Sumber IG
Dengan ketinggian 155 sentimeter (sm) dan memiliki berat 38 kilogram (kg), selebriti terkenal Korea Selatan iaitu Sandara Park adalah antara artis idola yang paling kurus dalam sejarah industri hiburan di negara itu.
Menerusi laporan media tempatan Korea Selatan, berat badan Sandara pernah melonjak ke 47kg selepas mengikuti cara pemakanan rakan sekerjanya, Kim Sook ketika menjadi pengacara dalam program Video Star.
Bekas anggota kumpulan 2NE1 itu bagaimanapun enggan kembali ke berat itu kerana menyedari 47kg bukanlah berat yang sesuai dengan ketinggiannya.
"enggaya saya terkejut dengan perbezaan berat dan meminta untuk turunkan berat badan. Selepas saya tukar agensi, naib presiden menegur berat saya sehingga saya tidak mampu berhadapan dengannya," kata Sandara.
Walaupun angka 47 masih dalam kategori kurus tetapi sebagai idola dan selebriti, dia bertanggungjawab untuk menjaga kecantikan diri.
Selama ini, peminat menyangka Sandara kurus secara semula jadi kerana dia tidak pernah mengamalkan rejim diet seperti anggota 2NE1 iaitu Park Bom yang selalu mengawal pemakanannya.
Kata Sandara, dia memiliki fizikal yang kecil kerana terbiasa dengan amalan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit. -CARI
|