View: 4605|Reply: 58
|
Ibu Dr Amalina Tak Sabar Nak Tengok Cucu, Terbang Ke London Bawa Tungku
[Copy link]
|
|
Berita tentang pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata sulung menarik perhatian ramai.
Paling teruja tentunya ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan, 62, yang memaklumkan bahawa anaknya selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas di London, UK.
 Foto: IG
"Tak tahu nak gambarkan betapa seronok dan gembiranya saya. Syukur Alhamdulillah.
"Memang teruja sebab inilah cucu pertama daripada satu-satunya anak saya. Kalau nak luahkan rasa gembira tu, sama seperti gembiranya sewaktu melahirkan Amalina," katanya ketika dihubungi mStar.
Pada Selasa, Dr Amalina dan suami, Alexander Charles berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi sulung mereka yang diberi nama Arabella Mia.
Dalam pada itu Sabariah berkata, Dr Amalina selamat melahirkan anak pada pukul 5 pagi Ahad lalu waktu tempatan.
Dia turut meluahkan rasa syukur kerana doanya buat Dr Amalina sekeluarga di Tanah Suci ketika menunaikan umrah dan haji pada tahun ini dimakbulkan.
"Sepanjang saya menunaikan umrah pada Februari lalu dan haji buat kali kedua baru-baru ini, saya sering mendoakan agar diberikan kesejahteraan buat keluarga Amalina.
"Saya berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa, termasuk di hadapan Kaabah... saya berdoa agar Amalina dipermudah urusan bersalinnya, agar dia dan bayi sihat selepas bersalin. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan," tambahnya.
Dalam pada itu, pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram itu juga tidak sabar untuk bertemu dengan anak, menantu dan cucu sulung di London.
Sabariah berkata, dia merancang untuk berlepas ke London pada minggu depan, sambil menambah telah membuat persiapan untuk menjaga anaknya semasa berpantang.
"InsyaAllah, saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang. Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional secara sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri.
"Antara yang saya bawa ke London adalah tungku elektrik yang akan digunakan untuk bertungku secara moden sekiranya perlu," ujarnya.
Tambah Sabariah, dia juga akan menyediakan masakan yang bersesuaian dan berkhasiat untuk Dr Amalina sepanjang tempoh berpantang.
"Lebih 20 menu saya sediakan untuk Amalina dan dia akan pilih ikut kesesuaian dan citarasa. Semua berkhasiat dan antaranya adalah sayur brokoli yang dipanggang," kata Sabariah dengan nada teruja.
Menerusi hantaran di laman Instagram pada Selasa, Dr Amalina berkongsi tiga foto bersama bayinya.
"Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. Lots of cinta - Amalina & Alex," katanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh god.. im happy for her..
Tapi xkan setiap event masuk kat isu semasa..
Dr amalina tak pantang tapi ikut cara moden
Dr amalina fully breastfeed
Dr amalina bawak arabella gi vaccine
Dr amalina bawak arabella gi mall |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 19-10-2022 09:11 AM
Oh god.. im happy for her..
Tapi xkan setiap event masuk kat isu semasa..
Dr amalina tak pantang tap ...
Kannn.. patut masuk bod personality ke. Ape semua hentam masuk bod ci. Perlu ke kita tahu isu2 sebegini?
Anyway, besar jiwa mak dia yg cuma ada sorang anak berjauhan dgn dia. Salute kat mak dia. Jalankan tanggungjwb sebagai ibu dan let her daughter pilih jalan hidup sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya United Kingdom adalah sebuah negara yg bakal merudum...dan demografi akan berubah...mat salleh tak ramai, mungkin umat islam akan ambil alih UK |
|
|
|
|
|
|
|
"InsyaAllah, saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang. Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional secara sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri".
Tayah pantang la senang cite acik. Anak acik dgn si Imelda Bacin tu bukan nya suka bab pantang2 ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
so nama penuh anak dia arabella mia bin alexander charles laa ehh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana dia gambo bunge kuning tuu.. mcm kawasan cite ape tah yg kojol dgn shah rukh |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia ibu tunggal ke.. tak prnh nmpk bpknya.. mgkin satu hari nanti amalina balik mesia kot.. mak dia tinggai sorang.. sian mak |
|
|
|
|
|
|
|
Mau igt dia kesah ke tungku petua segala tu nenek oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Miss.Rara replied at 19-10-2022 05:37 PM
so nama penuh anak dia arabella mia bin alexander charles laa ehh...
Esok dh besar "aku terima nikahnya Arabella Mia binti Alexander Charles dgn mas kawen great britain pound sterling 80 tunaiiiiii" |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak nama hotel Puncak Arabella kat Cameron Highlands.. tiberrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 19-10-2022 05:20 PM
"InsyaAllah, saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang. Saya ...
Bukan ke dia pernah mentioned tak percaya pantang2 semua ni
Diakan very the urban. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau mak dia cikgu sekolah aku. Opss lupa aku sekolah zaman 90an  |
|
|
|
|
|
|
|
Tungku nasik boleh lepas ke dekat airport? Sana memang tak ada kedai perabot alat jual barangan elektrik kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Arabella grace garcia |
|
|
|
|
|
|
|
Siap menu pantang bagai dulu kemain kutuk orang berpantang. Takkan doktor pun nak berpantang. Makan je la aiskrim tu |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 19-10-2022 05:52 PM
Mak dia ibu tunggal ke.. tak prnh nmpk bpknya.. mgkin satu hari nanti amalina balik mesia kot.. mak ...
Ya mak dia ibu tunggal... |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 19-10-2022 07:55 PM
Teringat pulak nama hotel Puncak Arabella kat Cameron Highlands.. tiberrrr
Kan...aku pun dh teringat nama apt tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|