|
|
Orang macam ni pun ada. Dah makan bayar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
haku pun pernah kene taun 2017 ke taun 2018 niaga kuih tat tradisi haku dlm 4 balang pastu time tu haku prefer cash n ari time delivery dari pg sampai ke mlm nanti bg alamat pastu bg alamat umah org lain ghupernyer scammer nk...jahat btl jd nyer kuih2 tu semua sedekah kat jiran2 satu flat |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya mcm ni la....org berhutang yang maki si pengutip utang or tuan punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada yg menjual tu pandai plak dia ckp setakat rm78 bkn ribu2
Ha dah tau bkn ribu2, kenapa xbayar cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pasal kedai kopi cina lepas dia letak atas meja terus minta duit. Senang.
Lepas makan terus blah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|