CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

Anak Schumacher buat Haas rugi jutaan pound

[Copy link]
Post time 19-10-2022 08:39 AM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN besar pada GP Arab Saudi, Jepun dan Monaco menyebabkan Haas dilihat tawar hati untuk menyambung kontrak Mick musim depan. – AFP

Anak Schumacher buat Haas rugi jutaan pound

LONDON – Mick Schumacher menerima kritikan pedas oleh pasukan Haas selepas kehadiran anak kepada legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher membawa kerugian berjuta-juta pound kepada pasukan dari Amerika Syarikat tersebut.

Pemilik pasukan Haas, Gene Haas mendakwa bintang muda F1 Jerman tersebut memusnahkan kebanyakan jenteranya dan menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi kepada pasukannya.


MICK

Akibat masalah tersebut, pelumba berusia 23 tahun dilihat bakal kehilangan tempat selepas bergelut dengan prestasi dan masih gagal meyakinkan pasukan Haas untuk menyambung kontraknya musim depan.

Insiden kemalangan besar pada Grand Prix (GP) Arab Saudi, Jepun dan Monaco menyebabkan Haas dilihat tawar hati untuk menyambung kontrak Mick Schumacher.

Ketika ini, pelumba Veteran F1, Niko Hulkenberg antara nama yang dikaitkan untuk menggantikan Mick Schumacher pada saingan 2023 nanti.

“Jika anda membuat sebarang kesilapan dalam pemilihan pemandu, strategi, atau pemilihan tayar sekalipun ia akan menelan kos berjuta-juta dolar.

“Saya fikir Mick mempunyai banyak potensi, tetapi anda tahu dia menelan belanja yang besar dan dia telah merosakkan banyak jentera yang telah menyebabkan kami kerugian besar.

“Jika anda adalah Max Verstappen dan anda merosakkan kereta, kami akan segera mena­nganinya. Tetapi apabila anda berada di belakang dan anda memusnahkan jentera tersebut ia adalah sangat sukar,” kata Gene Haas. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -rugi-jutaan-pound/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.184766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list