CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 4

Hilang Sejak 20 September- Wak Ithnin Hilang Ke Alam Ghaib Disembunyikan Makhluk Halus

[Copy link]
Post time 20-10-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
SEGAMAT – Kehilangan warga emas, Ithnin Warsan, 79, dari rumahnya sejak 20 September lalu dikaitkan dengan alam ghaib apabila didakwa disembunyikan oleh makhluk halus.


Anak sulungnya, Noor Azali Ithnin, 44, berkata, perkara itu dimaklumkan pengamal perubatan tradisional yang turut membantu misi pencarian tersebut.


Menurutnya, setakat ini, kehilangan bapanya masih misteri kerana tiada sebarang petunjuk meskipun operasi mencari dilaksanakan selama tujuh hari.




Foto: Kosmo




“Biasanya bapa saya akan masuk ke dalam rumah sebelum azan maghrib, tetapi hari itu (hari kehilangan), kelibatnya tidak kelihatan hingga pukul 7.15 malam.


“Kehilangan ini agak misteri dan kami sekeluarga tidak menolak kemungkinan ia mempunyai hubung kait dengan alam ghaib,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Noor Azali memberitahu, ­biarpun sudah sebulan berlalu dan pelbagai ikhtiar sudah dilakukan, namun dia dan adik-­beradiknya masih menaruh ­harapan yang tinggi agar bapa mereka ditemui dalam keadaan selamat.


Cerita lelaki itu, bapanya banyak menabur bakti kepada masyarakat terutama penduduk kampungnya sehingga namanya diabadikan pada salah satu jalan di Kampung Tungku Tiga.


Jalan Ithnin sepanjang 2.5 ki­lometer itu merupakan jalan pintas yang menghubungkan Kampung Tungku Tiga ke Felda Pemanis. Laluan itu wujud ketika era darurat pada tahun 1950-an.


Jalan itu turut menghubungkan penduduk Felda Pemanis ke jalan-jalan di Kampung Tengah dan bandar Segamat. Ithnin yang juga pekebun sawit dan getah hilang dari rumahnya pada pukul 7 malam, 20 September lalu.


Kehilangan Ithnin disifatkan sebagai misteri kerana tiada sebarang petunjuk meskipun ­operasi bersama pasukan keselamatan dan penduduk kampung dilakukan selama seminggu. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2x kene langgar lari..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...famili cuba chek di gaung atau semak samun sebagai ikhtiar..
Semuga selamatlah pakcik nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 05:29 PM | Show all posts
iyoyok je ke alam ghaib. moga2 kjap lagi jumpalah hidup atau mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 05:31 PM | Show all posts
pakcik ni keluar rumah n masuk hutan jgk ke masa hari kejadian?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.913803 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list