CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 2

'Saya Masih Berfungsi, Boleh Jadi PM Lagi' - Tun M

[Copy link]
Post time 18-10-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan masih kuat dan sihat untuk bekerja sekiranya perlu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.


Penyandang kerusi Parlimen Langkawi itu bagaimanapun menjelaskan, hasrat untuk mengemudi negara itu hanya akan ditentukan jika Gerakan Tanah Air (GTA) menang serta terdapat desakan untuk beliau kembali ke Putrajaya.




FB Tun M




“Saya setakat ini boleh berfungsi lagi. Saya boleh bergerak, saya boleh bercakap. Saya boleh berunding, saya boleh ni semua. Walaupun umur saya lebih tapi saya masih lagi boleh bekerja.


“Kalau nak juga (dilantik sebagai Perdana Menteri) tak akan lah saya nak tolak tapi seboleh-bolehnya taklah (tidak mahu),” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan GTA Langkawi di sini, hari ini.


Sementara itu, Dr Mahathir terbuka apabila terdapat desas-desus mengatakan kerusi Langkawi akan ditandingi ramai calon termasuk bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Ezam Mohd Nor.


“Kalau dia nak bertanding ok sahaja, ini (negara) demokrasi membenarkan siapa sahaja bertanding, kalau sampai 100 orang bertanding di Langkawi pun ok,” katanya.


Dalam pada itu, beliau menyifatkan Bajet 2023 yang diumumkan pada 7 Oktober lalu adalah belanjawan bagi meraih undi rakyat pada PRU15 akan datang selain bajet politik kerana ia dibentangkan sebelum pembubaran Parlimen.


“Jadi, apa sebabnya kemukakan bajet, walaupun kita tahu kita mungkin akan bubarkan kerajaan. Mereka kemuka bajet kerana nak adakan pilihan raya. Nak bagi duit kepada semua orang. Jadi, nak beli undi. Itu bajet beli undi,” katanya.


Kata bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu lagi, kebiasaannya, terdapat perbahasan yang akan dibuat di Parlimen selepas pembentangan bajet dilakukan sebelum mengadakan PRU.


Namun, katanya, pembubaran Parlimen yang dibuat tiga hari selepas pembentangan bajet menyebabkan ahli Parlimen tidak diberikan peluang untuk membahaskan bajet tersebut.


“Biasanya apabila kita kemuka bajet, parti lawan ada peluang beri pendapat. Ini tak bagi peluang langsung (kepada) parti lawan (nak) kata apa-apa. Tak ada masa, tiba-tiba dibubarkan Parlimen. Lepas itu kata pula, lepas pilihan raya kami akan buat (pembentangan semula),” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 08:48 PM | Show all posts
...........................
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 11:40 AM | Show all posts
okay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list