CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 5

Perangi Pelik, Dilabel Sasau- Iqram Dinzly Tunai Umrah

[Copy link]
Post time 20-10-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Pernah dilabel sasau dek perangai pelik dalam media sosial, pelakon sensasi Iqram Dinzly, terlihat tenang saat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.


Meluahkan kesyukuran apabila ibadah umrah yang sedang dilakukan berjalan lancar dan semua urusannya dipermudahkan, Iqram atau nama sebanar Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang sudah hampir seminggu berada di Tanah Suci Mekah itu mengakui jiwanya kini lebih tenang dengan hidayah yang diterima.


“Allah perkenankan juga umrah saya dan syukur saya dapat menyelesaikannya dengan penuh kehambaan diri yang berdosa.


“Alhamdulillah derita itu bahagia dalam susahnya skrip Allah kurniakan juga hidayah berdadah di jiwa, berkhayal di fikiran akalnya dihina kerana tidak mampu untuk menandingi keesaanNya.


“MasyaAllah ternyata Allah Maha Kuasa, manusia tiada kuasa daya upaya untuk merencanakannya.


“Tawakal dan berserah diri bulat-bulat itulah kuncinya,” tulis Iqram dalam Instagram.


Iqram turut berkongsi berberapa pengalaman yang dihadapi sepanjang beberapa hari di Tanah Suci termasuk mengalami sakit perut.


Namun, Iqram menganggap semua itu ujian kecil daripada Allah yang mahu menguji kesabarannya.


“Cuaca panas terik tapi alhamdulillah ibadah saya dipermudahkan. Ada ujian-ujian kecil yang saya anggap Allah hantar untuk hapuskan dosa-dosa kecil saya.


“Saya alami sakit perut beberapa hari ini tapi sekarang sudah semakin baik. Allah nak uji saya mampu bertahan, mengeluh atau putus asa,” ujarnya.




Foto: Kosmo




Iqram turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan peminat yang banyak mendoakan dirinya selama ini.


Difahamkan Iqram turut menunaikan badal umrah buat bapanya Allahyarham Muhammad Saifuddin Ahmad.


“Mohon doakan kesejahteraan dan kerahmatan mengiringi perjalanan dan perjuangan saya untuk urusan melaksanakan umrah badal buat arwah ayah saya,” kongsinya.


Sebelum ini, Iqram sering dihimpit kontroversi apabila berkelakuan pelik sehingga menjadi bualan dan menerima kecaman netizen dalam media sosial.


Malah, ada yang mendakwa pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu mengalami masalah mental dan memerlukan rawatan yang sepatutnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 10:43 AM | Show all posts
Moga istiqomah bila balik umroh nti.. jgn pepelik lagi laa wehh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 05:42 PM | Show all posts
balik mekah kang jgn buat gila lagi dekk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 07:22 PM | Show all posts
rasanya i tertengok dia live kat mekah haritu kat tiktok... tp i cannot brain apa yg dia bebel... moga mendapat pahala ibadah umrah yg mabrur
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekelip mata je dia jd normal balik.pelik jugak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus baik Dan sihat2 je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071143 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list