View: 1106|Reply: 7
|
Bomba Tengah Tahan Sakit Nak Beranak, Sempat Lagi Tolong Mangsa Kemalangan
[Copy link]
|
|
Baltimore: Seorang bomba wanita sarat hamil yang sedang mengalami kontraksi di Maryland, Amerika Syarikat, masih sempat menawarkan bantuan menyelamatkan mangsa kemalangan, baru-baru ini.
Sebelum kejadian itu, kereta dipandu anggota bomba berkenaan, Megan Warfield, terbabit kemalangan dengan kenderaan lain.
Insiden itu berlaku ketika Warfield tidak bertugas dan baru pulang dari acara kejohanan golf edisi kedua bagi menghormati mendiang bapanya, 3 Oktober lalu.
 Foto: Harian Metro
Ketika itu, dia tidak mengendahkan sakit kerana kontraksi, sebaliknya terus mengawal lalu lintas dan berusaha menyelamatkan mangsa kemalangan yang terperangkap akibat kemalangan itu.
Warfield berkata, dia cuba menenangkan mangsa, seorang wanita yang masih berada di tempat duduk, namun terperangkap kerana kedudukan kereta yang terbalik.
"Saya cuba menenangkan mangsa sebelum pasukan kecemasan tiba. Ia adalah detik yang sangat mendebarkan.
"Saya tak tahu macam mana saya boleh buat (bantu mangsa) kerana kontraksi (yang saya alami) sangat teruk pada masa itu," katanya dalam rancangan NBC, Today.
Selepas semuanya selesai, Warfield ke hospital Universiti Johns Hopkins di Baltimore sebelum doktor memberitahu kesan kemalangan itu menyebabkan dia perlu melahirkan bayi ketiga itu segera.
Warfield berkata, dia bersedia untuk kembali bertugas sepenuhnya selepas cuti bersalin.
"Saya tidak sabar hendak bertugas semula," katanya kepada Today.
Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba Baltimore, Joanne Rund berkata, inisiatif Warfield itu menggambarkan bagaimana dedikasi anggotanya memberikan segalanya sama ada mereka bertugas atau tidak bertugas.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Jabatan Bomba Sukarela Bowleys Quarters menggelar Warfield sebagai penjawat awam sejati. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik akak bomba, abam2 yg baru demam sikit dah rasa mcm nazak sgt tu bawak2 la insap.
Sib baik akak bomba tu tak terberanak tgh jalan tu, dahla anak no 3 biasanya tak dan2 nak kuar dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah le cantik baik pulak tu. You go mama...
Meolls suka tengok cerita 9-1-1 kat Disney citer ttg abam bomba dan polis cara selesaikan masalah bila caller call 911 |
|
|
|
|
|
|
|
wow, that's nice.. .cool acts of kindness... |
|
|
|
|
|
|
|
gitula mulianya penjawat awam |
|
|
|
|
|
|
|
hebat dia... kite masuk 3rd trimester pun udah tak larat huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jadi motivasi untuk tauke-tauke kapitalis tamak haloba eksploitasi tenaga buruh di Malaysia.  |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 20-10-2022 11:09 AM
Boleh jadi motivasi untuk tauke-tauke kapitalis tamak haloba eksploitasi tenaga buruh di Malaysia. : ...
falsafah kami adalah..."lu takmok(dibuat kuli)bangla,indon,myanmar,nepal....ada maaa"-Kapitalis Msia |
|
|
|
|
|
|
| |
|