View: 1224|Reply: 10
|
Bakar Kaki Ibu Sebab Adik Habiskan Mi Segera
[Copy link]
|
|
Marah mi segera dimakan adiknya, seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup membakar kaki ibunya.
Difahamkan, dalam kejadian berlaku di Kota Medan, Sumatera Utara pada Ahad lalu itu, suspek berbuat demikian dalam keadaan mabuk.
 Warta Banjar/Soulsel
Menurut polis, kejadian berpunca akibat tindakan adik lelaki tersebut menghabiskan mi segera yang dimasak suspek.
Berang dengan perkara itu, suspek bertengkar dengan adiknya sebelum ibu mereka masuk campur untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Bertambah berang dengan dengan sikap ibunya yang cuba mempertahankan adiknya, suspek mengambil sebotol minyak tanah dan terus menyimbah bahan api itu ke kaki mangsa, lalu menyalakan api.
Berikutan kejadian, suspek dibawa ke Balai Polis Medan untuk siasatan lanjut.
Menurut ketua kampung Tegal Sari, Suwandi, suspek marah kerana wanita itu cuba mempertahankan adiknya.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Kawasan Medan, Philip Purba, mengesahkan kejadian tersebut namun sehingga kini mangsa masih belum membuat laporan polis meminta anaknya itu dibebaskan.
Difahamkan setakat berita ini ditulis, mangsa kini hanya mampu terbaring menahan kesakitan di rumah ekoran kakinya yang melecur teruk.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti mee segera tu mi sedap dengan kriuk kriuk asli extra ajinomotor |
|
|
|
|
|
|
|
hungry man is an angry man
plus mabuk
anyway, bongok punye adik. kalau aku pun ngamuk. masak la sendiri. dah la pemalas, tunggu orang masak pastu dia habiskan sorang. dah la orang tengah lapar.
tak pasal2 mak dia jadi mangsa. yang mak pun protect adik tu sangat dah kenapa. pijak kepala orang. bagi betis nak peha. ni yang aku membebel kat orang takde kena mengena dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan suspek mmg salah...
Usik org lapar pun tak baik jugak.. Dah tu siap kena provok lagi
Benda perut ni jgn buat main2... Blh hilang nyawa nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
patut ko tangkap adik tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg adik pun satu. Selamba sebat mee segera abg. Mak pulak cover baik. Abg pulak mabuk. Sama2 pening lalat ini family. Salah didikan barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
Perut yg lapar boleh buatkan manusia hilang pertimbangan
Kisah ni pernah terjadi zmn Khalfah Uthman rasanya, seorang ibu dah tak mampu kawal mulut bila dah berhari2 rebus batu untuk tipu anak yg tgh lapar |
|
|
|
|
|
|
|
matamata: Perut yg lapar boleh buatkan m ...
Nak kawal mulut kejadah pa, tu dia komplen macam rakyat malaysia selalu komplen la kata pemimpin x buat kerja. Macam tu la mak dia bebel. Salahnya mak dia sendiri x gi minta bantuan kat pusat zakat, malu sangat ke nak minta bantuan?? Sampai nak minta pemimpin sendiri turun padang tengok keadaan rakyat miskin? Kalau aku jadi perempuan tu aku rela lagi gi mengemis sebab dah lapar kan, kejam sanggup rebus batu bagi anak tido dalam kelaparan. Melalui cerita ni kita dapat ambil banyak iktibar. Saidina umar pemerintah yang baik dan adil, dia bantu rakyat dia dengan melawat rumah ke rumah setiap malam untuk tahu masalah rakyat dia. Sesuatu yang tak ada dalam sejarah pemimpin2 malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Psl mi sgera pun boleh msuk kes polis, dlu pun ada threads psl mngancam mak msing2 sbb mi sgera. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan film batu belah bertangkup lapar |
|
|
|
|
|
|
|
Film batu belah bertangkup, budak lapar batu pun lapar |
|
|
|
|
|
|
| |
|