View: 1283|Reply: 3
|
Menziarahi Keluarga Mangsa, Rasa Sebak Mendengar Amalan Arwah Yang Sangat Menjaga Solat!
[Copy link]
|
|
“Menangis Dengar Kisah Baik…” – Ebit Lew Sebak Jumpa Keluarga Allahyarhamah Nurul Nazihah
Kemalangan menyayat hati yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan , berhampiran Sedenak baru-baru ini menimbulkan rasa pilu orang ramai selepas tular video seorang suami yang merintih sayu melihat isterinya berada dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Hadir Ziarah Suami & Keluarga Arwah
Terkini, pendakwah bebas, Ebit Lew membuat perkongsian di media sosial yang hadir menziarahi suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah.
“Sebak rasa ziarah suami, ibubapa dan keluarga arwah Nurul Nazihah yang kemalangan kereta terbakar baru-baru ini. Arwah dan keluarga baru seminggu balik Umrah dan menziarahi Nabi Muhammad SAW.”- tulis Ebit
Sangat Menjaga Solat & Suka Kongsi Nasihat Agama
Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini meluahkan rasa sebak selepas keluarga arwah berkongsi amalan arwah Nurul Nazihah yang sangat menjaga solat sejak remaja sehinggalah ke alam perkahwinan.
“Kata mereka walau kereta terbakar tetapi jenazah sempurna. Dengar amalan baik arwah. Dari remaja sehingga kahwin paling jaga solat dan suka berkongsi nasihat agama dengan keluarga. Menangis mendengar kisah baik arwah ini.”-Kongsi Ebit
Di akhir hantarannya, Ebit Lew turut menitipkan doa agar suami dan keluarga arwah agar terus kuat dan tabah di atas ujian yang berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Halah ko ni sibuk betul la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|